Drama Gemersik Kalbu Slot Akasia TV3

by yanmie on December 13, 2011

Salam, tak lama lagi Drama Tentang Dhia dah nak habis kan, drama yang bakal menggantikannya iaitu drama Gemersik Kalbu yang di adaptasi dari novel Gemersik Kalbu hasil karya dari Anis Ayuni, saya tak pernah baca novel ni, tapi kalau dah jualan novel ni laris dah tentu jalan ceritanya bestkan?

gemersik kalbu

Drama ini dibintangi oleh pelakon Aqasha, Ayu Raudah, Neelofa, Farahdhiya dan ramai lagi, kalau ikutkan waktu tayangan drama ni 26.12.2012 tapi baca update kat facebook drama ni diorang bagitau yang drama ni tukar tarikh mula penyiaran, takpelah sama-sama kita nantikan episode 1 drama gemersik kalbu ni.

Sinopsis Gemersik Kalbu

Kisah Cikgu Raihana yang bercinta dan bertunang dengan Wan Ariffin. Wan mati lemas kerana menyelamatkan seorang budak. Cikgu Raihana pulak kehilangan seseorang yang sangat rapat dengannya, dia bergantung kasih dengan Wan Ariffin selama ini, dan keluarga Wan sangat baik dan menganggap Raihana macam anak kandung mereka. Raihana tidak rapat sangat dengan ibu kandungnya sendiri, malah hubungan dia dan ibunya sangat kekok.

Raihana melanjutkan pelajaran secara sambilan dengan rakan baiknya Kak Shikin, mereka menumpang tinggal di rumah Aunty Zarina, di situlah dia kenal pula dengan Sufian.

Awal perkenalan, Raihana tidak berapa suka dengan penampilan dan tingkah laku Sufian. Tetapi Sufian sudah jatuh hati pada Raihana. Raihana masih lagi tak dapat melupakan cinta pertamanya iaitu Wan Arifin. Raihana yang tak suka kepada Sufian bertekad nak pindah rumah kerana benci kepada Sufian. Sufian mula memasang perangkap supaya Raihana dapat dikahwininya.

Akhirnya Raihana dan Sufian berkahwinlah juga..sepanjang menjadi isteri kepada Sufian, dia melihat kebaikan dan keikhlasan Sufian sebagai suaminya. Mungkin timbul rasa kasih sayang kepada Sufian dan Raihana terpaksa jugak menjaga Sufian di hospital ketika Sufian sakit.

Setelah Sufian sihat, Raihana kena pula jaga ibu kandungnya yang jatuh sakit pulak walaupun ibunya melayan dia dengan kasar. Raihana cuba merapatkan hubungan renggang selama ini dengan ibunya.

Sufian sedar Raihana masih lagi teringatkan cinta pertamanya, mampukah Sufian mengalihkan kembali cinta Raihana kepadanya, Sufian cuba menduga cinta dan kasih sayang Raihana..nak tau kesudahannya..!!!

Sumber : Facebook Gemersik Kalbu

- Sekarang ni Drama, Filem semua nak adaptasi dari novel dah kan :P

Artikel Berkaitan:

{ 8 comments… read them below or add one }

Mejuez December 22, 2011 at 3:41 am

Akak… 2 Januari 2012 bakal ditayangkan…
Mejuez recently posted..Wang Kertas RM20 Baru Muncul Semula!My Profile

Reply

yanmie December 22, 2011 at 9:10 am

@Mejuez, ye ada baca kat wall diorang, dah tukar dari 26hb mcm yg akak kata kat entry tu, tarikh ditukar
yanmie recently posted..Kek Vanilla Untuk Aiman Dan HaziqMy Profile

Reply

Cik Lirik December 13, 2011 at 3:56 pm

tu dia,semakin byk drama diadaptasi dari novel..huhuh
yg pling best nora elena

Reply

ohcikgu December 13, 2011 at 2:43 pm

habisla..akasha dah datang..mesti orang perempuan suka drama nih..
ohcikgu recently posted..Harimau Muda vs Sydney FCMy Profile

Reply

myvitrd December 13, 2011 at 11:42 am

Kalau ambil adaptasi dari novelnya ada juga rezeki royalti penulis tu dapatkan.. hope penulis novel tidak diabaikan..
myvitrd recently posted..Detik-detik Menanti Kelahiran Myvitrd JuniorMy Profile

Reply

Merpati Putih December 13, 2011 at 10:53 am

Drama Gemersik Kalbu Slot Akasia TV3 http://t.co/grPN65Vl (via @yanmie)

Reply

kozumi_ro December 13, 2011 at 10:14 am

guling2 di wak2 pagi…^ ^…

uik dh tukar tarikh lak…
kozumi_ro recently posted..Sinopsis Filem Satu Malam Kubur BerasapMy Profile

Reply

yanmie December 13, 2011 at 10:16 am

guling2? tak keje ke? ha’ah akak baca kat wall diorang cakap dah tukar, tv3 tukar, maybe tv3 ada cerita lain kot…

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: