Drama Dingin Lavenda Slot Zehra TV3

by yanmie on December 6, 2011

Salam, 9.dec.2011 Slot Zehra akan menemui kita semula dengan drama terbarunya iaitu Dingin Lavenda, drama ini dibintangi oleh pelakon Eira Syazira, Zarina AF, Faralyna Idris, Azlee Khairi dan diarahkan oleh Amy Maziah.

dingin lavenda slot zehra tv3

Drama ini adalah adaptasi dari Novel Dingin Salju Indiana, saya belum baca novel tersebut so no komen, kita tunggu je siarannya nanti, saya harap drama ini mampu mengatasi rating drama Tahajjud Cinta.

Jom saya kongsikan Sinopsis Dingin Lavenda:-

Drama ini meruntuhkan tembok tabu yang sering dikaitkan dengan isu dan permasalahan agama. Pelajaran agama sahaja tidak memadai; tanpa didikan agama dan adab. Pelajaran agama semata-mata tidak menjanjikan keutuhan iman. Iman yang ada akan diuji dengan pelbagai wajah. Setelah diuji, barulah akan terserlah reality sebenar sama ada iman seseorang itu cemerlang atau dangkal.

Sebagaimana lazimnya, apabila berada jauh di negeri orang, kelompok Melayu yang kecil akan rapat menjadi seolah satu keluarga. Jannah dan Murni memilih Melbourne, Australia untuk menyambung pengajian, tanpa menyangka hadirnya cabaran yang menggugat persahabatan dan permasalahan yang mencabar keimanan.

Sumber : Facebook Dingin Lavenda

Melihatkan gambar-gambar dalam facebook Dingin Lavenda, saya yakin drama ini pastinya mampu membuatkan ramai yang terus menonton dan tidak ingin ketinggalan untuk menyaksikan episode demi episode, apa pun sama-sama kita saksikannya nanti ^____^

Artikel Berkaitan:

  • Tidak ada Artikel berkaitan

{ 15 comments… read them below or add one }

esempoi February 15, 2012 at 4:00 pm

trend bertudung
:-)
esempoi recently posted..Drama Dingin Lavenda – Slot Zehra TV3My Profile

Reply

hunny tiffany January 27, 2012 at 10:10 pm

love this drama so much!!!~~ <3 i like it,,3 shbt yg pnuh dengna gudaan dan hero2 dy pon hensem ngee~! hehehehe,,,

Reply

lisa December 14, 2011 at 5:47 pm
kakyong December 12, 2011 at 10:27 am

hero drama ni, pelakon baru yer… x kenal pun.. ihikk
kakyong recently posted..[tamat] Gadget Impian kakyong[dot]com©My Profile

Reply

Ekspresi Ruang December 11, 2011 at 9:34 pm

drama atau filem yg diangkat drpd novel kebanyakan mmg berkualiti jln ceritanya.
Ekspresi Ruang recently posted..Alien Abduction Lamp: Idea Lasse Klein Daripada Kes Penculikan Oleh UFOMy Profile

Reply

kiki December 9, 2011 at 10:30 pm

best juga cerita nie

Reply

Mus December 9, 2011 at 10:12 am

wah.. dapat royaltilah penulis novel tu..
Mus recently posted..Promosi Tambang AirAsia 10sen 2012My Profile

Reply

Ummi Hanie December 8, 2011 at 4:31 pm

minat tgk eira syazira brlako .. xsangke sebaya dgn ai ;)
Ummi Hanie recently posted..Comel & Unik … of cozlah , special edition punya barangMy Profile

Reply

izan ishak December 7, 2011 at 2:04 am

makin byk pulak cerita yg best2 skrg ni. dah tak terkejar rasanya.

Reply

Daddy Cool December 6, 2011 at 11:58 pm

Macam filem hantu gak…ikut bermusim, kalau cintan-cintun, semua nak bikin genre yang serupa…
Daddy Cool recently posted..006 – Rayuan anak-anak didikku..My Profile

Reply

Merpati Putih December 6, 2011 at 10:56 pm

Drama Dingin Lavenda Slot Zehra TV3 http://t.co/ZWboMnLT (via @yanmie)

Reply

Tuan Tanah December 6, 2011 at 10:46 pm

wah makin banyak drama yang menyentuh perasaan sekrg……:)
Tuan Tanah recently posted..Bermula dari ZeroMy Profile

Reply

Fakarepain December 6, 2011 at 9:39 pm

sekarang semua cerita dah diadaptasi dari novel kan..
Fakarepain recently posted..Lame aku tak update blogMy Profile

Reply

yanmie December 6, 2011 at 10:16 pm

ha’ah betul tu, eh lama tak nampak :D

Reply

Mus December 9, 2011 at 10:00 am

@Fakarepain, dah macam trend terbaru
Mus recently posted..Promosi Tambang AirAsia 10sen 2012My Profile

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: