Dapat Jugak DSLR Sony A390

Salam semua, eh semalam saya tak update blog yea, sayang semalam tarikh yang cantik iaitu 1.11.11, tapi walau bagaimanapun saya seronok dan ada kenangan dengan tarikh tu, sebab semalam saya secara rasminya memiliki DSLR Sony A390 hehehe, syukur.

dslr a390 Kalau ikut nasihat sifu saya iaitu Mijie dan AzmanIshak, mereka mencadangkan untuk saya d90, tapi apa boleh buat malas nak cari jauh-jauh sebab kat FotoFlash Jusco Bukit Tinggi Klang nie dah tak ada, diorang kata d90 dah tak dikeluarkan, dan clear stok, cuma ada kat sesetengah kedai sahaja, kalau kat Lowyat ada katannya tapi takut dapat yang AP.

Percaya tak kalau saya katakan bahawa saya survey pelbagai DSLR dalam sebulan?, saya tanya kawan-kawan yang guna DSLR, dapatkan feedback dari mereka, bukan apa saya tak nak menyesal dikemudian hari.

Dan alhamdulillah hati tergerak nak beli Sony A390 ini, sedap pegang, selesa sangat, sebelum ini pernah pegang D3100, A330, A55 tetapi yang menjadi pilihan saya adalah Sony A390 tersebut, ini kerana ianya memenuhi ciri-ciri yang saya inginkan, paling best sebab ada Live View ^____^

Jom layan A390 saya kat bawah nie, heeee

dslr a390 Pandangan sudut depan

dslr a390 Pandangan dari sudut tepi

dslr a390mempunyai 2 jenis slot memori kad, sama ada memori kad besar atau stik, dan port usb untuk sambungan ke komputer.

dslr a390 Pandangan sudut belakang, mempunyai fungsi Live View, saya suka sangat ^____^, yang bestnya user friendly.

dslr a390 Skrin boleh tarik, kot-kot nak amik gambar tinggi-tinggi so senang nak tengok Live View tu (tak tau nak istilah tarik screen tu, hahaha).

Secara jujurnya saya tidak ada ilmu pengetahuan tentang dslr ini, dan rasanya memang tak akan masuk kelas photography, saya cuma belajar dari rakan-rakan dan explore melalui internet, download ebook, follow forum photography, kiranya belajar sendiri-sendiri je, yelah nak ambil gambar anak-anak je pun, eh?? hahhaa.

Dan dibawah gambar hasil dari Sony A390 saya, ye saya punya hehehe ^___^

Fresh dari Sony A390, takde edit-edit pun, cuma letak watermark je, menggunakan mode “Auto”, laterlah saya belajar benda lain, banyak lagi keje lain saya kena buat, dslr/gambar sebagai hobi je pun hikhik.

Sony A390 ini mempunyai megapixel 14.2, mempunyai fungsi Live View, senang korang baca review pasal Sony A390 ini kat SINI.

Nanti nak belajar buat manual pulak, hope MijieAzmanIshak dan Akubiomed sudi nak beri tunjuk ajar heeee ^____^.

– Tertunai sudah hasrat dihati ^_____^

You may also like

50 Comments

  1. Tahniah kak,lepas ni mesti banyak gambar menarik dari akak ek,banyak benda boleh belajar tu,sifu-sifu photog pun ramai,pape hal kalau ada masalah,tweet je dorang
    wazy recently posted..1-11-11My Profile

    1. hehehe makasih ejam, hubby cakap “rajin ke awak nak pikul kamera tu” kahkahkah.

      kamera tecik xlupa, tapi sebenarnya banyak lagi guna kamera phone dari kamera kecik tu, tak berbaloi betul beli nikon coolpix hari tu…ekekeke *dah ada yang baru biasalah* HAHAHAHA 😀
      yanmie recently posted..Dapat Jugak DSLR Sony A390My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge