Salam, 2 hari ni Aiman tak berapa nak sihat, kesian kat dia, tapi dia gagahkan jugak untuk ke tadika, ikutkan saya tak bagi dia sekolah dalam keadaan dia tak sihat, tapi apa boleh buat, dia sendiri yang berkeras nak juga pergi sekolah.

ubat demam kanak-kanakDah bagi dah ubat demam atas tu, alhamdulillah ada perubahan, tapi tulah kejap panas kejap sejuk, naik risau jugak, janganlah sampai admit macam dulu, dah serik nak ke klinik dan Ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, serik dan takut nak lalui masa-masa seperti dulu tak sanggup lagi sekali untuk mengintai disebalik Dari Celah Katil Wad Pediatrik  -..-“

aimanMoga cepat sembuh sayang, nanti ibu carikan macaron, sian dia dah minta 2-3 kali tapi tak dapat, dah order dengan cikmin, dan dah deal nak ambil macaron kat rumah cikmin pada isnin lepas semasa balik dari kampung, tapi cikmin demam pulak, takde rezeki, kena cari ler mana-mana lepas ni yang jual macaron, nampaknya cikmin sangat sibuk nak siapkan order terdahulu.

– Tak kisahlah Dimana-mana pun boleh asalkan jumpa macaron untuk Aiman, nanti ibu usaha cari untuk abang yea ^_____^

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

17 thoughts on “Aiman Demam Pula”
    1. Ya Allah macam mana boleh terlupa pasal scot nie, sebelum nie semasa aiman belum dapat adik memang bagi dia makan scot, insyaallah nanti kena carikan semula untuk diorang, terima kasih ingatkan akak 😀

        1. pernah jugak buat sekali kot, mak mertua yang ajar, tapi biasa akak kalau anak demam akak kerap mandikan, bagi sejuk badan baru temperature dia turun

    1. Alhamdulillah now dah takde masalah dalam makan ubat, dia boleh je makan, kalau sebelum ini memang susah nak masak, sampai masuk wad pun xmakan ubat, doktor bagi antibiotik terus masuk dalam badan, tapi tak tahan tang injection tu je 🙁

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge