Salam, pokok bunga rozel ini saya snap masa balik kampung en.hubby hari tu kat Jengka, Pahang. Ini pun secara kebetulan saje,Pokok bunga rozel @ Roselle, banyak tau Khasiat Rozel (Roselle), selain tu orang kata buat Jus pun boleh, diorang kata memang sedap tapi saya tak pernah minum jus rozel, rasa macam mana ye?, oh yea kalau nak belajar buat Jus Rozel boleh terjah entry nie Cara Buat Jus Rozel.

pokok bunga rozel

Sebelum nie pernah tengok kat TV je rupa bunga rozel nie, macam susah pulak nak jumpa pokok rozel nie, eh ke saya je yang tak pernah jumpa, hehehe, nampak pokok bunga rozel nie melalui view bilik kami di kampung, nampak dari jauh, dalah hati “rozel kot tu” HAHAHA, apa lagi time aksi Kait Buah Rambutan hari tu saya snap sekali lah pokok bunga rozel nie, giler jakun hahaaa.

pokok bunga rozel

Zoom in ^_____^

Okeh dah alang-alang post pasal nie, suka saya berkongsi tentang khasiat tentang rozel/roselle. Kalau korang nak tau, rozel mengandungi kandungan Vitamin C yang tinggi, ia juga mengandungi vitamin-vitamin lain seperti Vitamin D, B1 dan B2, Kalsium, Magnesium, Beta-Carotene dan OMEGA-3, rozel juga mengandungi anthocyanine (antioksidan), phewww banyakkan khasiat rozel nie ^___^.

Dr. Abdul Aziz Sharaf dari Sudan Research Unit, Institute of African and Asian Studies telah mengadakan penelitian mengenai khasiat bunga rozel dan mendapati rozel mengandungi khasiat-khasiat berikut:

  • Membantu proses pencernaan, meningkatkan kelenjar usus dan berfungsi sbg tonik
  • Memperlancar peredaran darah.
  • Mengubati luka luar dan dalam.
  • Mengubati penyakit kulit, menghaluskan kulit dan memperlambat penuaan, menyebabkan wajah nampak muda dan berseri.
  • Sbg diuretic, penurun suhu dan pereda rasa nyeri (penenang alami.)
  • Bersifat detoksifikasi, membuang racun.
  • Mempunyai efek anti kejang otot.
  • Memiliki zat anti bakteria dan anti virus.
  • Membunuh bakteria penyebab TBC.
  • Memiliki zat anti kejang saluran pernafasan
  • Mencegah peradangan pada saluran kencing dan pembentukan batu karang.
  • Mencegah penyakit jantung.
  • Mengatasi masalah selsema, batuk, dan demam.
  • Mengubati asma dan alergi.
  • Mengubati insomnia.
  • Menormalkan kadar gula darah, tekanan darah, kolestrol, dan asam urat.
  • Mengatasi penyakit kardiovaskular/darah tinggi.
  • Vitamin C dan serat yang tinggi yang terdapat dalam rozel mampu bertindak sebagai anti oksidan dan sebagai anti kanser.
  • Meningkatkan stamina dan daya tahan tubuh
  • Menyihatkan mata
  • Menyeimbangkan berat badan.
  • Mengurangi panas dalam .
  • Menurunkan tingkat penggumpalan lemak di hati.
  • Mengubati pening kepala/migraine.
  • Membantu memulihkan dari ketergantungan ubat dan alkohol.
  • Menghilangkan sakit sakit di badan.
  • Membantu mencerdaskan otak pada anak-anak kerana mengandungi Omega 3 dan DHA
  • Dapat mengurangi risiko osteoporosis.
  • Mengubati sakit tenggorokan dan sawan.
  • Mengatasi masalah stress/tekanan.

Sumber : Panduanpercuma.info

.

Teringin pula nak tanam, tapi rasa macam takmo nak hidup kalau saya yang tanam, selalunya memang macam tu pun, apa yang saya tanam tak pernah nak menjadi, baru nie balik dari kampung saya tanam pokok pandan yang saya bawa dari kampung, harap menjadi dan subur, hehe. Kebiasaannya Mak mertua saya yang tanam, memang menjadi, kalau saya memang pelik tapi benar, tak mo nak hidup tanaman tu -..-“

– Hijau, sedap pula mata nengok gambar-gambar atas tu ^_____^

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

26 thoughts on “Khasiat Rozel (Roselle)”
  1. Anak saya bawa balik benihnye sebiji je, alhamdullillah tumbuh dah di depan rumah. Banyak juga buahnye! Anak makan macam tu je…letak kelopaknya + lidah buaye + air panas = SEDAAAPPP!!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge