Himpunan Sejuta Umat Di Stadium Shah Alam

by yanmie on October 20, 2011

Salam, oh sabtu nie 22 Oktober 2011 ada Perhimpunan Sejuta Umat kan?, yang mana akan berlangsung di dalam Stadium Shah Alam pada pukul 2 hingga 6 petang, dan ianya tidak melibatkan sebarang perarakan, bagus jugaklah tak perlu ada perarakan sebab risau ketegangan akan berlaku, maklumlah soal agama nie perkara yang sangat sensitif.

himpunan sejuta umat

Untuk Keterangan lanjut layari Himpun.org

Permit perhimpunan pun Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dah keluarkan kepada Penganjur Himpunan Sejuta Umat, ini kerana yakin perhimpunan akan berlangsung dengan aman serta mengikut peraturan yang ditetapkan dalam permit.

“Kita telah teliti program yang akan diadakan iaitu bersajak, nasyid dan ceramah. Kita juga tidak menerima sebarang laporan negatif berhubung perhimpunan itu,” katanya kepada pemberita selepas menutup Kursus Pencegahan Jenayah Kilang-Kilang di Selangor, di sini pada Rabu.

Bagaimanapun katanya, polis sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan pada hari berkenaan.

“Anggota kita sentiasa bersedia dan memastikan kawalan keselamatan beradapada tahap baik termasuk aliran trafik pada hari berkenaan,” katanya.

Tun Hisan juga meminta pihak yang berkenaan khususnya penulis blog, agar menghentikan tindakan menghasut orang ramai dengan memberi gambaran negatif terhadap perhimpunan yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam itu. Katanya tindakan sedemikian boleh mengelirukan orang ramai dan menimbulkan kebimbangan yang tidak berasas. - Ingat tu yea wahai Blogger!

- Mstar.com.my

- Harap semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

Artikel Berkaitan:

  • Tidak ada Artikel berkaitan

{ 20 comments… read them below or add one }

Ariffin Khomeini October 23, 2011 at 11:56 am

berhimpun untuk pertahankan akidah, bukan cara Nabi Muhammad. Tolong belajar balik cara Rasulallah berdakwah

read this http://chomeini.blogspot.com/2011/10/oh-murtad.html
Ariffin Khomeini recently posted..Oh Murtad !My Profile

Reply

wazy October 21, 2011 at 11:36 am

Saya baru je publish entri pasal ni,walaupun tak dapat pergi,tolong promosi kat blog pun ok jugak la
wazy recently posted..HIMPUN – Himpunan Sejuta UmatMy Profile

Reply

Pacifista October 20, 2011 at 8:59 pm

sayangnya tak banyak pihak yang amik berat program macam ni.even ahli politik pun tak banyak yang melibatkan diri.mungkin kurang hangat dalam pandangan mata diorang.takpe la,masih ada lagi insan yang mementingkan isu murtad ni :D
Pacifista recently posted..Pemenang Contest Review Alexa @ Pacifista.myMy Profile

Reply

titan October 20, 2011 at 8:13 pm

nak gi ke tak ekk..
titan recently posted..Komisen ketiga dari Peer GomezMy Profile

Reply

Ekspresi Ruang October 20, 2011 at 12:49 pm

at least ada perubahan jugak dalam hati umat Islam Malaysia utk lebih bersatu. biarkan suara Muslim Malaysia didengar seluruh dunia.
Ekspresi Ruang recently posted..Silhouette Floating Lamp: Lampu Terapung Rekaan JansensMy Profile

Reply

akubiomed October 20, 2011 at 12:13 pm

Mula-mula saya inign minta maaf jika komen yang bakal ditulis agak berbaur kontroversi.

Perhimpunan yang bakal dianjurkan adalah baik cuma tidak ada kuasa eksekutif untuk menrubah ia nya sekadar ekspresi sahaja.

Contoh bantahan Malaysia keatas kezaliman Israel terhadap penduduk Palestin. Ia nya cuma bantahan bertulis atau berbentuk kecamanan. Adakah ia mengurangkan kekejaman dari pihak Israel tentunya tidak.

Bagi saya kesedaran di peringkat akar umbi adalah penting bukan No Action Talk Only(NATO)

Reply

Denaihati October 21, 2011 at 12:12 pm

Kalau kita tak mampu mengubah dengan tangan kerana sebab tertentu, dapat membenci dihati itu adalah iman yg selemah-lemahnya.
Denaihati recently posted..15 Cara Meningkatkan Trafik BlogMy Profile

Reply

Ikhwan Pauzi October 20, 2011 at 12:03 pm

nak pegi sangat sangat ! tapi dekat ipoh ni. kalau ade lesen, bole gak ikhwan pegi sana. heheh.
Ikhwan Pauzi recently posted..Aku Ada Impian: Part 14 – ImpianMy Profile

Reply

afiqaiman October 20, 2011 at 11:40 am

saya ada dapat juga kertas iklan himpunan sejuta umat Islam ni. insha Allah akan ada rombongan dari Perlis bertandang ke sana nanti :) semoga majlis berlangsung mengikut agenda asal
afiqaiman recently posted..Buat Duit Dengan Blog: Fakta Atau Auta?My Profile

Reply

kozumi_ro October 20, 2011 at 11:06 am

koz pun x g kot…

bz byk kje mau siapkan…^ ^

p/s: yang akak nyer tukan lau dh siap koz email k…
(biarlah rahsia hihihi)
kozumi_ro recently posted..Tempahan Header PuanBee.comMy Profile

Reply

yanmie October 20, 2011 at 11:26 am

hehehe ok2, tak sabar nak dapat email “biarlah rahsia tu” heeee :D

Reply

Shack@AnjungMaya October 20, 2011 at 10:02 am

InsyaAllah semua akan berjalan lancar..
Shack@AnjungMaya recently posted..Lapangan Terbang Angkasa Pertama Dunia DibukaMy Profile

Reply

yanmie October 20, 2011 at 10:03 am

Amin :D

Reply

Ibu Mifzal Arsyad October 20, 2011 at 9:46 am

mcm best je program ni..kalau dekat leh turun ;)
Ibu Mifzal Arsyad recently posted..Drama Lavenda Lakonan Eira Syazira Di Slot Zehra TV3?My Profile

Reply

yanmie October 20, 2011 at 9:55 am

betul-betul, program yang penuh dengan pengisian, nie teringin gak nak turun tapi anak2 nie payah nak gi tempat ramai-ramai macam nie, mesti sibuk nak cari toilet lah, makanlah haishhh

Reply

Fakarepain October 20, 2011 at 9:36 am

jangan ade kjadian y tidk diingini berlaku.. moga perhimpunan ini dirahmati..
Fakarepain recently posted..PENYOKONG SYIAH MAHU SAMAN UTUSAN SERTA JAISMy Profile

Reply

yanmie October 20, 2011 at 9:56 am

Insyaallah Amin, mudahan :D

Reply

kozumi_ro October 20, 2011 at 9:33 am

moga2 acara ini dapat di jalankan dengan lancar^^…

akak turun ke nanti…?
kozumi_ro recently posted..Undian Pasukan Kebangsaan – Bola sepak Sukan SEA 2011My Profile

Reply

yanmie October 20, 2011 at 9:57 am

Insyaallah Amin mudahan, tak turun, anak2 nie payah nak gi tempat macam tu, dibuatnya menangis kat stadium tu naya :D

Reply

Merpati Putih October 20, 2011 at 9:25 am

Himpunan Sejuta Umat Di Stadium Shah Alam http://t.co/6fmM6tRE (via @yanmie)

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: