Salam, pernah dengar ekamus tak?, tak pernah?, ok nak cerita ni, ekamus merupakan sebuah perisian perkamusan digital yang amat berguna bagi membantu individu menguasai pelbagai ilmu yang kini berkembang pesat dalam era teknologi maklumat.

ekamus

Ekamus memberi penjelasan makna sesuatu perkataan, boleh didapati kurang dari sesaat melalui fungsi ‘Text Capture’Β yang menggunakan tetikus sepenuhnya di samping kepelbagaian fungsi yang direka khas bagi menjadikan e-kamus sebagai perisian yang amat penting dalam era teknologi maklumat masa kini.

ekamusSebagai contoh, perkataan diatas adalah menggunakan ekamus version Lite, saya dah install Ekamus Pro dalam Laptop yang kini milik anak saya tetapi laptop tersebut tidak dapat digunakan, dalam penyelenggaraan. so saya download ekamus lite bersion 1.01.

ekamus

Secara jujurnya saya sudah pun menggunakan ekamus pro ini, dan pendapat saya, anda patut ada produk seperti ini didalam komputer anda, terutamanya adik-adik yang masih belajar, ekamus ini sangat membantu, bukan sahaja untuk pelajar malah untuk kita, ye kita hehehe.

Yang menariknya ekamus ini mempunyai kelebihan daripada Google Translate, baca bawah ini, sumber dari Wanmus.com

1- Memerlukan Internet
Google chrome hanya boleh digunakan jika anda mempunyai capaian internet kerana database disimpan di dalam server google. Jika time tu pulak internet down, maka masalah lh bagi anda jika ada kerja penting nak submit..lagi2 thesis atau assignment.

eKamus Profesional pula tidak memerlukan capaian internet kecuali untuk mengemaskini sahaja (tu pun setahun 1@2 kali je perlu update). Database di simpan di dalam komputer kita dan boleh digunakan di mana dan bila-bila sahaja jika diperlukan

2- Bilangan Kamus
Google chrome setakat ini hanya boleh terjemahkan kepada bahasa yang dia ada sahaja dan sudah tentulah tiada kamus jawi, kamus dewan dan kamus istilah yang kebanyakkanya digunakan oleh kita seharian.
eKamus mempunyai 18 jenis kamus antaranya ialah: KAMUS INGGERIS-MELAYU, MELAYU-ENGLISH, MELAYU-ARAB, KAMUS DEWAN dan KAMUS ISTILAH.

3- Sistem Terjemahan
Google chrome ada 2 cara untuk terjemahan iaitu kita taip atau copy paste perkataan tersebut ataupun kita upload file..Nanti google chrome akan terjemahkan kepada bahasa yang kita nak
eKamus juga ada 2 cara iaitu cara taip ke kotak carian atau just letak atas perkataan tersebut dan eKamus akan berikan maksud dalam masa beberapa saat sahaja.

4- Suara sebutan
Google chrome pun dah perkenalkan sebutan perkataan tapi ada satu jenis suara je lah. eKamus mempunyai 2 jenis suara sebutan ialah suara lelaki dan suara perempuan. Bukan sebutan perkataan sahaja diberikan, anda boleh dapatkan sebutan juga pada makna perkataan tersebut.

5- Support software
Google chrome hanya support microsoft word atau beberapa software sahaja, eKamus menyokong sebarang software yang berasaskan word processing termasuk web browser, PDF, dan sebagainya.

ekamus 5.02

Ekamus kini berwajah baru.

Menarik bukan ekamus ini, sekiranya anda berminat untuk memiliki ekamus ini, boleh layari http://www.myekamus.comΒ untuk maklumat lanjut.

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

38 thoughts on “E-Kamus Dan Kelebihannya”

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge