Drama Tihany Slot Ratu TV9

by yanmie on October 11, 2011

Salam, semalam saya dan anak-anak layan Drama Tihany Slot Ratu TV9, episode 1 rasanya, intro jalan cerita yang best, antara pelakon Tihany terdiri dari Nabilla Huda, Emelda Rosmila, Ungku Ismail Aziz, Riz Amin, Mustafa Kamal dan ramai lagi. Meh layan Sinopsis Drama Tihany Slot Ratu TV9.

tihany

Tihany merupakan seorang gadis yang biasa dan sederhana. Namun disebalik kesederhanaan beliau, dia mempunyai budi pekerti dan adap sopan yang amat tinggi. Walaupun dia adalah anak tunggal seorang tokoh usahawan yang berjaya, dia tetap dengan caranya yang sederhana dan gembira menguruskan kedai bunga yang kecil.

Tihany mempunyai seorang ibu tiri yang sangat rapat dengannya yang dianggap seperti ibu sendiri. Tihany juga sudah bertunang dengan Azman selaku setiausaha di syarikat ayahnya. Azman adalah seorang yang sederhana dan dia sering merasakan rendah diri kerana berkawan dengan anak tokoh usahawan.

Tragedi berlaku suatu hari sebelum pernikahan mereka apabila Tan Sri Abu Bakar diserang sakit jantung dan Azman tidak muncul pada hari pernikahan. Tihany panik dengan keadaan ayahnya dan demi menjaga kesihatan ayahnya dia perlu juga berkahwin. Soraya (ibu tiri) mencadangkan beliau berkahwin dengan Imran, seorang kenalannya. Pelbagai konfik timbul kerana sikap tamak Soraya dan Azman kerana ingin membolot harta Tan Sri Abu bakar dan anaknya, Tihany.

Sumber : TV9.com.my

- Semalam layan Supermak sekerat je, makin bosan pulak -..-”

Artikel Berkaitan:

{ 7 comments… read them below or add one }

Ikhwan Pauzi October 12, 2011 at 5:07 pm

ni mesti ada kat tv3 gak. petang petang ..
Ikhwan Pauzi recently posted..Aku Ada Impian: Part 11 – Exam!My Profile

Reply

yanmie October 13, 2011 at 10:15 am

@Ikhwan Pauzi, hehe blum ada lagi, tu tv9 pnya drama baru, kalau ada pun lama lagi kot baru masuk tv3, tapi selalunya yg kt tv3 masuk tv9 :D

Reply

Ikhwan Pauzi October 13, 2011 at 11:35 am

@yanmie, ooh. confius
Ikhwan Pauzi recently posted..Aku Ada Impian: Part 12 – Masak?My Profile

Reply

eiyda October 11, 2011 at 11:12 am

br jek layan semlam kak..macam best jek..heee
eiyda recently posted..sunday, 91011My Profile

Reply

yanmie October 11, 2011 at 11:17 am

@eiyda, bestkan? akak sampai berebut remote dengan Aiman HAHAHAHA :D

Reply

anastasyea October 11, 2011 at 11:11 am

Macam best je drama nie .. nanti nak tengok lah (“,)
anastasyea recently posted..Earning September 2011 Nuffnang, RM29,160.05My Profile

Reply

yanmie October 11, 2011 at 11:17 am

@anastasyea, untuk episode 1 memang best, rasa boleh layan drama nie :D

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: