Drama Nilapura Di Aksi TV3

Salam, minggu depan merupakan episode akhir bagi Drama Supermak di slot aksi TV3, dan drama terbaru yang akan menggantikan supermak iaitu Drama yang bertajuk Nilapura, drama ini dibintangi oleh barisan pelakon seperti Jue Aziz, Ryzal Jaafar, Amar Asyraf, Memey Suhaiza, Ramli Hassan, Zarina Zainuddin, Rosnah Johari, Razib Salimin, Adam Shah, Ramona Zam Zam, Hafiz Halim dan Aidil Aziz.

NILAPURADrama 13 episod ini mengisahkan tentang pengorbanan cinta Puteri Ratna Emas Lela untuk berkahwin dengan Putera Rangga selepas negara Bimasakti tewas kepada Nilapura dalam sebuah peperangan, jom baca sinopsis lengkap Nilapura di bawah ini.

Cerita epik percintaan ini berkisar tentang kehidupan seorang lelaki bernama Putera Rangga yang dilakonkan oleh Amar Asyraf merupakan anak kedua kepada Sultan Zainal Abidin dari negara Nilapura.

Setelah abangnya, Raja Murtaza dibunuh dalam peperangan, Rangga menjadi harapan tunggal bagi ayahandanya untuk mewarisi takhta.

Namun, Rangga merupakan seorang yang suka berfoya-foya dan sering mengabaikan tanggungjawabnya.

Puteri Ratna Emas Lela (Jue Aziz) pula merupakan puteri bongsu kepada Raja Bumida Bimasakti yang berjiwa rakyat dan gemar melakukan kerja-kerja amal.

Ratna sangat rapat dengan Dindra (Ryzal Jaafar), seorang pengawal diraja. Bagi menjaga kepentingan negaranya, Ratna sanggup mengetepikan perasaan cintanya terhadap Dindra dan bersetuju dengan perkahwinan diplomatik yang diaturkan.

Walaupun Ratna cuba berbaik dengan Rangga tetapi Rangga masih meneruskan hubungan dengan Ulia serta mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan bakal pemerintah negara Bimasakti.

Maka, Ratna terpaksa menggalas tanggungjawab tersebut untuk memerintah Bimasakti.

Sumber : Yanghangat.com dan Mstar.com.my

No komenlah untuk drama nie, apa pun sama-sama kita saksikannya nanti bermula 31 Oktober ini setiap hari isnin pukul 9 malam di TV3.

About yanmie 2603 Articles
Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

17 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.




CommentLuv badge