Beli Topup Handphone atau SimPack kena Bayar Cukai 6%!

by yanmie on September 8, 2011

.

Update 12/9/2011 – Cukai 6% Di tangguhkan

-KUALA LUMPUR: Syarikat telekomunikasi (TELCO) bersetuju menangguhkan kutipan cukai perkhidmatan enam peratus daripada pengguna prabayar sehingga perbincangan semula dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata antara cadangan yang dibincangkan bersama TELCO adalah caj enam peratus itu hanya dikenakan kepada pengguna yang membeli pek permulaan prabayar.
“Setakat ini, itu saja yang kita boleh beritahu.

“Kerajaan akan mengambil kira sumbangan RM6 bilion oleh TELCO kepada sumber pendapatan negara dari 1998 hingga kini sebelum membuat sebarang keputusan,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat bersama TELCO, di Angkasapuri, di sini, sebentar tadi.

Hadir sama, wakil dari Celcom Axiata Berhad (Celcom), DiGi Telecommunications Sdn Bhd (DiGiTel), Maxis Berhad, dan UMOBILE Sdn Bhd (U Mobile).

Minggu lalu, TELCO mengumumkan mereka akan mula mengutip cukai perkhidmatan enam peratus untuk perkhidmatan prabayar Jumaat ini.

 Sumber : Bharian.com.my

________________________________________________

Salam, baru terbaca di Mstar pasal Tambah Nilai Pra Bayar, Pek Sim Dikenakan Cukai Perkhidmatan 6% Mulai 15 September ini, semua syarikat telekomunikasi akan dikenakan cukai sebanyak 6%, tidak ada yang terkecuali, haishhhhh lepas nie kalau nak beli topup RM10.00 kena bayar RM10.60 ler yea. Beli Topup Handphone atau SimPack kena Bayar Cukai 6%!

Pelanggan prabayar dimaklumkan melalui SMS bermula tengah hari ini mengenai cukai perkhidmatan ITU, demikian menurut industri syarikat telekomunikasi Malaysia dalam kenyataan bersama di sini Khamis. Para pelanggan juga boleh merujuk kepada laman web syarikat telekomunikasi masing-masing untuk maklumat atau menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan sekiranya mereka mempunyai pertanyaan lanjut.

Syarikat telekomunikasi itu berkata cukai perkhidmatan merupakan cukai penggunaan dan boleh dikenakan kepada pelanggan sebagaimana yang disediakan dalam perundangan cukai perkhidmatan.

Akta Cukai Perkhidmatan 1975 memerlukan syarikat telekomunikasi mengenakan levi cukai perkhidmatan pada kadar tertentu terhadap perkhidmatan telekomunikasi, termasuk perkhidmatan prabayar mudah alih.

Ini sama seperti cukai perkhidmatan yang dilevi terhadap pembelian makanan dan minuman daripada restoran dan hotel.

- Mstar.com.my

Kalau macam saya nie memang haru biru ler nak menopup, saya ada 3 simkad yang aktif iaitu tune talk untuk Blackberry, Digi untuk iPad2 dan Celcom untuk Sony, nampaknya lepas nie kena berjimat sikit, yelah macam saya sebulan banyak juga yang saya peruntukkan untuk ketiga-tiga simkad tersebut ;’(

 - Masih belum dapat sms pemberitahuan ^___^

Artikel Berkaitan:

  • Tidak ada Artikel berkaitan

{ 42 comments… read them below or add one }

Park Than September 12, 2011 at 3:26 pm

Update : Cukai 6% telco di tangguhkan http://t.co/tLmXt0C

Reply

yanmie September 12, 2011 at 7:24 am

Update : Cukai 6% telco di tangguhkan http://t.co/tLmXt0C

Reply

Que September 11, 2011 at 9:50 pm

Dah untung banyak pun still nak kenakan cukai..ape dah
Que recently posted..[Edisi EPL 2011/2012] Kenapa Arsenal kalah teruk dibelasah Manchester UnitedMy Profile

Reply

wazy September 11, 2011 at 9:01 pm

fuhhh
baru je dapat sms dari celcom
sana sini semua dah kena cukai T_T
wazy recently posted..Lirik Lagu Dan Video Saya Anak Malaysia 2011My Profile

Reply

akubiomed September 11, 2011 at 7:25 pm

Isteri guna talian pasce bayar. Harap sangat pihak pembekal komunikasi tempatan dapat menangguhkan dahulu atau menaikkan secara perlahana-lahan supaya tidak terkejut sangat. Maklumlah lepas Raya dan hendak pilihan raya tentu ada peningkatan pengunaan talin telefon :-)
akubiomed recently posted..Cukai 6% kepada pengguna prabayarMy Profile

Reply

yas September 11, 2011 at 1:52 pm

mana tak org marah kat kerajaan…semer mende nak naik dah…tang gaji je yg payah nak naik…isk..isk..
yas recently posted..Meh tembak US Army plak…My Profile

Reply

Ekspresi Ruang September 10, 2011 at 8:37 am

tapi perkara ni nampak cam strategi politik je (IMO).
skg kerajaan mcm beriya2 membela rakyat.
ntah la. wallahualam.
yg pasti PRU makin hampir. huhu
Ekspresi Ruang recently posted..Sofa Empuk Ini Haram Dibeli Oleh Umat Islam!My Profile

Reply

Pacifista September 12, 2011 at 10:40 pm

@Ekspresi Ruang, jangan sampai “rakyat dikendiankan,pencapaian di’lastminute’kan”.haha…
Pacifista recently posted..Highlight Bonus PacifistaMy Profile

Reply

HAIRUL September 10, 2011 at 2:53 am

yg pakai prepaid = rakyat malaysia yg kurang mampu. kerajaan tlg fikir masaalah rakyat… mana cogankata; RAKYAT DI DAHULUKAN??????

Reply

anony September 9, 2011 at 6:08 pm

Kenapa kena bayar levi…coz airtime tu patutnya free jer…kita dah bayar nilai perkidmatan kemudian kena lagi cukai…ishh… atas angin jer buat undang2 cam tu…..

Reply

dr. hauschka cosmetics September 9, 2011 at 5:47 pm

IN this age the mobile phones are very necessary for everyone to make the conversation.

Reply

qimie September 9, 2011 at 5:46 pm

nasib baik pakai prepaid kuning tu! tiap2 bulan dia topupkan rm 30. hehehe
qimie recently posted..(Gambar) Perkahwinan Faezah Elai | Majlis PernikahanMy Profile

Reply

madammondoq September 9, 2011 at 11:12 am

saya tak setuju.. huhu..
madammondoq recently posted..Kenapa Anak Lelaki Rapat Dengan Ibu?My Profile

Reply

cik peanut September 9, 2011 at 7:29 am

Beli Topup Handphone atau SimPack kena Bayar Cukai 6%! CC: @yanmie

Reply

Nur Areefah September 9, 2011 at 7:12 am

Beli Topup Handphone atau SimPack kena Bayar Cukai 6%! CC: @yanmie

Reply

jiwagua.com September 9, 2011 at 6:38 am

Beli Topup Handphone atau SimPack kena Bayar Cukai 6%! rt @yanmie

Reply

Muhammad Safwan September 9, 2011 at 6:17 am

rt @yanmie -> Beli Topup Handphone atau SimPack kena Bayar Cukai 6%!

Reply

zulkbo September 9, 2011 at 3:59 am

Beli Topup Handphone atau SimPack kena Bayar Cukai 6%! rt @yanmie

Reply

Anarm Khairul September 9, 2011 at 2:44 am

rt @yanmie -> Beli Topup Handphone atau SimPack kena Bayar Cukai 6%!

Reply

ariff September 9, 2011 at 2:42 am

RT @yanmie Beli Topup Handphone atau SimPack kena Bayar Cukai 6%!

Reply

Aliff Cullen™ September 9, 2011 at 1:08 am

Beli Topup Handphone atau SimPack kena Bayar Cukai 6%! via @yanmie

Reply

Pacifista September 9, 2011 at 12:54 am

lepas ni nasib sama je kalau pakai postpaid atau prepaid.
kalau macam tu, charge untuk prepaid pun kena tukar jugak,buat sama macam postpaid jugak…
Pacifista recently posted..Contest: Review Alexa @ Pacifista.myMy Profile

Reply

faiz September 8, 2011 at 11:28 pm

sebenarnya pengguna postpaid dah lama ditambah dengan cukai ni..huhu..tapi oleh kerana pakej yang ditawarkan tak berapa nampak kesannya.

Reply

Jawatan Kosong September 8, 2011 at 11:16 pm

Betul ke ni.. kena cukai lagi.
Jawatan Kosong recently posted..Kuala Lumpur Metro Group Property Developer Vacancies 2011My Profile

Reply

eiela September 8, 2011 at 10:51 pm

ala, tak best la macam nih. dibuatnya ada kedai charge topup RM10 diambilnya charge 0.50 tambah plak cukai nih. hmm,,parah,,

Reply

Sya Isya September 8, 2011 at 9:33 pm

alaa…Sya baru je tukar postpaid ke prepaid. ceh!.
Sya Isya recently posted..MENANG 3 KATEGORI DARI BLOG BUAT DUIT EARNCENT.COM (BLOG TITAN)My Profile

Reply

zuls September 8, 2011 at 7:09 pm

kalau sampai 3 akaun tu memang masak tu kakyan.
zuls recently posted..6% service tax on prepaid reloads and starter packMy Profile

Reply

Ibu Mifzal Arsyad September 8, 2011 at 6:28 pm

asyik2 pengguna jugak yg terkena..hmm..sy pakai postpaid..mmg dah kena byr dah pun cukai tetiap bulan..sigh…
Ibu Mifzal Arsyad recently posted..Penawar Denggi DitemuiMy Profile

Reply

Wan Perlis September 8, 2011 at 5:47 pm

rakyat dibebankan wang diutamakan

Reply

princesseryna September 8, 2011 at 5:12 pm

kite pakai maxis postpaid…. hahaa… mmg x kene tax 6% tuh tp hidden cost kite x tau… syarikat telco nih kan pandai…
princesseryna recently posted..Tension bila ada orang suka ambil kesempatan..My Profile

Reply

anastasyea September 8, 2011 at 5:31 pm
puanbee September 8, 2011 at 5:05 pm

saya jarang gak top up2 nih kak.. tapi tk best r bab naik2 harga nih kehkeh

Reply

anastasyea September 8, 2011 at 4:34 pm

Huuuhhhh .. nasib baik pakai postpaid ! (“,)
anastasyea recently posted..‘Malaysian Heroes’ Kaki Buli | Dua Pelajar Kejururawatan Jadi Mangsa !My Profile

Reply

yanmie September 8, 2011 at 4:53 pm
anastasyea September 8, 2011 at 5:30 pm

@yanmie, Prepaid ada gak, tap jarang² guna.
anastasyea recently posted..Topup Tambah Nilai Handphone, SimPack kena Bayar Cukai 6 Peratus !My Profile

Reply

Faris September 8, 2011 at 4:26 pm

Fuh! Nasib baik pakai Maxis Postpaid…
Faris recently posted..SSK & Otam – Selamat MalamMy Profile

Reply

yanmie September 8, 2011 at 4:28 pm

@Faris, untung ler tak kena cukai 6% :D
yanmie recently posted..Beli Topup Handphone atau SimPack kena Bayar Cukai 6%!My Profile

Reply

Anarm September 8, 2011 at 4:22 pm

ade dapat msg dari hotlink tadi pasal cukai 6% ni.. telco lain pon same gak ek? dia nak suruh org ramai tukar pkai postpaid kot..
Anarm recently posted..Dapat Trafik Guna Duit Adalah Cara Hina?My Profile

Reply

yanmie September 8, 2011 at 4:27 pm

@Anarm, akak baru sudah baca kat mstar tadi, katanya untuk semua syarikat telekomunikasi, uhukkkkk

kalau tukar ke postpaid lagi melambung org nak bayar bil hehe
yanmie recently posted..Beli Topup Handphone atau SimPack kena Bayar Cukai 6%!My Profile

Reply

Anarm September 8, 2011 at 4:49 pm

@yanmie, guna postpaid dgn cara bijak mungkin takde masalah bil melambung.. saya pkai celcom postpaid.. ade data plan sekali bleh tweet2 di mana2 saje.. :D
Anarm recently posted..Dapat Trafik Guna Duit Adalah Cara Hina?My Profile

Reply

yanmie September 8, 2011 at 4:55 pm

ye betul tu, kalau guna dengan bijak memang takde masalah, lagipun kita boleh set berapa kredit limit yang kita nak kan? betul tak? so takdelah terlebih guna

Reply

Anarm September 8, 2011 at 5:26 pm

@yanmie, ha ah.. betul tu.. sama je macam pkai prepaid.. prepaid limit ikut nilai kita topup.. postpaid plak ikut credit limit yg kita set..
Anarm recently posted..Dapat Trafik Guna Duit Adalah Cara Hina?My Profile

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: