Tanah Runtuh Di Perkampungan Orang Asli Di Tanah Rata Cameron Highland

by yanmie on August 7, 2011

Update : 9.32 am / 8.8.2011

Tujuh termasuk empat wanita maut, manakala dua parah dalam kejadian tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil di Brinchang, di sini petang Ahad.

Mereka yang terbunuh dikenali sebagai Normadiah Lasik, 69, Ali Hassan, 50, Jaafar, 49, Mohd Ikbal Jaafar, 15, Sara Gunung, 37, Norma Gunung, 51, dan Yusnizan Yusof, 22, manakala yang parah pula ialah Bah Anjang Besar a/l Anjang, 39, dan Serry Priary a/p Suri, 15 tahun.

- Mstar.com.my

______________________________________

Salam, baru sahaja tadi diberita tv3 dilaporkan bahawa telah berlaku kejadian tanah runtuh di Tanah Rata Cameron Highland yang melibatkan lima buah rumah perkampungan Orang Asli Sungai Ruil di Tanah Rata runtuh, kejadian tersebut berlaku pada pukul 5.45 petang tadi. setakat entry ini dipublish 9.31malam, Seorang maut, ramai terperangkap dalam tanah runtuh tersebut.

CAMERON HIGHLANDS: Lima rumah di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil di Tanah Rata di sini, ditimbus tanah runtuh dalam kejadian jam 5.45 petang tadi.

Sumber polis mengesahkan setakat ini satu mayat ditemui manakala dua lagi cedera dan kini dirawat di Hospital Hajah Kalsom, Tanah Rata.
Dipercayai lebih ramai mangsa terperangkap berikutan tiga daripada lima rumah berkenaan ditimbus sepenuhnya dan nasib penghuninya belum diketahui.

Pasukan penyelamat kini bertungkus lumus mencari mangsa. *

Sumber : Berita Harian Online

* Sebarang perkembangan akan diupdate semula, sama-sama kita doakan agar mereka yang terperangkap masih selamat.

Sent From My iPad2

Artikel Berkaitan:

{ 8 comments… read them below or add one }

Pacifista - X August 10, 2011 at 6:38 pm

banyak sangat lereng bukit yang ditoreh.manusia yang buat,manusia lain yang terbeban…
Pacifista – X recently posted..Carilah Kemanisan Dalam BeribadahMy Profile

Reply

akubiomed August 8, 2011 at 5:30 pm

Takziah kepada keluarga mangsa.:-(
akubiomed recently posted..Demam saraf di bulan RamadhanMy Profile

Reply

ekspresiruang August 8, 2011 at 8:58 am

smoga malapetaka ini tidak menjadi semudarat yg dikhuatiri…nauzubillah
ekspresiruang recently posted..London Gate: Mercu Tanda Sukan Olimpik 2012 Di LondonMy Profile

Reply

Ummi Hanie August 7, 2011 at 11:57 pm

tumpang simpati … :(
Ummi Hanie recently posted..Kan manis bertudung begini … Tahniah JojieMy Profile

Reply

whitemerpati August 7, 2011 at 11:09 pm

Tanah Runtuh Di Perkampungan Orang Asli Di Tanah Rata Cameron Highland http://bit.ly/mSoXu6 (via @yanmie)

Reply

hakimfaridzul August 7, 2011 at 11:03 pm

doa-doalah semoga mereka semuanya selamat…
hakimfaridzul recently posted..Daisy Dahlia Boutique | Online Blogshop Muslimah Ellegance Trendy (ADV)My Profile

Reply

izwannizam August 7, 2011 at 10:26 pm

kawasan ni dah kerap berlaku tanah runtuh cuma manusia tak berapa nak ambil iktibar..takziah kepada mangsa
izwannizam recently posted..Facebook Page Izwannizamruslim[dot]comMy Profile

Reply

wanamwi August 7, 2011 at 1:57 pm

RT @yanmie: Blog Update : Tanah Runtuh Di Perkampungan Orang Asli Di Tanah Rata Cameron Highland http://t.co/n8s5Z81

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: