Salam, lama betul tak layan sinetron di Astro Ria, hari nie layan marathon Hingga Akhir Waktu Di Astro Ria, boleh tahan juga sinetron nie, best!. Untuk pengetahuan sinetron ini telah pun mula ditayangkan di Astro Ria bermula 29 Julai yang lalu, sinetron ini merupakan ulangan, terdahulu sinetron ini pernah ditayangkan pada tahun 2008 di Indonesia dan ianya merupakan sinetron yang mendapat sambutan yang hangat disana.

hingga akhir waktu

Yang menariknya pelakon utamanya ialah Marshanda, saya memang meminati beliau sejak kemunculannya dahulu di kaca tv di Malaysia ini, mimik mukanya comel sangat, bibir kecik seksi gitu, nnnggeee~

Dah jom layan sinopsis Hingga Akhir Waktu ini ^___^

Sinetron ini mengisahkan tentang seorang anak kecil yang hilang, bernama Anggrek (dilakonkan oleh Marshanda) karana kelalaian papanya (dilakonkan oleh RicoTampatty). Peristiwa tersebut membuat orang tuanya kelam kabut, ibunya (dilakonkan oleh Feby Febiola) mengalami kemurungan.

Kerana merasa kehilangan yang sangat besar terhadap Anggrek, ibunya akhirnya mengambil seorang anak angkat yang ditemuinya di jalan untuk dijadikan seperti anak kandungnya, anak yang dipungut itu dilakonkan oleh Asmirandah.

Sedangkan Anggrek asli yang hilang dijadikan anak angkat oleh seorang laki-laki yang baik (dilakonkan oleh Teddy Syah). Mereka bertukar hingga belasan tahun lamanya. Kisah ini mengangkat drama melankolis yang tertuang dalam alur ceritanya. Dengan dibumbui oleh cerita cinta, kasih sayang keluarga, kecemburuan, dan harapan .

Selain Marshanda yang memegang watak sebagai Anggerek, juga turut dibintangi oleh bintang-bintang lainnya, seperti Lucky Perdana, Ayudia Bing Slamet, Dina Lorenza, Adi Bing Slamet, Devi Permatasari, Billy Davidson, Donny Damara, dan Ali Syakieb.

Sinetron ini ditayangkan setiap Isnin – Jumaat pukul 6.30 petang

* OST Hingga Akhir Waktu nanti saya kongsikan ^___^

– Sumber : Yanghangat.com

.

Tapi buat masa ini, hanya mampu follow sinetron ini melalui marathon sahaja, sebab waktu tayangan sinetron ini bertembung dengan Drama Kasih Alia, mana boleh miss tengok kasih alia, best wooo ada Fida hekhekhek ^___^

 

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

17 thoughts on “Sinetron Hingga Akhir Waktu Di Astro Ria”
  1. watak tu salah tu. sepatutnya anak yang hilan itu namanya kania. bukananay anggrek. anggrek itu dilakonkn asmirandah. anak pungutan.

  2. Tapi kalau layan cerita hingga akhir waktu ni, menyakitkan hati jugak ek…sebab nilla tu le pandai benar memutar belitkan cerita…tapi saya tabik dengan lakonan ayudia bing slamet..kerana watak jahat bukan senang diperankan.,harus buat memek muka bengis….harus buat tonsuara jahat..tak semudah orang yg baik baik..febby febiola juga lebih ok belakon watak baik..kalau dalam kisah cinta melody,watak jahat….tabik jugak dengan lucky perdana sebab boleh mengalirkan airmata…lelaki susah tu nak mengalirkan airmata..watak marshanda dan asmirandah mudah kerana mereka disokong penuh oleh penonton..walaupun agak susah mengalirkan airmata..tapi asmirandah lebih cantik dalam sinetron nikita…lebih matured…

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge