Salam, nampaknya Majlis Fatwa Kebangsaan telahpun bersidang buat kali ke-95 pada 16 hingga 18 Jun lalu dan Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan bahawa Cicak Tokek Haram Untuk Di Makan dan Dijadikan Ubat.

Cicak Tokek aka Cicak Gergasi jadi buruan
Hukum Memakan Dan Berubat Dengan Cicak Gekko Geckko (Tokay)
Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-95 yang bersidang pada 16-18 Jun 2011 telah membincangkan mengenai Hukum Memakan Dan Berubat Dengan Cicak Gekko Geckko (Tokay) . Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa para fuqaha’ telah mengklasifikasikan Cicak Gekko Geckko (Tokay) sebagai binatang yang haram dimakan kerana tergolong dalam kategori haiwan yang menjijikkan (khabis) dan mempunyai racun. Begitu juga dengan uruf masyarakat Islam di Malaysia yang tidak menjadikan binatang ini sebagai makanan yang biasa dimakan. Selain itu, sehingga kini tidak ada bukti saintifik dan ujian klinikal yang membuktikan bahawa Cicak Gekko Geckko (Tokay) mampu menjadi penawar atau mengubati penyakit-penyakit tertentu.
Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum memakan Cicak Gekko Geckko (Tokay) adalah diharamkan oleh Islam. Manakala untuk tujuan perubatan, penggunaan Cicak Gekko Geckko (Tokay) diharuskan dengan syarat keberkesanannya dapat dibuktikan dari segi saintifik dan tiada alternatif ubat lain yang boleh digunakan bagi merawat penyakit berkaitan.
Sumber : e-Fatwa
.
- Komen kat entry Cicak Tokek aka Cicak Gergasi jadi buruan ada banyak no phone 
{ 27 comments… read them below or add one }
Kalau pasal bukti saintifik untuk perubatan memang dah ada, cuma bukan bukti saintifik untuk HIV dan Aids. Dari dulu pun ramai dah yang kata harus untuk tujuan perubatan. Tapi ada tak orang Islam yang makan tokek ni?
Tokek Sabah recently posted..Tokek Gecko Haram
Sedapnya cicak ni…. nak makan dengan megi goreng. Nyam2…
Majlis Fatwa Kebangsaan – Cicak Tokek Haram Di Makan dan Dijadikan Ubat via @yanmie
oo haram , nasib lah tak terlibat lagi suami sy suka cicak ni mintak sy bela saya tak nak kang digigit anak2 naya je
puanbee recently posted..Kereta Adalah Keperluan
Majlis Fatwa Kebangsaan – Cicak Tokek Haram Di Makan dan Dijadikan Ubat via @yanmie
Berita tentang bahawa cicak ini boleh digunakan dalam perubatan sebenarnya tidak pasti dan tidak jelas dari mana sumber asalnya ?
Ada sesiapa yang tahu asal sumber cerita ini ?
susah nak dapat natang ni. sebenarnya cicak ni bole ubat apa eh ?
Ikhwan Pauzi recently posted..Giant Ants Talent Hub: DarkstyleCrew 2011
harga sekor pun dah sejuta.nak makan?bagi free pun taknak.haha…
Pacifista – X recently posted..Jom Puasa Sunat Rejab dan Syaaban
ada ke yang sanggup makan benda ni? geli geleman tgk rupanya…
kalau bab jual tu mungkin laju la…
@Hazmin Hamudin, ada je.sedangkan ulat, katak pun diorang makan,apatah lagi menatang ni.haha…
Pacifista – X recently posted..Jom Puasa Sunat Rejab dan Syaaban
@Pacifista – X, jual benda haram ni patutnya diharamkan skali…
lagi bagus…
@Hazmin Hamudin, ntah la,kekadang manusia lebih suka berdolak dalih dalam hal hukum hakam ni.contoh macam cicak tokek ni.biasanya orang akan cakap yang diorang nak jual untuk buat ubat.sedangkan belum terbukti secara saintifik lagi tentang kesahihannya…
Pacifista – X recently posted..Jom Puasa Sunat Rejab dan Syaaban
abis cicak yang dekat umah saya ni kalau jual tak bolehlah ye kak yan..hehehe
Myvitrd recently posted..Airasia Promosi Hebat Bakal Pengantin Berhoneymoon Serendah RM3 Sahaja
@Myvitrd, ada bela cicak ke
@Myvitrd, Orang islam sahaja tidak boleh makan cicak. Jualkan tokek kepada bukan islam
Majlis Fatwa Kebangsaan – Cicak Tokek Haram Di Makan dan Dijadikan Ubat via @yanmie
aku gelilah ngan cicak ni emm nak tgk proton inspira kene tembak http://tauhusumbat.com/index.php/2011/07/proton-inspira-kene-tembak-video/ tau korang nak makan free
TAUHUSUMBAT recently posted..MAKAN FREE @ MCD
Majlis Fatwa Kebangsaan – Cicak Tokek Haram Di Makan dan Dijadikan Ubat via @yanmie
lagipun cicak tokkay ni dah masuk dalam Akti Pemuliharaan Hidupan Liar di bawah spesis yang dilindungi
@shahid, lagipun cicak ni belum terbukti secara saintifik lagi dapat digunakan dalam perubatan…
kalau makan pun dah haram,apatah lagi untuk urusan jual beli…