Salam, lega juga tengok berita semalam yang mana, Kabinet telah membuat keputusan untuk Tidak Benarkan Astro Naikkan Harga Pakej Langganan selagi pihak Astro tidak mendapat kebenaran daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), perkara tersebut dikatakan oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

astro

Beliau berkata isu kenaikkan tarif Astro tersebut telah dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet semalam (jumaat 1.7.2011) dan Kabinet berpendapat Astro tidak sewajarnya menaikkan apa pun tarif berkaitan perkhidmatan mereka pada waktu ini, so boleh abaikan surat yang Yan dapat dari Astro tu, kikikiki, harap jugalah sangat-sangat lepas nie memang tidak ada kenaikan, huhuhu.

“Saya telah bersetuju untuk SKMM tidak membenarkan kenaikan sebarang tarif Astro kecuali ianya telah diluluskan oleh SKMM, dan mengikut kadar yang berpatutan, serta mengikut lunas undang-undang,’ katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca-Kabinet di Angkasapuri di sini. – BERNAMA

– Kalau hujan nangessssss tak leh tengok TV!!

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

38 thoughts on “Kabinet Tidak Benarkan Astro Naikkan Harga Pakej Langganan”
    1. @pok mey, kenapa harga astro naik RM6 nie..
      kalau 10 custmer dah untung RM60 ,itu sebuan jer..kalau setahun ?

      kata kerajaan x bagi naik kan..tp nie dah naik ..nak kena byar jugak ke..?

  1. baru ni dpt bil astro…dah ada kenaikan. Pertambahan dlm RM8.00….adoi..kata tak naik..ishh..takde sape ker yg memantau??

  2. 14/07/2011 dapat surat kenaikan harga astro..mana janji menteri kata tak naik harga..tak usah lah kene tipu dengan astro tu..dia peduli ape,barang dia punya..dia orang dah tahu lesen tak akan di tahan, sebab tu dia buat gak. dia peduli ape SKMM ke..ape M pun ,,naik tetap naik.

  3. tuh ler dia… depa x de pesaing.. tuh yg sesuke ati jer nak naikkn charge… same cam telekom la dulu… charge bukan main mahal.. skali pesaing wujud 1 persatu.. nah! amik ko!…. tuh kabinet ckp x wajar naikkan harga… kite tgk plak SKMM wat keje camnerr nnt… kalo sumenye x jln… sanggup ke kite2 nih boikot astro?… hahaha
    princesseryna recently posted..BISKUT CAMPUR CAP KINGKONGMy Profile

    1. takut astro degil xmo nk dgr ckp, kan haritu lg kata xleh naikkan suka2 tp diorg antar gak notis pemberitahuan kenaikkan hrga tu 😯

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge