Bersih 2.0 Batal Demo Jalanan Dan Bersih 2.0 Bersetuju Demo Di Stadium

by yanmie on July 5, 2011

Salam, perkembangan terkini berkenaan Perhimpunan BERSIH 2.0 – 2011, Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga hari ini telah memasuki Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tunku Mizan Zainal Abidin kira-kira pukul 1.55 petang tadi, dan akhirnya beliau akur dengan saranan Titah Khas Yang di-Pertuan Agong Berkenaan Bersih 2.0 (9 Julai 2011) dan kerajaan untuk membatalkan perhimpunan haram jalanan yang bakal dijadual pada Sabtu ini.

bersih 2.0

Bagaimanapun beliau menerima tawaran dari Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak untuk menganjurkan perhimpunan berkenaan di dalam stadium, stadium mana belum tahu lagi, mereka akan bincangkan kemudian.

Tapi harapnya agar perhimpunan ini tidak mencetuskan keadaan yang tegang dan tidak terus dipolitikkan.

ambiga sree

“Sekarang kita ambil keputusan untuk tidak mengadakan demonstrasi di jalanan, tapi ubah ke stadium…stadium mana kita akan bincang dengan kerajaan,” katanya ketika ditemui di Istana Negara di sini, Selasa.

Dimana pun Bersih ini berjalan, tetapi masih risau juga, apa-apa kemungkinan boleh berlaku, terbaru tengok berita tv3 tadi. Polis merampas sejumlah besar senjata daripada pelbagai lokasi di sekitar Lembah Klang semalam dan tidak menolak kemungkinan ianya ada kaitan berhubung dengan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Sabtu ini.

barang rampasan bersih 2.0

Antara senjata tersebut termasuk 44 molotov cocktails, 23 parang dan 48 baju T dengan logo BERSIH. Semuanya dirampas semasa operasi polis di Gombak, Selangor dan tiga lokasi di Kuala Lumpur.

barang rampasan

barang rampasan

barang rampasan

Detail : Malaysiakini.com dan Mstar.com.my

- Serius walau dimanapun demo Bersih 2.0 ini dilangsungkan, harap ianya berlangsung dengan aman, nngeeriinya tengok parang tu..euuww~.

Artikel Berkaitan:

{ 18 comments… read them below or add one }

sayacomel July 6, 2011 at 2:05 pm

tunggu dan lihat sahaja.. :)
sayacomel recently posted..Comel Sangat – Harimau comel yang kesepian..My Profile

Reply

hosney July 6, 2011 at 11:11 am

jangan buang masa la nak berdemo ni, banyak lagi perkara lain yang mendatangkan faedah. Kalau setakat nak hantar memorandum, tak perlulah berhimpun dan berdemo, PRU nanti terjemahkan dikertas undi…dah daftar ke belum?????
hosney recently posted..The end of KTMB in Tanjung Pagar, Singapore.My Profile

Reply

AMAD July 6, 2011 at 9:39 am

Yang PENTING KERAJAAN Patut terima apa PERMINTAAN BERSIH dan cuba tunaikan segera. baru selesai dan tak Perlu PERHIMPUNAN.
Semua rakyat selamat…

Reply

Pacifista - X July 6, 2011 at 6:14 pm

@AMAD, kalau bersih nak PM tu mesti bangsa cina,ko nak?
Pacifista – X recently posted..Jom Hafal Makna Surah al-FatihahMy Profile

Reply

Mackenzie Doo™ July 6, 2011 at 8:28 am

Bersih 2.0 Batal Demo Jalanan Dan Bersih 2.0 Bersetuju Demo Di Stadium | yanmieonline.com http://t.co/CfjcqLu via @yanmie

Reply

Pacifista - X July 6, 2011 at 2:15 am

sambil2 tu jom hafal makna surah al Fatihah :)
Pacifista – X recently posted..Jom Hafal Makna Surah al-FatihahMy Profile

Reply

akubiomed July 5, 2011 at 11:52 pm

La ingat sudah dibatalkan? Masih lagi niat untuk demo BERSIH 2.0

Reply

Datin Tyka July 5, 2011 at 10:43 pm

harap harap buat kt stadium ni tak la teruk nnt.. jgn rosakkan harta benda stadium
Datin Tyka recently posted..Contoh Untuk Peringkat KeduaMy Profile

Reply

anastasyea July 5, 2011 at 8:53 pm

Setuju kalau BERSIH buat dekat stadium. Lebih terjamin keselamatan harta benda dan orang awam :D
anastasyea recently posted..All Link open in new windows !My Profile

Reply

Ikhwan Pauzi July 5, 2011 at 8:10 pm

memang la kita nak adil semuanya kan. tapi, sampai berparang bagai, susah lah.
Ikhwan Pauzi recently posted..Call of Duty: Modern Warfare 3My Profile

Reply

Sabahan Bloggers Club July 5, 2011 at 8:00 pm

Semoga bersih kali ni betul2 bersih. Kalau kat stadium, nampaknya kurang menarik kot. tak gempaq.
Sabahan Bloggers Club recently posted..Google Ban co.ccMy Profile

Reply

AMAD July 6, 2011 at 9:40 am

@Sabahan Bloggers Club, AKU SETUJU GAK

Reply

Pacifista - X July 5, 2011 at 6:37 pm

apapun buat kat stadium lebih baik dari buat di jalanan.sekurang2nya dalam mengelakkan kerosakan harta benda.tapi risau jugak tu.kang tonggang langgang stadium tu pulak dibuatnya…
Pacifista – X recently posted..Sikap Seorang SuamiMy Profile

Reply

ProfHariz July 5, 2011 at 5:53 pm

Urmmm.. Cuba bersihkan hati dan jiwa dulu..
ProfHariz recently posted..Ayah Fizo Omar Meninggal DuniaMy Profile

Reply

Pacifista - X July 5, 2011 at 5:55 pm

@ProfHariz, yup,sokong.bersihkan jiwa diorang terlebih dulu.baru boleh bersihkan orang lain…
Pacifista – X recently posted..Sikap Seorang SuamiMy Profile

Reply

izwannizam July 7, 2011 at 4:07 am

@Pacifista – X, hati yg bersih sudah tiada utk membersihkan akal yg kotor
izwannizam recently posted..Bersih 2.0My Profile

Reply

Nik Hakimi Zaidin July 5, 2011 at 9:16 am

Bersih 2.0 Batal Demo Jalanan Dan Bersih 2.0 Bersetuju Demo Di Stadium http://bit.ly/ksfY5Z (via @yanmie)

Reply

Merpati Putih July 5, 2011 at 9:15 am

Bersih 2.0 Batal Demo Jalanan Dan Bersih 2.0 Bersetuju Demo Di Stadium http://bit.ly/ksfY5Z (via @yanmie)

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: