Salam, untuk peminat Telenovela TV3 (akulah tu!), bermula 19 Julai ini tayangan telenovela baru akan bersiaran untuk menggantikan Telenovela Marimar (Sakit jiwa ku tengok si angelica), yang bertajuk Bella Calamidades iaitu Telenovela Sepanyol, yang bermaksud ‘si jelita bernasib malang’. ..alahaiii sianyye, malanglah sangatkan -..-”

Bella Calamidades

Telenovela Bella Calamidades ini akan bersiaran sebanyak 140 episod pada setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 3.00 petang, yang menariknya siap boleh menang hadiah lagi dengan menonton drama ini dengan menyertai Kuiz SMS Telenovela Bella Calamidades sepanjang drama ini bersiaran, nnggee~ boleh menang hadiah seperti televisyen LCD, peti sejuk mini, ketuhar gelombang mikro dan macam-macam lagi.

Sebelum tu meh layan Sinopsis Bella Calamidades

Bella Calamidades mengisahkan perjalanan hidup seorang anak yatim piatu, Dolores Lola Carrero (Danna Garcia) yang penuh dengan pelbagai rintangan sebelum keajaiban muncul menyelamatkan nasibnya yang malang.

Sejak bapanya meninggal dunia, Lola terpaksa menumpang di rumah makciknya dan membesar tanpa kasih sayang. Malah, Lola sering diperlakukan sebagai seorang hamba dan tidak pernah menerima layanan baik daripada keluarga makciknya.

Malangnya, satu hari tragedi menimpa dan Lola melarikan diri pulang ke kampung halamannya setelah menganggap dirinya sebagai penyebab kepada kemalangan yang menimpa makciknya.

Lola telah menyembunyikan diri dalam pondok kecil di sebuah tanah perkuburan yang terletak jauh daripada kawasan bandar.

Memandangkan penampilan Lola yang selekeh dan tidak terurus, penduduk di sana menganggapnya sebagai orang kurang siuman dan pembawa sial.

Dia juga dituduh sebagai punca terjadinya beberapa insiden yang telah bertukar menjadi tragedi. Sedih dan kecewa dengan nasib itu, Lola benar-benar mengharapkan perubahan positif dalam hidupnya.

– Mstar.com.my

Apakah yang berlaku selanjutnya?? jangan lupa ikuti kisah ini yea -..-

.

– Teringat Telenovela Rosalinda, memang terbaik!!

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

29 thoughts on “Bella Calamidades – Telenovela TV3”

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge