Wardina Beri Tempoh 14 Hari Kepada Blogger

by yanmie on June 30, 2011

Salam, kecoh 2-3 hari ini dengan pelbagai isu, yang turut menerima tempiasnya iaitu Wardina atau nama sebenarnya Wardina Saffiyah Fadlullah 32, yang mana dikatakan beliau menyokong PKR, semuanya hanyalah apabila beliau menerima undangan untuk berceramah motivasi yang mana dia sendiri tidak mengetahui bahawa program tersebut adalah anjuran dari PKR.

wardina

Gambar : Kosmo.com.my

Terkini Wardina memberi tempoh 14 hari mulai semalam kepada semua pengendali laman blog yang mengaitkannya Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya mengeluarkan semua gambar dan artikel yang  berkaitan dirinya daripada blog-blog tersebut.

Menurut Wardina, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya pengendali blog terbabit masih berdegil dan enggan berbuat demikian.

Ujar pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3 itu, blog tersebut telah memuat naik gambarnya semasa tidak memakai tudung yang disifatkan sebagai menghina dan memalukannya.

“Saya mempunyai anak dan suami. Membuka aib saya pada masa dahulu sedikit sebanyak memberi kesan kepada mereka.

“Jadikan kisah saya sebagai tauladan dan saya berharap hal ini tidak terjadi kepada artis-artis lain (yang kini memakai tudung),” ujarnya pada sidang akhbar di sini semalam. – kosmo.com.my

Para blogger diluar sana, jangan buat entry yang belum tentu kesahihannya, jangan menyebarkan benda yang tidak betul, apa peranan kita sebagai blogger sebenarnya?? fikir semula, adakah semua ini disebabkan inginkan trafik yang tinggi ke blog?? fikir apa kesannya dengan penulisan kita, minta dijauhkan dari perkara sebegini.

Pada Wardina, saya tahu akak kuat dan tabah orangnya, saya, kami, kawan-kawan semua menyokong akak, kami tahu beza mana yang betul dan mana yang tidak, moga sukses selalu. Allah sentiasa bersama orang-orang yang benar.

- Harap Wardina akan terus bersama TV3!!

Artikel Berkaitan:

  • Tidak ada Artikel berkaitan

{ 21 comments… read them below or add one }

Hafizul May 4, 2012 at 1:58 am

Biasa la bila nak buat baik, ada jer menda tak kena..kesabaran tu penting..hehe
Hafizul recently posted..Bola Bayang-BayangMy Profile

Reply

mss July 7, 2011 at 11:02 pm

saman saman saman….

Reply

syok.my July 3, 2011 at 10:08 pm

suka dgn wardina ni sejak siri spanar jaya dulu.. syukur alhamdulillah, dr seksi-meksi dia dah berubah sampai ke tahap ni..
syok.my recently posted..Gambar Tomok Dan Siti Rahayu Di Majlis PersandinganMy Profile

Reply

akubiomed July 2, 2011 at 1:03 am

Lepas satu satu kontroversi. Cantik logo banner baru tuh Yanmie

Reply

Ikhwan Pauzi June 30, 2011 at 5:27 pm

ish ish ish. orang sekarang ni suka sangat buka aib orang lain. tapi diri sendiri tak terjaga.
Ikhwan Pauzi recently posted..Call of Duty: Modern Warfare 3My Profile

Reply

Ibu Mifzal Arsyad a.k.a Wan Ainey June 30, 2011 at 3:42 pm

sokong wardina :)
Ibu Mifzal Arsyad a.k.a Wan Ainey recently posted..Jom Teka Bersama Diariummi!My Profile

Reply

ekspresiruang June 30, 2011 at 1:02 pm

blogger tu mungkin bermotifkan politik. mmg xsuka bila dikaitkan blogger dgn perkara2 negatif ni. padahal ramai je yg suka kongsi ilmu bermanfaat :sad:
ekspresiruang recently posted..Carbon Bay: Restoran Futuristik Di IndiaMy Profile

Reply

Myvitrd June 30, 2011 at 11:53 am

ada juga terbaca kisah dia dekat papaer tadi.. blogger mana ye yg buat cerita pasal wardina ni?
Myvitrd recently posted..Susah Juga Nak Jual Rumah NiMy Profile

Reply

fara June 30, 2011 at 11:50 am

macam2 hal btl. semua benda pun nak jadikan isu politik :???:
fara recently posted..Wordless Wednesday – 29 June: Good Riddance to Bad RubbishMy Profile

Reply

Kancilbiru June 30, 2011 at 11:37 am

saya mmg adore dia…beauty with brain.. :smile:
Kancilbiru recently posted..Wordless Wednesday | What’s for dinnerMy Profile

Reply

anastasyea June 30, 2011 at 11:35 am

Memang tak patut blogger tu labelkan Wardina dengan isu politik.
anastasyea recently posted..Multiple PageRank Checker | Cara mudah untuk check PageRank rakan² !My Profile

Reply

mrs.yie June 30, 2011 at 11:26 am

ermmm..ni la padahnya kalau buat sesuatu entri tu tanpa berfikir panjang terlebih dahulu..kesian la pada mereka yg tidak bersalah..free2 je dapat dosa..
mrs.yie recently posted..TAFSIRAN FIZIKAL TUBUH..BOLEH PERCAYA KE??My Profile

Reply

mommy nana June 30, 2011 at 11:26 am

Sebab nila setitik rosak susu sebelanga.
Kita juga yg kena tempias.
Kata kita tak berhemah dan suka-suka tulis.
Harap yang berkenaan tarik balik la ye.
mommy nana recently posted..Semua Hapdet Pasal PRMy Profile

Reply

Twit N View June 30, 2011 at 11:00 am

payah malaysia skrg ni, semuanya nak dipolitikkan, sampaikan berkawan pun nak kena pilih politik yg sebulu,
igt ler politik tak bawa ke mana2 kalau dicampuradukkan,
berfikirlah secara waras ok…

kpd wardina, jadilah yg terbaik, tidak perlu bersetuju dgn semua benda…
Twit N View recently posted..@MampuJPM Menyediakan Hadiah RM30,000 Untuk Pertandingan Mencipta Logo Inovasi.My Profile

Reply

akuzle ayu June 30, 2011 at 10:55 am

btuilaaa, yan. kita sbgai blogger kne jaga2 ngan tindakan n perkataan kita kat blog sendiri. tak kener gaya dpt dosa kering coz bole menimbulkan fitnah n aib pd org. Kener hati2 sgt babs tuh. jgn pentingkan SEO smpai sifat kemanusiaan dilupakan.
akuzle ayu recently posted..Oi Lembu!!My Profile

Reply

Merpati Putih June 30, 2011 at 10:44 am

Wardina Beri Tempoh 14 Hari Kepada Blogger http://bit.ly/m5XTYh (via @yanmie)

Reply

syahrilhafiz June 30, 2011 at 10:33 am

#TeamWardina :)
syahrilhafiz recently posted..Wordless Wednesday #5 : Bersih?My Profile

Reply

yanmie June 30, 2011 at 10:35 am

minat dengan dia since dia berlakon spanar jaya lagi :mrgreen:

Reply

andyhowtt June 30, 2011 at 2:31 am

RT: @caenz: RT @yanmie Wardina Beri Tempoh 14 Hari Kepada Blogger http://bit.ly/ldwusq

Reply

wazy June 30, 2011 at 2:31 am

RT: @caenz: RT @yanmie Wardina Beri Tempoh 14 Hari Kepada Blogger http://bit.ly/ldwusq

Reply

syahrilhafiz June 30, 2011 at 2:30 am

RT @yanmie Wardina Beri Tempoh 14 Hari Kepada Blogger http://bit.ly/ldwusq

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: