Salam semua, semalam bermula episode 1 untuk Drama Sijundai Slot Lagenda TV3 yang menggantikan Drama Ahmad Albob Yang Punya, Drama Sijundai ini dilakonkan oleh barisan pelakon Azam Pitt Full, Wan Sharmila, Aida Aris, Azuan Mazlan, Faralyna dan ramai lagi lah.

sijundai

Mari kita layan sinopsis Drama Sijundai nie yea, Sijundai adalah mengisahkan tentang sebuah keluarga yang berantakan dek kerana cinta yang dipengaruhi oleh ilmu pengasih, segalanya bermula semasa Sarah (lakonan Wan Sharmila) yang turut menyaksikan sendiri bagaimana ibunya dihalau dari rumah sewaktu masa dia kecil.

sijundai

Sarah turut mewarisi bakat semulajadi ibunya dalam bidang seni tari nie, namun ayah Sarah tidak merestuinya untuk meneruskan bakat dan minatnya itu dan akhirnya Sarah berjaya juga melanjutkan pelajaran ke salah sebuah institusi bidang seni.

azam pitt

Di institut tersebut, Sarah ditemukan dengan Gema (Azam Pitt) seorang pemuda dari Sumatera Barat, Gema berjaya memikat hatinyanya dengan melihatkan  kebolehan Gema bermain alat muzik, namun perjalanan hasil seni dan cinta mereka tergugat di tengah jalan, semuanya dengan kehadiran bekas kekasih Gema iaitu Desi (lakonan Nabila Huda).

sijundai

Desi menggunakan ilmu sesat untuk memisahkan Sarah dan Gema, semuanya kerana dihasut dengan perasaan denganki dan dendam kepada Sarah dan Gema, ilmu pengasih Sirompak dan Gasing Tangkurak digunakan untuk mengganggu sarah dan dia kemudiannya meletakkan kesalahan tersebut kepada Gema, dahsyat jugak nie!

 

 

Sarah akhirnya muda sedar akan pengkhianatan Desi yang juga sebelum ini merupakan rakan karibnya. Adakah Gema, Sarah dan juga Desi sendiri yang akan menjadi mangsa korban dendam dan ilmu sesat yang menghantui keluarga mereka bertiga? sama-samalah kita saksikannya yea macam biasa setiap isnin hingga khamis pukul 4.30 petang, semestinya di TV3.

Nota Yanmie : Gambar sumber Facebook Sijundai.

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

5 thoughts on “Sijundai Slot Lagenda TV3”
  1. bukan nama watak nabila huda seri ke….????
    apa2 pon citer nie amat menarik n brjaya menarik diri saya supaya dok kat dpn tv pukul 4ptg-5ptg…

  2. Salam kak Yan.. Baru layan semalam… Best jugak, suka tengok lakonan Wan Sharmila… Eh Eh!.. cun je Aida Aris pakai kebaya, macam perempuan Melayu Terakhir… LOL!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge