Mata Pelajaran Vokasional (MPV) Dimansuhkan Tahun Depan 2012

by yanmie on June 27, 2011

Salam, bermula tahun depan 2012 Mata Pelajaran Vokasional (MPV) nampaknya akan dimansuhkan di semua sekolah harian secara berperingkat, perkara tersebut di sahkan oleh iaitu Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd Puad Zarkashi.

mata pelajaran vokasional

Gambar : adap.com.my

Beliau berkata, langkah berkenaan dibuat sejajar dengan proses transformasi pengajian teknik dan vokasional seperti yang ditetapkan oleh kerajaan baru-baru ini.

“Semua sekolah harian selepas ini tidak lagi diajar MPV. Bagi mereka yang berminat belajar dalam bidang tersebut, kerajaan akan menyediakan peluang di Kolej Vokasional menerusi Program Asas Vokasional (PAV). utusan.com.my

Untuk Program Asas Vokasional (PAV) ini ianya hanya dikhususkan buat pelajar di tingkatan 1 sehingga tingkatan 3, dan mereka juga turut diberikan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap I dan II apabila tamat pembelajaran, tapi kena sambung kat Kolej Vokasional menerusi Program Asas Vokasional (PAV).

-,.-

Artikel Berkaitan:

  • Tidak ada Artikel berkaitan

{ 16 comments… read them below or add one }

aku akmal April 9, 2012 at 1:32 pm

memang bagus pun rancangan kerajaan tuh..yang pelajar vokasional tahun ni ngn tahun dpan,diam2 sudah laa.ikot jee.ni utk kebaikan korg gakk.

Reply

muhammad azrol March 21, 2012 at 9:23 am

kne nk mansuh kan mpv abiz cm ne yg masih blajar dkat smvokasional

Reply

alicia August 4, 2011 at 10:26 am

Saya harap kerajaan cepatkan proses pemansuhan subjek MPV di sekolah harian biasa, saya merupakan salah seorang guru yang telah 8 tahun mengajar subjek ini dan saya tidak dibenarkan untuk memohon pindah walaupun saya ingin mengikuti suami. Amat terkilan dengan keadaan ini, dan diharap kerajaan dapat meneruskan rancangan mereka untuk memansuhkan matapelajaran ini sekali gus membantu saya dengan situasi yang saya hadapi sekarang.

Reply

Pacifista - X July 28, 2011 at 12:30 pm

yang kesiannya nanti kak yan,cikgu2 yang mengajar subjek bukan kemahiran.diorang terpaksa berpindah ke jabatan pelajaran negeri.sebelum ni diorang dalam jabatan pelajaran teknikal.bila pindah jabatan ni yang sakit sikit…
Pacifista – X recently posted..Blogger dan TaglineMy Profile

Reply

jiwagua.com June 29, 2011 at 6:34 pm

RT @yanmie Mata Pelajaran Vokasional Dimansuhkan Tahun Depan 2012 http://bit.ly/mdDhi6

Reply

saya student vokasional June 29, 2011 at 6:09 pm

:sad: :mad: :cry: habis tu macam mana dengan.. budak budak vokasional thun nie… x kan suruh pindah sekolah… apa nie??????????????? kenapa plk tiba tiba dimansuhkan.. macam mana dengan kami yunk nak amik spm thun dpn???????????????????????

Reply

yanmie June 29, 2011 at 10:34 am

RT @yanmie Mata Pelajaran Vokasional Dimansuhkan Tahun Depan 2012 http://bit.ly/mdDhi6

Reply

zaaba June 28, 2011 at 1:25 pm

bile wujud nye Kolej vokasional, maka akan tutup lah Politeknik yg pada dasar nye menyediakan ilmu lanjutan teknikal slps sekolah vokasional…

Reply

akubiomed June 28, 2011 at 12:10 pm

Elok juga diberikan peluang kepada yang tidak cemerlang dengan silibus sedia ada dengan diberi peluang untuk mendapat kemahiran walaupun jalannya jauh sedikit masih boleh mengenggam segulung diploma atau ijazah didalam bidang kejuruteraan.

Saya memberi contoh sahabat saya tidak cemerlang ketika diperingkat SPM nak masuk UITM pun tak layak. Kemudiannya belajar di IKM(Sijil) UNI-KL BMI(Diploma) – UK Hertfordshire(Ijazah) – UKM(Master) sekarang ini persediaan untuk Phd. Tidak kira jalannya jauh masih boleh capai impian yang penting tidak pernah putus asa dan sentiasa berusaha.

Reply

Ikhwan Pauzi June 27, 2011 at 5:48 pm

nanti sekolah menengah teknik akan tukar jadi kolej vokasional. woo .

Reply

shuhaimi sham June 27, 2011 at 1:52 pm
ekspresiruang June 27, 2011 at 11:53 am

macam ni better sebab pelajar yg xberminat tak perlu bersusah payah utk amek subjek ni. sepatutnya kementerian buat pengkhususan dalam bidang yg pelajar2 minat since dari sekolah rendah lg. kalau minat seni, bina sekolah seni dari sekolah rendah lg. br ada penumpuan :cool:

Reply

Ali ridha June 27, 2011 at 11:27 am

Adakah ni akan melambatkan proses
pembelajaran.lebih baik teruskan.
masa belajar selepas SPM pun singkat.

Reply

Cik Ila June 27, 2011 at 11:26 am

mata pelajaran ni kalau kat luar negara,mmg sangat2 bagus..tapi di Malaysia,tak mendapat sambutan…

Reply

Kamarul Azri™ June 27, 2011 at 10:17 am

kalau tak silap baru-baru ni rakan KA di sektor awam ada cakap teknik akan jadi pra-u @ sijil apa ntah…

kalau d teknik kita belajar 2 tahun, tapi akan datang 4 tahun kan….

p/s: seronok belajar dekat teknik ni…

Reply

sha-hir@meng June 27, 2011 at 9:50 am

Kirenye, bdk2 dr awal dh diterapkan dgn kemahiran2..
Siap dpt sijil SKM tahap 1 lg..
Tp peluang sambung pelajar mcm terhad..
Kne masuk Kolej Vokasional..

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: