Ganti Mykad Secara Online dan Semak IC Secara SMS

by yanmie on June 15, 2011

Salam, tertarik dengan entry blog Denaihati mengenai Ganti Mykad Secara Online dan Semak IC Secara SMS, bukan apa ianya sangat memudahkan, so takperlu lah nak beratur pagi-pagi buta untuk mendapatkan angka giliran sebab kini semuanya dihujung jari, apa yang perlu ada cuma komputer dan sambungan internet.

ganti mykad

MyKad ganti dan semak online dan SMS

Yan sendiri pernah kehilangan Kad Pengenalan sebanyak 2 kali, so memang kena bayar denda untuk membuat Kad Pengenalan baru tu, ingat kali pertama hilang kena buat report polis, dah lama sangat dah tak ingat tahun bila, dan masa hilang kali kedua dah tak perlu buat laporan polis, cukup hanya pergi ke kaunter mengambil nombor giliran, isi borang, amik gambar dan siap dapat resit IC, itupun kalau nombor giliran dapat, pernah sekali pergi tak dapat nombor giliran, sudahnya balik tangan kosong…huhuhu

Tapi kini lagilah senang, semuanya boleh dibuat melalui online http://mykadganti.jpn.gov.my dan periksa status permohonan MyKad di . mudah bukan??

Semak MyKad secara SMS pun boleh hanya perlu menaip JPN MyKad dan hantar ke 15888.

Waktu operasi Sistem Gantian MyKad atas talian JPN:
- Isnin hingga Jumaat : 8.00 pagi hingga 10.00 malam
- Sabtu : 8.00 pagi hingga 2.00 petang
- Ahad : 8.00 pagi hingga 8.00 malam

Hanya 3 jenis permohonan penggantian yang dibenarkan bagi sistem ini iaitu:
1) Gantian cip atau kad rosak
2) Gantian biasa (menaiktaraf cip dari 32k ke 64k)
3) Gantian disebabkan kehilangan

*Bayaran hanya diterima melalui Kad Kredit sahaja*

Nota Yanmie : Teringat masa IC hilang, sebab tertido dalam bas, orang seluk saku…huhuhu

Artikel Berkaitan:

  • Tidak ada Artikel berkaitan

{ 14 comments… read them below or add one }

samsul May 16, 2012 at 9:33 pm

macamana nk tahu ic kita hilang online….

Reply

haniy laila February 27, 2012 at 11:23 pm

boleh tanya ke ? mcm mna check ic secara online. dlu sya slalu check .. but i think dorg dah change system nie??

Reply

ZUMADI BIN BAHARI February 1, 2012 at 5:07 pm

Boleh tanya ?? Macam mana nak semak ic secara online ini ??

Reply

ZUMADI BIN BAHARI February 1, 2012 at 5:00 pm

Check Kad pengenalan

Reply

DG JULAINAH BINTI HALDAM January 29, 2012 at 8:04 pm

gantian ic saya sudah selesai ka..bila saya dapat ambil..

Reply

Anonymous November 8, 2011 at 7:57 am

kalau buat secara online , tk payah tgkp gmbr ke?mne diorg nk cari gmbr saya?

Reply

Isam August 17, 2011 at 1:12 am

Macm Mana kita. nak semak maykad secara online yA????

Reply

afzal laidin June 15, 2011 at 8:06 am

boleh ganti online dah rupanya sekarang ni…

Reply

yanmie June 15, 2011 at 8:14 am

ha’ah dah boleh, baru je. semuanya dihujung jari :lol:

Reply

Sabahan Bloggers Club June 15, 2011 at 7:30 am

Saya takde kad kredit, tak boleh guna online lah yer? :(

Reply

yanmie June 15, 2011 at 8:14 am

tulah kelemahan sistem nie, kena guna kad kredit, kalau tambah kemudahan internet banking sure ramai boleh guna sistem nie kan :razz:

Reply

naimulfirdaus June 15, 2011 at 2:50 am

erm, saya tak pernah lagi la hilang ic ni..

Reply

yanmie June 15, 2011 at 8:15 am

wah tahniah!!! :lol:

Reply

Merpati Putih June 15, 2011 at 2:03 am

Ganti Mykad Secara Online dan Semak IC Secara SMS http://bit.ly/j36YQT (via @yanmie)

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: