Salam, drama terbaru yang akan menggantikan Keranamu Laila yang akan berakhir 1.7.2011 ini adalah Drama Tahajjud Cinta di Slot Zehra TV3, drama hasil arahan dari Erma Fatimah yang juga merupakan pelakon Tahajjud Cinta. Kalau tengok pada tajuk drama ini, pastinya drama ini best, sebut sahaja barisan pelakonnya pasti mutu yang terhasil memuaskan hati.

tahajjud cinta

Drama Tahajjud Cinta ini turut membariskan 19 orang pelakonpopular seperti Fazura, Fouziah Gous, Eman Manan, Remy Ishak, Shahz Jaszle, Tiz Zaqyah, Aaron Aziz, Tan Sri Datuk Dr. Jins Shamsudin dan Neelofa, Turut berlakon Norish Karman, Datuk Ahmad Tamimi Siregar, Dira Abu Zahar, Ziela Jalil, Azizah Mahzan, Fazreen, Heryanto, Fadhilah Mansor, Melissa Saila dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Tahajjud Cinta

Tahajjud Cinta berkisarkan tentang pengorbanan dan perjuangan seorang wanita dalam menegakkan kebenaran, hak dan reputasi mereka.

Ia memaparkan kisah dua wanita iaitu Citra Maisara lakonan Nur Fazura dan Seri (Fouziah Gous) yang berasal daripada dua latar belakang berbeza. Perjalanan hidup mereka dihujani pelbagai dugaan dan cabaran dalam memperjuangkan hak-hak tersebut. – Mstar.com.my

Drama 13 episode ini hasil terbitan dari syarikat produksi Rumah Karya Citra akan mula ditayangkan pada 8 Julai depan pada setiap Jumaat pukul 9 malam, sure best nie!!! tengok sahaja barisan pelakonnya -..-

– Fouziah Gous nampak cantik berniqab -..-

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

14 thoughts on “Drama Tahajjud Cinta – Slot Zehra TV3”
  1. usaha menerbitkan filem2 islamik mmg bagus.cuma pendapat ana, adegan menyelak purdah tu xsesuai..sedihnya..harap jln cerita xtercemar dgn cerita2 cmni..sigh

  2. assalamualikum… harap2 semua pelakon wanita yg selalu berlakon citer2 islamic ni akn trus sebegitu di luar perfileman mereka…amin..

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge