Tema Sambutan Hari Guru 2011 – Kad Ucapan Hari Guru

Salam, beberapa hari lagi untuk sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan pada 16 Mei 2011 ini, kali ini Negeri Sarawak akan menjadi tuan rumah, cikgu-cikgu mesti tak sabar nak tuggu hari tersebut kan, yang pastinya sambutan hari guru adalah hari yang paling dinanti dan disukai oleh Guru mahupun pelajar. Tahun ini Tema hari guru 2011 adalah “Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara”. Psstt!! Mesti laku Kad Ucapan Hari Guru nie, hehehe

kad hari guru

So agaknya apa hadiah hari guru yang bakal menjadi sambutan yea?, zaman sekolah-sekolah dulu memang Kad Ucapan Hari Guru tak pernah tinggal, siap buat sendiri lagi tu, bangga sangat dapat buatkan Cikgu Kad Hari Guru, dan semestinya akan memberikan bunga ros merah, yang di beli pada hari sambutan hari guru tersebut.

hiks, dah 12 tahun meninggalkan zaman persekolahan tapi kenangan tu tetap indah, mengingatkan barisan guru-guru yang banyak berjasa, guru disiplin yang garang nak mam*** tapi baik hati, gelagat rakan-rakan semasa disekolah..arggghh!! ku rindu masa-masa dahulu.

Pengorbanan seorang guru amat besar nilainya, teruskan mendidik anak bangsa, jangan pernah jemu, kuatkan hati dan tabahkan hati dalam mendidik anak di arus moden ini, sudah tentu pelbagai ragam warna warni yang lebih mencabar dihadapi, moga guru-guru semua terus sukses membimbing anak bangsa.

Moga Tema Hari Guru tahun 2011 ini dapat dicapai selaras dengan perkembangan transformasi semasa iaitu¬†“Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara”

Lagu Hari Guru

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

Melihatkan dan menghayati bait lirik lagu diatas, pastinya ramai guru dan bekas guru-guru akan menitikkan air mata.

**Selamat menyambut hari guru juga buat rakan-rakan blogger yang bergelar guru**

Nota Yanmie : Teringat kat Cikgu Saiful yang suka tarik anak rambut kat tepi telinga….hehehe

31 thoughts on “Tema Sambutan Hari Guru 2011 – Kad Ucapan Hari Guru

  1. tq for semua cikgu yg telahmengajar saya di smk tanjung putri resort…..
    pada semua cikgu I LOVE YOU….
    thank you cikgu

    “JASA MU TETAP KU KENANG” :grin: :cool: :wink:

  2. Salam budiman,insan terpilih.Bukan Semua Insan Boleh menjadi SEORANG GURU.INGAT Tuan/Puan adalah Insan Yang Terpilih olehNYA untuk tugas yang mulia.SYABAS kepada semua guru di tanahair.HAPPY TEACHER’S DAY 2011.

  3. :razz: Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik di seluruh tanahair. Berbaktilah dengan jujur dan amah untuk membentuk insan yang berkualiti

  4. saya suka.selamat hari guru kpd guru smk beladin iaitu cikgu salmee,cikgu wan najibah,cikgu farah fasihah,cikgu noor mazrizan.ustazah ct nasrah,cikgu anizah dan cikgu ashari :wink: we love u teachear.. :razz: thank a lot….

  5. :grin: Dulu diajar oleh guru kini pula sendiri yang menjadi guru. Beginilah rasa guru yang mengajar kita dahulu. By the way. ” Hepi Teaher’s day dan semoga berjaya dalam kerjaya”. Tanpa guru siapalah aku sekarang.

  6. Selamat hari guru juga kepada Kak Yan sebab cikgu blogging.Rasa guru bukan pengajar tetapi pendidik.

    Pengajar-Aajar dan belah.
    Pendidik-Ajar/didik sampai paham.kalau tak paham gak,ada masalah lah tu.hehehe
    haiqal recently posted..Tips Blog-Siri PertamaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge