Review Nur Kasih The Movie

Salam, seronok sangat semalam dapat meluangkan masa untuk menonton Filem Nur Kasih The Movie di TGV Bukit Tinggi Klang bersama 2 orang hero kecil, en.hubby kerja, takpe Nur Kasih punya pasal ku sanggup…hehehe nie lah namanya Fenomena Nur Kasih. Mana tidaknya follow dari Drama Nur Kasih lagi. So rugi kalau tak tengok kesinambungan Nur Kasih nie di Nur Kasih The Movie.

tiket nur kasih the movie

Serius Filem Nur Kasih The Movie adalah filem melayu paling BEST dari filem-filem melayu yang lain, Filem ini mengisahkan sepenenuhnya tentang kisah cinta Adam kepada Nur.

nur kasih the movie

Filem yang berjaya membuat penonton hiba dan meruntun jiwa dan beremosi, serius Yan sendiri mengalirkan air mata tanpa dipaksa, penonton sebelah Yan pun turut sama merasakannya, begitu hebatnya lakonan Nur Aminah (Tiz Zaqyah) dan Adam (Remy Ishak).

nur kasih

Nur Kasih The Movie juga dipenuhi dengan kepayahan ranjau hidup yang dihadapi oleh Nur, Adam dan keluarganya, yang mana juga abang kepada Adam iaitu Aidil (Fizz Fairuz) turut merasa kebahagian yang tanpa penghujung bila beliau kematian isterinya Alyah (Ayu Raudah) disaat dia memerlukan kasih sayang seorang isteri dan kasih sayang seorang ibu buat anaknya.

nur kasih the movie d jordan

Dari segi Sinematografi memang 5 Star!! terbaik sangat, begitu juga dari segi CGI nya, memang berkesan seolah-olah real seperti ketika penggambaran di Jordan berlaku kejadian tembak menembak dan Nur turut ditembak (dalam mimpi adam yea) hehe, betul-betul nampak real, tahniah buat Khabir Bahtia dan team Nur Kasih The Movie

Dari segi Muzik Nur Kasih The Movie memang terbaik, tahniah buat pengarah Muzik Nur Kasih The Movie iaitu Hafiz Hamidun yang mana berjaya menyatukan situasi dan muzik. Tahniah!

Oh yea tak bolehlah nak cerita lebih-lebih nanti korang taknak ke panggung pulak, better pergi tengok di panggung, sebab kalau tak tengok filem nie korang betul-betul rugi, terutamanya fans Nur Kasih.

Nur Kasih The Movie

Ingat hanya di pawagam yea, so jangan berangan nak tengok di astro first sebab tagline promo Nur Kasih The Movie ini “HANYA DIPAWAGAN” siap capslock lagi tu, tak caya tengok je promo kat TV3…kikikiki.

So tunggu apa lagi, pi ler serbu panggung wayang, ingat bawa tisu sekali, Yan tak bawa tisu, lap air mata kat tudung, tupun jenuh nak cover supaya orang tak tau tengah nangis…HAHAHAHA.

Nota Yanmie : Tak puas tengok!!! Terbaik!!!

 

You may also like

74 Comments

  1. citer nur kasih the movie indah khabar dari ruper..cinta mmg x terkesan lgsung pd hati..kalu nk dibandingkan dengan mmg x terbanding coz movie mmg boring habis dan plotciter cukup lemah…senang citer mmg hampeh!!!rugi duit jekkk huhuh

  2. sori lambat ckit komen nie…. (pasal br perasan blog nie) sayer antara follower nur kasih…. bg saya sesiapa yang menonton nur kasih the series hingga ke nktm bagaikan menonton satu perjalanan hidup nur aminah,aidil dan adam semenjak mereka kecil hingga tua…(watak adam sampai dia mati)…selepas menonton filem ini sayer lebih menghargai bini sayer,anak2 sayer adik beradik sayer…ibu bapa sayer…. moral lepas tengok citer nie: HARGAILAH MEREKA YANG TERSAYANG KETIKA MEREKA MASIH ADA….. SUPPORT FILEM MELAYU..

  3. kenape ye nur kasih the movie hanya ditayangkan di pawagam saje… mane yg xsuke masuk pawagam tu cemane plak…
    huhu sedihnye….

  4. baru tengok movie ni semalam…
    memang agak terlambat, tapi takperla kan?
    better late, than never…

    secara jujur, sy tak pernah pun layan drama nur kasih ni
    kononnya ego la..tak layan citer2 jiwang
    smlm ble member ajak, so layan jela..

    ble start je movie, terus sy tergamam
    mmg filem Nur Kasih ni tak sama dengan filem melayu2 yg lain
    cantik je scene2 dlm filem ni…
    mmg seronok dan berbaloi tengok filem ni!
    no wonder la siri drama nur kasih jadi fenomena dlm negara kita

    Entry Terkini:
    Review Jujur Nur Kasih The Movie Daripada Bukan Penonton Siri Drama Nur Kasih

  5. hai… eja PAWAGAM pun tak betul lagi, mcm mana paham pasal movie?
    cube pegi tgk lagi sekali.. scene2 sedih yg nangis beria-ia tu, semua cerita drama raya ada scene mcm tu. dah la tak de sebab nk pergi JORDAN dgn ADAM masih trauma dari MUMBAI,still sakit , penderitaan Aidil, digarap separuh jalan, penglibatan budak bermasalah tu sekadar nk spice up deretan artis, ntah dari mana, kerja sukarela pulak Arkitek berdua tu, tiba2, ADAM selamat, then ADAM mati. NUR Alzheimer? ape reason?
    jgn nak naikkan sgt pengarah, penulis juga mungkin terburu2 nak sudahkan cerita smpi tak dapat maksudnya oleh penonton.. Cikgu saya yg secara tak sengaja sy jumpe dlm panggung pun, terpinga2 bila tamat filem.
    apa yg saya faham, penulis mungkin nak katakan, Jodoh sebenar mmg AIDIL dan NUR AMINA. tapi seriously, tak sampai maksud nya, secara halus mahupun secara kasar.

    1. hmmm.. salah eja pon nak pertikaikan ke? matang ar skit.. xperlu blaja tinggi2 untuk tahu apa yang kabir cuba sampaikan.. kalo xnak tgk scene sedih2 cmni, g tgk crita klaka ar.. g Jordan xde sebab? dia nak lupakan keguguran Nur Amina sbb tu g honeymoon kat Jordan.. payah ar kalo semua pengarah nak suap.. sendirik pikir ar.. penglibatan budak bermasalah tu kira cukup bagus ape.. ade elemen kesedaran dan ade pengajaran untuk budak2 remaja.. Nur alzheimer tanpa sebab, mungkin sbb penulis or sape aja datang dgn idea ‘adam menulis buku untuk anak dia’ tu dipetik bulat2 idea “the notebook”.. sape yg pernah tgk crita ni akan paham.. aku rase, ko yang patut tgk crita ni lagik skali, sbb ko xpaham.. yang minat crita ni aku rase, semuanya paham..

      1. cantik nye bahasa, ‘ko ‘ aku’ pulak ye. tak sesuai dgn nama ‘Minda’ tu. Matang la sikit..
        yela.. tiru cerita Notebook.. sume org perasan. bukan nak suruh pengarah suap. tapi, penulis yg terlalu sumarize kan cerita. Mmg minat cerita ni, pasal tu kritik. tak payah la nak emo sebab bukan dpt apa2 pun… sayang… terlalu cetek MIndanya si MINDA. tak semua kritikan bermaksud benci. sekadar argument utk share idea dan pendapat.
        ”Org biasa2, lihat kesalahan org, berckp tentang org.
        Org Luar biasa, berckp tentang pendapat dan juga idea”
        bukan komen pasal org. jgn terus Me’Layu’ mindanye, ye Minda?

        1. Penulis, Minta maaf la ye pasal tegur ejaan tu.. tak de niat pun.. sekadar tergelak masa baca.. kita kan Manusia.. selalu silap..
          ye ke tak, MINDA?

      2. hehe, gado pulak. org2 yang x suke NKTM bukannya tak anti sgt. kalo anti-dorg x gi tgok. dorang tgok coz khabarnya sgt best smpai fenomena jadinya. tapi, bile kite pergi tgok n x best, jadi orang nak komen lah siket2. ada yang best, part2 best n sedey, cuma skrg, indah khabar dr rupa. ingatkan gempak sangat2..tp ni mcm biasa2 je. tak semacam iklan yg sangat gempak gile. crite NKTM ni dikatakan smpai org nangis2 dlm wayang. tapi tak pun..malah sntiment sedey tu x smpai ke dalam ‘lubuk sanubari’, sekadar kat permukaan hati je smpai. hehe. jgn mudah melenting, orang bersuara n kritik coz dorang ade hak as penonton. sape2 xleh nak argue. peace smua… anyway, crite ni belum smpai tahap ‘fenomena’ . jadi fenomena lain ade lah. hehe PEACE!!

    2. Ermmm marah nampak Nadhirah ni… macam kecewa jer.. sebagai penonton siri Nur kasih yang tak pernah mis saya sendiri kecewa dengan jalan cerita filem ini.. Sebenarnya banyak kelemahan filem ini . Ianya tak sehebat drama bersirinya yang memang meruntun jiwa.. Kekecewaan pertama yang saya nampak adalah pelakonnya. penjiwaan watak setiap pelakon tidak sama seperti didalam sirinya. penjiwaan watak untuk aidil, adam dan nur jugak nampak bergitu tidak bersedia.. dalam sirinyaa watak nur begitu muslimah , begitu juga watak isteri aidil .. tetapi didalam filem isteri aidil ( ayu raudah) yang asalnya bertudung litup pun kelihabatan berambut dye ketika scene melayan kerenah anak diatas katil. begitu jugak Nur yang kelihatan seperti modern sikit berbanding dialam siri yang mana nur penuh dengan sifat kemelayuannya. dari sudut emosi yang dimainkan oleh watak aidil dan adam kelihatan dibuat buat dan tidak neutral berbanding didalam sirinya. Selain itu penglibatan group remaja juga kelihatan sengaja ditokok tambah untuk memanjangkan cerita ini.. sekiranya dilihat didalam siri, watak adam dan nur adalah arkitek yang begitu obses pada kerjaya tetapi sangat mengelirukan apabila kedua duanya tampil seperti bekerja sabagai mentor didalam kelab remaja yang kurang jelas fungsinya. saya fikir scene di Jordan juga tidak perlu diadakan .. ianya sekadar memanjangkan cerita ini tanpa ada kepentingannya… plot cerita agak lemah sehinggakan saya rasa scene di Jordan tidak teratur dalam erti kata lain tida isu untuk diceritakan. Akhir sekali adalah ending cerita yang mengelirukan. saya cuba melihat apa hubungan watak Nur ketika tua muncul didalam scene di Jordan serta kemunculan diawal cerita namun ianya tidak berhubung antara satu sama lain.. saya kurang pasti mungkin juga pengarah cuba membuat flashback tetapi pengolahan kurang sesuai. lagi melucukan apabila ketika scene adam tenat didalam van ambulance ketika dibawa ke hospital watak Nur ketika tua serta Aidil ketika tua turut berada didalam Van berkenaan.. .. Cara pengarah mematikan watak adam ketika tua mati ketika melukis jugak adalah sesuatu yang tidak meyakinkan . seterusnya ending ynag berserabut dimana watak Nur kelihatan terpinga pinga seprti Nyanyok yang tidak mengenali anak buahnya maryam, elyas dan juga anak nya sendiri .. cukup mengelirukan.. apa yang saya fikir seolah olah Nur nyanyok atau baru pulang dari satu tempat dalam tempoh yang panjang sehinggakan dia tidak mengenali kesemua mereka yang disebut diatas.. keseluruhannya teknik pencahayaan filem ini adalah bagus namun kegagalan penceritaan disamping kelemahan watak didalam filem ini membuatkan filem ini tidak se- gah drama bersirinya. Yang menariknya, saya bertemu Ayu Raudah dan suaminya ketika keluar panggung di Sunway Pyramid semalm… errr nak ja sound si Ayu ni ha haaa

      1. KANDAR, mmg kecewa. GB berani meng’up’kan dan MEdia Prima pun kipas habis2 filem ni. tapi hampa. bkn marah, mmg hampa. Setuju apa yg Kandar katakan, tapi, heheh.. jgn la sound si Ayu Raudhah tu.. dia tak bersalah. hahahaha…
        PEMINAT NUR KASIH TV3 – betul la tu… hanya nk share pendapat je nie…

      2. mestilah marah… hehe. penonton beli tiket, siap hari ptama tayangan, tapi macam gini output, memang x bebaloi lah…

        1. Pada saya sebenarnya cerita nur kasih tu semamangnya telah pun berakhir ketika sirinya dahulu.. episode akhir nurkasih siri adalah penamat cerita tu dimana kedua duanya telah bertemu semula selepas melalui pelbagai rintangan .. hampir 6 bulan ditayangkan… saya menonton siri ini sejak tinggal di Australia sebagai pelajar hingga pulang ke Malaysia.. sehinggakan sempat jugak saya mengambil kesempatan bersiar siar di beberapa tempat pengambaran siri ini di Sydney dahulu ketika tayangannya hangat di Malaysia.. ha haaa rasa kita plak adam time tu huhu… so siri nur kasih telah pun tamat dan tak perlu memanjangkan ke filem pun. Akibatnya bila buat Filem tiada isu pun untuk diceritakan.. hanya tinggal scene tokok tambah untuk menyedapkan cerita shj bagi tayangan hampir 2 jam filem itu. Yang tinggal peluang untuk mengaut keuntungan dari 19 juta peminat sirinya.. Dalam erti kata lain FILEM INI SEBENARNYA TIADA ISU…..

        2. πŸ˜₯ la….tak berbaloi ke nak tengok ni???b4 baca komen dlm ni berkobar2 nak tengok.dlm kepala otak ingat best cam drama bersiri tu n still hope happy ending between adam n nur…

      3. kepada kandar, kehadiran nur(afida es) yg muncul sekejap-sekejap adalah simbolik dia sedang cuba mengigatkan kembali cerita yg sedang diceritakan oleh aidil melalui buku yg di tulis oleh adam..bukankah ketika itu nur sudah nyanyuk,jadi babak itu menggambarkan nur sedang cuba untuk mengingat setiap peristiwa di dalam buku adam itu..susah sangat ke nak faham???lagi pun filem ini memang dari mula bergerak melalui penceritaan yg di ceritakan oleh aidil kepada nur yg sudah nyanyuk.suara rahim razali untuk watak aidil tua juga boleh kedengaran kadang-kadang sepanjang filem di tayangkan menunjukkan yg dia sedang bercerita kepada nur.seronokkah sesebuah filem itu ditonton dengan hanya menunjukkan aidil tua sedang membaca buku kepada nur tua duduk di sebelahnya sepanjang-panjang filem bergerak.di sinilah babak flashback itu memainkan peranan supaya ada unsur2 persoalan disitu.kalau dari awal sudah ditunjukkan aidil tua sedang bercerita kepada nur tua apakah cerita itu akan ada kejutan di pengakhirannya..lagilah anda-anda semua ini lebih bosan lagi..ramai yg merungut meengatakan tidak faham nurkasihthemovie..tetapi tidak pada saya.ianya sangat mudah difahami..kalau diperhatikan filem-filem daripada kabir bhatia selalu di buka dan ditutup dengan cantik..salute kabir..kalau tak percaya cuba tonton cinta,sepi dan setem..filem-filem kabir memang filem melayu kelas pertama..
        syahid recently posted..Pulse Massager 6 in 1 FunctionMy Profile

        1. Alahai syahid…..

          Al – kaedahnya memang terang terangan cerita ni berserabut….. sudah saya cakapkan nun diatas sana.. saya tak pernah misssss tengok citer ni dari mula hingga ke penutup drama, tapi hakikatnya persembahan kisah ini dalam bentuk filem sangat tidak mantap. Takper laaa saya terima hakikatlaa yang Nur Kitika tua udah kerepot n nyanyok… kot yaaa pun takkan anak sendiri pun tak kenal dek oii???? cuba renungkan dimanakah lodiknya adengan afidah es naik rumah ditemani rahim razali dimana si aidil ini ketika tua kenalkan satu persatu watak didalam rumah mereka sehinggakan ” terpaksa ” mengenalkan anak nur kepada nur sendiri??? itu pun tak logik unless…. nur terpisah dengan anaknya atau … nur baru pulang dari satu tempat luar dari dunia yang fana ini atau pun khabir batia terlupaaa untuk study n mengkaji kesinambungan flash back itu sendiri?????

          huhuuu….

    3. saudari nadhhirah janganlah menyindir seseorang hanya kerana tersalah taip perkataan.saya sendiri pun selalu tersalah taip(sila rujuk komen maklum balas saya pada komen fariha di bawah)kerana ianya bukanlah sesuatu yg disengajakan atau mungkin telah terlepas pandang.saudari mempersoalkan kenapa nur dan adam menjadi sukarelawan???memang tidak diberitahu oleh pengarah di dalam filem tetapi jika anda pengikut drama bersirinya tentu persoalan ini tidak wujud(saya percaya semua yg menonton nurkasihthemovie adalah pengikut drama bersirinya sebelum ini.jadi saya tidak faham mengapa persoalan yg mudah sebegini pun boleh timbul).saya ada jawapannya.mereka menjadi sukarelawan adalah untuk meneruskan usaha murni katrina(isteri ke 2 adam yg telah meninggal dunia) yg setelah bertaubat terus menjadi sukarelawan di rumah anak-anak yatim.memang tidak dipaparkan tetapi kita kena faham sendiri kenape adam mahu meneruskan usaha katrina tersebut.alasannya adalah walaupun kat sudah meninggal mana mungkin adam dapat melupakan kat begitu sahaja kerana kat adalah cinta pertama adam.bknnya nur.lgpn ianya bagaikan penebus dosa bagi mereka sementelah mereka berdua telah kembali bertaubat selepas tersasar jauh dengan membantu remaja-remaja bermasalah yg lain.betul seperti yg dikatakan oleh minda.tak kan lah pengarah hendak fahamkan dan suapkan semua.sesekali cuba berfikir sedikit untuk mencari jawapannya.jika tidak mahu mengambil dari perspektif itu pun,anda masih lagi boleh mengandaikan yg adam mahu menjadi sukarelawan adalah kerana mahu menebus kembali kekhilafannya sebagai remaja yg tersasar dari landasan agama sebelum ini dan cuba membantu remaja-remaja yg bermasalah yg ingin berubah kembali ke pangkal jalan supaya tidak menyesal di kemudian hari sepertinya.dan usaha itu berhasil apabila seorang remaja perempuan cuba untuk lari daripada teman lelakinya yg sosial dan seorang remaja lelaki yg secara diam-diam sanggup mendermakan organnya untuk adam hasil daripada usrah kecil-kecilan yg dikelolakan oleh adam dan nur.mudahkan jawapannya??tambahan pula kerjaya sebagai arkitek bukanlah selalu ada projek yg mendatang(sila rujuk babak nur keluar mencari projek baru di syarikat jehan miskin dan dialog nur berkata kepada adam simpanan sudah semakin sedikit tetapi dia tetap mahu berusaha merawat sakit adam).tentang kenape nur menjadi nyanyuk juga boleh di buat andaian sendiri dengan jawapan yg rasional.sejak selepas sekolah nur banyak menerima pelbagai dugaan dalam hidupnya.mahu menyambung pelajaran tetapi kesempitan hidup menghalang,di suruh menikah dengan adam walaupun pada mulanya kurang bersetuju tetapi akhirnya akur menurut permintaan bapa yg sangat di sayanginya,di seksa batinnya oleh adam dengan kata-kata hinaan selepas berkahwin,ditinggal di gantung tidak bertali oleh adam selepas berkahwin,apabila bahagia menjengah konflik dengan katrina,aliya dengan sarah pula muncul.dan dugaan itu berterusan terjadi kepada nur amina di dalam filem seperti keguguran kandungan,suami hilang,suami sakit,kerja tidak konsisten dan macam-macam lagi.tidak mustahil dugaan-dugaan silam boleh mempengerahui minda manusia di masa akan datang dan mendapat sakit alzheimer.tentang penamatnya pula mesti ramai yg berpendapat aidil dan nur berkahwin tetapi sebenarnya mereka tidak berkahwin.ini dapat dibuktikan melalui watak anak aidil,ilyas dewasa(norman hakim) menyapa dan bersalam dengan nur ketika tua(afida es) dengan memanggilnya maksu.dengan penamat dipaparkan aidil dan nur ketika muda adalah simbolik kepada janji aidil kepada adam ketika masa muda agar sentiasa menjaga nur bagi pihaknya di mana aidil menunaikan janjinya walaupun nur sudah tidak sama seperti dahulu aidil tetap memberikan kasihnya kepada nur sepenuh hati sebagai abang ipar dan adik ipar.kesimpulannya adalah nur kasih itu memberi maksud cahaya kasih sayang yg diberikan mereka bertiga aidil,adam dan nur sesama mereka sendiri atas dasar ukhuwah kekeluargaan..

      1. Syahid
        ”saudari nadhhirah janganlah menyindir seseorang hanya kerana tersalah taip perkataan”
        Nama saya NADHIRAH, bukan nadhhirah
        saya sudahpun meminta maaf secara terbuka pada penulis, dan pada saudara, jgn emosi pula ya.

        ”saudari mempersoalkan kenapa nur dan adam menjadi sukarelawan”
        memang perlu dipersoalkan, walaupun saya faham ianya di bawa dari drama, watak kat dan sebagainya, namun, penglibatan mereka adalah samar2. namun, saya faham watak Adam yg nmpk dirinya sendiri, dlm watak remaja bermasalah itu. bagi saya, memasukkan kisah remaja bermasalah, adalah bersimpang dgn membantu anak yatim seperti Kat? tak gitu? kerana menceritakan perihal remaja bermasalah adalah sama berat utk menceritakan konflik kisah Adam dan Nur. itu pendapat saya
        ”meneruskan usaha murni katrina(isteri ke 2 adam yg telah meninggal dunia)”
        semua yg tgk drma Nur Kasih tau siapa Katrina

        ”tambahan pula kerjaya sebagai arkitek bukanlah selalu ada projek yg mendatang(sila rujuk babak nur keluar mencari projek baru di syarikat jehan miskin dan dialog nur berkata kepada adam simpanan sudah semakin sedikit tetapi dia tetap mahu berusaha merawat sakit adam).”
        saya juga seorang Arkitek, saya faham. Namun watak jehan doesnt affect the whole movie if it doesnt appear at all.

        ”tentang kenape nur menjadi nyanyuk juga boleh di buat andaian sendiri dengan jawapan yg rasional.sejak selepas sekolah nur banyak menerima pelbagai dugaan dalam hidupnya.mahu menyambung pelajaran tetapi kesempitan hidup menghalang,di suruh menikah dengan adam walaupun pada mulanya kurang bersetuju tetapi akhirnya akur menurut permintaan bapa yg sangat di sayanginya,di seksa batinnya oleh adam dengan kata-kata hinaan selepas berkahwin,ditinggal di gantung tidak bertali oleh adam selepas berkahwin,apabila bahagia menjengah konflik dengan katrina,aliya dengan sarah pula muncul.dan dugaan itu berterusan terjadi kepada nur amina di dalam filem seperti keguguran kandungan,suami hilang,suami sakit,kerja tidak konsisten dan macam-macam lagi.tidak mustahil dugaan-dugaan silam boleh mempengerahui minda manusia di masa akan datang dan mendapat sakit alzheimer.”
        sehingga sekarang, penyakit alzheimer adalah penyakit yg tidak dapat dipastikan puncanya. amat mudah bagi watak Nur di corakkan bagi mendapat Alzheimer, supaya tidak perlu penjelasan πŸ™‚

        ”tentang penamatnya pula mesti ramai yg berpendapat aidil dan nur berkahwin tetapi sebenarnya mereka tidak berkahwin.”

        di dalam Drama, telah nyata dan jelas Aidil Redha ttg Nur sebagai Iparnya, dan Nur juga, kerana Nur mmg meminati Adam, bukan Aidil.

        ”dengan penamat dipaparkan aidil dan nur ketika muda adalah simbolik kepada janji aidil kepada adam ketika masa muda agar sentiasa menjaga nur bagi pihaknya di mana aidil menunaikan janjinya walaupun nur sudah tidak sama seperti dahulu aidil tetap memberikan kasihnya kepada nur sepenuh hati sebagai abang ipar dan adik ipar.”

        yang ni semua org pun paham….

        ”kesimpulannya adalah nur kasih itu memberi maksud cahaya kasih sayang yg diberikan mereka bertiga aidil,adam dan nur sesama mereka sendiri atas dasar ukhuwah kekeluargaan..”

        ini kesimpulan Saudara Syahid. semua org ada hak merumuskan sendiri ttg filem itu. tak ada undang2 menyatakan Saudara Syahid perlu menegakkan apa2 tentang Filem yg saya rumuskan kurang menarik ini. Terima Kasih lah kerana memberi pendapat untuk di share. dan menjawab semua komen kontra tentang filem ini. Pasti2 nya ada share dlm filem ya? there’s nothing to argue here, it’s all about individual point of view and since this blog sharing is sharing their enjoyment and agreement on the film, im sharing my ideas of not agree with the writer. that’s all. to other emotional comments, please keep it to yourself. im not goint to be a dumbo here to argue with another dumbo.

  6. saya dah tgk dgn wife hari ahad lepas..overall mengecewakan..seriously…jalan cerita ada tetapi seperti bercelaru..mungkin x sesuai jadikan movie…banyak scene2 yg tak payah adala especially scene di jordan..better sambungan nur kasih in dramala..khabir bhatia..mcm dulu
    my personal comment

    1. kan saya kata. mengecewakan. perlukan imaginasi yg tinggi untuk tengok crite ni. yelah, kite pnonton biasa2 rakyat jelata ni, nak cerita yg clear…xmo crite ‘lu pk lah sndiri’ hehe. frust tgok.

  7. tak puas hati sbb dr semalam try booking online tak dapat2. huhuhuhuhu…

    nmpk gayanya kna tunggu ‘demam’ Nur Kasih ni reda sikit dulu baru boleh g nonton kat wayang.

  8. assalamualaikum..

    saya telah menonton filem tersebut danpandangan setiap individu berlainan. Bagi saya, Nur kasih tv series lagi bagus daripada movie.

    apa yang dapat disimpulkan, Khabir bhatia masih terikat dengan cedukan filem luar negara. daripada segi story telling,khususnya…amat mengecewakan. begitu juga dengan skrip. secara logik, kenapa cincin yang dijadikan punca? dalam erti kata lain, orang melayu tidak sebegitu rupa, umpama cincin perkahwinan itu lebih bernilai daripada nyawa..adakah khabir sengaja untuk menjatuhkan maruah org melayu? atau org melayu masih kolot dengan momokan pendapat org dahulu kala mengenai kehilangan cincin perkahwinan akan menyebabkan sesuatu bencana akan berlaku terhadap rumahtangga itu. syirik! skrip si ibu ketika Adam terlantar tenat di hospital, si ibu seolah-olah sudah tahu anaknya akan mati. org melayu takkan cakap macam tu bila bertemu org tenat, langsung tak bagi semangat. watak isteri aidil hanya dimatikan dengan keterujaannya melihat layang-layang! apa tu? org melayu tak bodoh macam tu!!! dan ketika adam bermimpi ketika melakukan ibadah umrah, dia mimpikan serangan pengganas di negara timur tengah itu…propaganda US? adakah kita sebagai negara islam turut menghukum negara timur tengah sebagai negara terrorist?? jika mahu gambarkan sesuatu yang buruk akan berlaku, masih banyak lagi mimpi yang boleh dibuat…tapi bukan terrorist. hidden propaganda! khabir kena lebih sensitif. story telling sangat lemah. tapi syabas di atas cinematografi khabir. kreatif.

    1. cetek sungguh pandangan kamu dalam memberikan komen yg jelas-jelas memang kamu tidak faham bahasa filem yg ber’genre’kan drama spt ini.kabir adalah pengarah yg sangat mementingkan nilai estetika dan jalur cerita yg berseni dalam setiap karyanya di mana filem-filem seperti ini memang bukan menjadi kegemaran penonton di malaysia yg lebih sukakan filem berkelas rendah,gelak-gelak kosong dan bergerak 1 hala tanpa ada flashback.contohnya filem kongsi yg saya boleh kata hanya filem hiburan kosong dan kurang dalam nilai seninya.ada yg berkata kongsi lebih bagus dari nurkasihthemovie.sungguh tidak masuk akal.boleh nampak sendiri tidak di mana kelas penonton2 wayang di malaysia ini yg langsung tidak memandang ‘standard’ dlm sesebuah cerita.mereka hanya mahu ketawa selepas keluar panggung tanpa perlu berkerut-kerut dahi menggali apa makna tersirat yg cuba disampaikan sang pengarah.jangan terlalu malas untun berkir ya wahai penonton2 di malaysia.berbalik kpd komen saudari fariha tentang filem ini.apa yg saya boleh katakan disini saya ada semua jawapan bagi semua ketidakfahaman saudari itu.yg pertama tentang kabir menceduk karya luar.memang tidak dinafikan kabir memang selalu merujuk karya luar di dalam karya-karyanya contonhnya cinta yg diinspirasikan dari filem ‘love actually’,sepi adalaah inspirasi dari filem mexico ‘amores perros’.malah filem setem juga diinspirasikan dari filem ‘snatch’.tiada masalah dalam menjadikan filem luar sebagai rujukan.yg paling penting adalh nilai kreativiti dalam membawa inspirasi itu ke dalam budaya melayu dan dilihat kabir berjaya dalam melakukan perkara itu.apa yg dipaparkan langsung tidak janggal dengan budaya kita.yg kedua mengapa cincin dijadikan punca??ketawa saya sebentar dengan soalan ini.sudah terang lagi bersuluh di dalam drama adam pernah tidak menghargai cincin perkahwinan mereka itu dengan menyerahkan kpd nur amina di kl sentral semasa hendak meninggalkannya selepas mereka berkahwin.dan selepas adam bertaubat, bersungguh-sungguh adam mengingatkan nur supaya jangan sesekali menanggalkan cincin itu kerana dia sangat-sangat menyesal kerana pernah tidak menghargai bukti cinta mereka itu.jadi,ianya tiada kena mengena langsung tentang momokan kononnya kehilangan cincin perkahwinan akan membawa sial.tidak ada kaitan sama sekali.tentang dialog si ibu di hospital menjenguk adam juga adalah wajar.ibu mana yg tidak sedih melihat anaknya sakit tenat.tambahan pula di dalam drama si ibu sangat melindungi adam dari kecil sehingga besar dengan mengatakan hanya dia sahaja yg faham adam.daripada perilakunya yg sangat melindungi adam kita sendiri dapat gambarkan betapa sayangnya si ibu itu kepada anaknya walaupun anaknnya sangat nakal ketika kecil dan tersasar ketika dewasa.masakan si ibu langsung tidak tersentuh melihat anaknya berterusan menimpa musibah.dan seolah-olah si ibu seperti tahu anaknya akan mati ingin saya katakan di sini kenapa tidak?kita sebagai orang Islam memang harus bersedia dalam menerima kematian.seterusnya,watak isteri aidil di sini bukanlah digambarkan terlalu teruja melihat layang-layang sebaliknya ianya jelas-jelas menunjukkan bahawa aliya ingin mengejar dan mendapatkan kembali layang-layang anaknya yg telah putus.kalau anda mempunyai anak,anda juga mungkin melakukan perkara yg sama walaupun kadang-kadang atau terlupa tentang keselamatan diri sendiri demi mengembirakan hati anak-anak.aliya diggambarkan sebagai seorang ibu yg penyayang yang boleh bergurau dengan anak-anak di atas katil dan langsung tidak berasa marah walaupun di siram air paip oleh anak lelakinya tetapi bukan seorang ibu yg tolol yg teruja melihat layang-layang terbang.jangan sempitkan fikiran ya saudari.banyak-banyakkan lagi memandang setiap babak dari sudut yg lebih rasional.berikutnya pula tentang mimpi adam(yg sebenarnya bukan ketika menjalani umrah tetapi sedang bercuti di jordan selepas selesai umrah.di sini nampak anda langsung tidak menumpukan perhatian kerana mungkin anda sudah mula rasa bosan ketika menonton.mahu saya ‘highlite’ kan lagi di sini penonton melayu memang tidak gemarkan filem yg bergenrekan drama seperti ini yang perlu berfikir banyak).mimpi tersebut bukan untuk menggambarkan bahawa negara timur tengah ataupun orang islam adalah lubuk pengganas tetapi ianya hendak menunjukkan bahawa adam masih lagi trauma dengan insiden hotel yg diinapnya di mumbai menerima letupan bom dan serangan pengganas di sana ketika bertugas.(ada di dalam drama.anda sudah tidak ingat lagi atau anda terlepas episod itu..).ianya bukan hidden propaganda daripada kabir seperti yg saudari katakan.kenapa perlu kabir melakukan itu sementelah dia sendiri seorang muslim.di sini anda juga dilihat berfikiran sempit tanpa berfikir panjang.babak tersebut di buat dengan penuh kreatif oleh kabir dengan mengambarkan serangan itu sama seperti yg terjadi di mumbai tetapi berlatar belakangkan jordan kerana ketika itu adam dan nur sedang bercuti di jordan.kalau kabir adalah seorang pengarah yg tidak kreatif dan pemalas sudah tentu dia siar balik sahaja adegan hotel meletup yg ada dalam drama sebelum ini sebagai mimpi trauma adam di jordan.tentu anda lagi bosan.semua kekeliruan saudari saya sudah beri jawapannya.kalau ada apa-apa yg tidak faham lagi tanyalah saya lagi.InsyaAllah kalau ada masa saya balas.walaubagaimana pun komen terakhir daripada saudari saya sokong 100%.sinematografi untuk kesemua filem dan drama kabir adalah terbaik di malaysia.syabas kepada seluruh tenaga produksi.pujian tambahan saya adalah berkenaan lakonan berkesan daripada tizz zaqyah dan fizz fairuz menerusi filem ini.penghayatan lakonan mereka memang meninggalkan kesan.tanpa ragu-ragu saya boleh katakan tizz bakal memenangi anugerah ‘pelakon wanita terbaik’ dan fizz ‘pelakon pembantu lelaki terbaik’.mungkin mereka boleh memenanginya di anugerah skrin bukan di festival filem malaysia(kerana ffm tak boleh pakai sangat.selalunya orang-orang yg tidak layak yang menang dan dicalonkan).remy juga memberikan lakonan yg berkesan tetapi untuk merangkul ‘pelakon lelaki terbaik’ mungkin agak sukar kerana shaheizy sam bakal mempamerkan lakonan yg hebat melalui filem ‘songlap'(jangkaan saya).mungkin agak mustahil tetapi saya juga berpendapat afida es juga boleh dinobatkan sebagai ‘pelakon pembantu wanita terbaik’ walaupun hanya muncul sementara.kerana lakonannya betul-betul sangat menyentuh hati terutama sekali babak air matanya mengalir ketika mandapati adam sudah tiada lagi dan menjadi nyanyuk ketika tua sehingga tidak lagi mengenali anaknya.di hollywood watak-watak yg walaupun hanya 10 minit tetapi jika berjaya disampaikan dengan cemerlang ianya tetap akan menerima penghargaan seperti yg terjadi kepada aktres viola davis yg hanya muncul 10 minit di dalam filem ‘doubt’ tetapi layak menerima pencalonan ‘actress in a supporting role’ di academy awards 2009.untuk mendapat filem terbaik mungkin tidak boleh kerana tidak di nafikan ada adegan-adegan yg iras2 filem kabir sebelum ini iaitu cinta dan sepi.ingin saya rumuskan di sini,nurkasihthemovie bukanlah filem terbaik daripada kabir tetapi ianya lebih baik daripada filem-filem melayu lain yg kebanyakkannya hanyalah hiburan semata-mata tanpa memberikan falsafah yg terlindung di sebalik cerita.sesekali cubalah berfikir sedikit untuk mencari makna dalam sesebuah cerita itu.

  9. cerita kongsi best ke ? tngok cm x best jek… dah bnykk da cerita cm cite kongsi tu… cer wat cite genre yg lain pulak…. nur kasih ok lg laa

  10. are you serius? saya jugak tgok 1day tayangan. semanagat n excited. tapi nur kasih the movie is nothing. xde ape2. tak payah lah tengok. baik tgok crita kongsi, lagi best. kecewa..frust sgt2. xde pengisian. tak ada ending. smua kluar GSC hall 9 berjaya times square dgn kdaan terpinga2.. crita ape ni… ❗

    1. sy pun tgk dekat hall 9 GSC times square dan rasa yg sama, tup2 habis.. sy punya excited sbb mmg big fan drama Nur Kasih. Sy pun jd pelik semua org kata best, takkanlah kita tgk versi lain kot? pelik sgt..

        1. nurul n shyra. saya pun pelek baca komen org ckp crite tu best. saya rasa kite tengok version lain kot. version times square =P huhu.
          yes, i know nothing bout movies. tp saya penonton, n ada hak nak rasa puas dengan tiket yg sy beli. penonoton awam nak tengok crite best, yang ada ending, ada jalan crite. org kata tak bebaloi tgok crite melayu kat panggung, tp sbb nak suppot, malaysian pergi jugak… tapi ni lah prasaannya. πŸ™

          1. ok.. maybe my comment earlier a little bit harsh.. sori.. cuma xtahan kalo ko ckp cita kongsi lagik best.. sbb, aku tgk cita kongsi.. dan ianya sgt becelaru.. ok2.. adik aku pon ckp dia xpaham ending dia, sbb sgt bercampur-aduk last2 tu.. mgkn xsemua bley tgkp dgn laju kot crita ni.. sebab time last2 tu kene beri perhatian btol2.. sori again for my harsh comment..

    2. crita kongsi?? kalo nurkasih ni 9.5/10.. kongsi 2.0.. crita kongsi xde plot, cameraman langsung tak tahu nak amik angle gambar.. are u serius kongsi is better than nurkasih? u dont know anything about movie.. this film is one of the greatest malay film.. another good work from Kabir after SEPI… congrats!!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge