Updated : Ikea Meatball adalah HALAL (5.28pm)

– Sama2 kita nantikan pengumuman 100% yang sebenarnya dari pihak Jakim

Baru sebentar tadi, Yan call Ikea 03-77267777 sendiri dan tanya pasal status sijil halal meatballs, sebab terlalu ramai yang kata Haram dan ada jugak kata halal, tak puas hati terus sahaja buat panggilan ke ikea dan bercakap sendiri dengan En.Roslan.

Merujuk kepada perbualan kami tentang status Ikea Meatballs yang dikatakan haram, En.Roslan berkata bahawa produk tersebut adalah halal dan mempunyai sijil halal dari jakim. Ikea Meatball menggunakan produk dari Malaysia.

En.Roslan juga berkata, Ikea Meatball memang tidak memaparkan logo/sijil halal, tetapi sekiranya pelanggan ingin melihat sijil halal tersebut mereka akan bersedia untuk menunjukkan kepada pelanggan, dan ada orang tertentu yang akan membantu pelanggan untuk menunjukkan sijil tersebut.

Lotus Consulting Group is appointed as marketing and distribution agent for MacFood Services Sdn Bhd which service Hypermarket and Quick Service Restaurants.”

ikea status sijil halal

Pengeluar Produk Ikea Meatball – MACFOOD SERVICES (M) SDN BHD

http://www.halal.gov.my/ehalal/index.php?ty=directory&type=A&hits=OK

Ura-ura yang mengatakan Ikea Foodcourt ditutup hari ini memang betul, tetapi ianya bukanlah dari produk Ikea Meatball, tapi dari 1 produk lain di Ikea Foodcourt, dan atas tindakan berjaga-jaga/berhati-hati mereka terus menutup Ikea Foodcourt dan menyamak tempat berkenaan.

ikea

[gambar : http://www.facebook.com/ikeameatballs?sk=photos ]

kadang benda yang halal pun kalu cara pengendaliannya tak betul boleh jadi haram jugak, apa pun yang kita makan, kalau rasa was-was jangan makan, itu je…

Note : Saya sendiri belum pernah makan Ikea Meatball ini, Apa pun kita tunggu keputusan dari pihak Jakim berkenaan isu ini.

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

85 thoughts on “Ikea Foodcourt – Ikea Meatball Tak Halal?”
  1. I have noticed you don’t monetize your blog, don’t waste your traffic, you can earn additional
    cash every month because you’ve got high quality content.
    If you want to know how to make extra money, search for: best
    adsense alternative Wrastain’s tools
    86Katrina recently posted..86KatrinaMy Profile

  2. salam..untuk information smua..
    ana baru saja call JAKIM..then pihak HALAL DEPARTMENT mengesahkan..
    IKEA foodcourt TAK PERNAH MEMBUAT APA2 PERMOHONAN HALAL DI JAKIM!!
    memang la IKEA ade ambil tindakan samak restaurant.. tp diorg xde inisiatif utk mengHALALkan produk makanan di foodcourt mereka.. harap maklum~
    boleh buat pengesahan di JAKIM 03 – 8315 0200.. tq! 🙂

  3. satu kompenen yg halal tidak menjadi jaminan bahawa semua kompenen makanan itu halal..kalau meatball tu halal sekalipun, apa jaminan kita bahan2 utk memasak lauk berkenaan halal? sebab tu, apa2 pun IKEA wajib dapatkan status halal dari JAKIM utk kes ni..

    yg paling penting, kita umat Islam wajib ke atas diri sendiri utk menjaga pemakanan..yg korang main hentam je mkn kat tempat xda tulis halal haram ni kenapa? setakat org melayu jadi pekerja pun dah boleh jadi alasan kukuh ke? mcm la diorg pun tahu benda tu halal ke x..ingat, benda tu jadi darah daging..

  4. alahai guys…bakso yang ada meatball tu pun kadang-kadang dowank gune daging tikus tau…isu tu pernah di kuarkan dulu…kalau pengeluar mcfood tu x halal so mcd pown x halal gak lah kan…! haha

  5. kalau dalam 1 dapur ada produk yang tidak halal camna pula tu?walau meat ball tu halal tapi kalau dah masak guna kuali yang sama kira haram juga kan? apa pandangan anda?

    nasib baik tak pernah makan kat food court ikea 🙁
    nasslimdiet2 recently posted..Risiko KegemukanMy Profile

      1. benda haram bukan setakat jual daging babi la brader..bahan2 lain utk masakan pun kena halal, bukan takat xde seketul daging babi..org melayu pun xsemestinya tahu benda tu halal haram..diorg kerja JAKIM ke?

  6. kpd org2 yg membangkitkn isu secret recipe x halal tu, sila baca statement pihak secret recipe jugak eh. pihak secret recipe da kluarkn statement yg diorg x guna bahan yg x halal tu. cume name bahan tu ade “secret recipe” dalam name produk die.secret recipe x guna pon produk tu.org yg mula2 buat blog ckp secret recipe x halal tu da silap..

  7. selalu saja ada isu dengan IKEA foodcourt ni..biarpun ianya halal, tp kena consider jugak bila bercampur dengan makanan yg non-hala @ diragui. penggunaan minyak masak, atau periuk kuali yg sama boleh sebabkan makan yg halal jadi haram. Matlamat@benda yg halal/baik takkan menghalalkan cara!

    Jangan pikir, bila sudah termakan, kita boleh buang sisa2 makanan haram tu bila2 ikut suka, sebab every single pieces yg kita makan jadi DARAH DAGING kita & anak2, keluarga. Kita hidup MODEN MACAM MANA PUN, Pemakanan sangat dititikberatkan dalam Islam, perlu HALALAN TOYYIBAH!! Mungkin kerosakan akhlaq anak2 muda mudi sekarang ni ada kaitan dgn pemakanan kita kan?? Wallahualam.

  8. saya check online dgn jakim tak de record apa…

    kawan saya pula baru call jakim …jakim claim tak penah keluarkan sijil halal pada ikea.

    wallahualam.

      1. macamane nak tau meatballs IKEA dari MACFood? xde bt declaration pun kat senarai tuh macfood buat utuk Ikea..yanmie ble tlg pastikan macfood pengeluar meatball Ikea

  9. samak dilakukan ekoran salah satu supplier makanan ikea ada menimbulkan keraguan. tak cakap lak meatball ke karipap ke ice cream ke apa ka. yg penting meatball yg digunakan halal as stated dalam list under macfood services tu.cuba baca elok2

    1. macamane nak tau meatballs IKEA dari MACFood? xde bt declaration pun kat senarai tuh macfood buat utuk Ikea..

    1. Ntah, kadang kadang pelik tengok orang kita pasal benda was was ni laju ke haramkan,

      tapi pasal suka sedap2 sebar benda yang belum tentu haram, and dosa fitnah fitnah ni tak fikir pula

      apa ingat bila men fitnah ni sbb tak masuk dalam badan tak penting la ye

  10. 1 lagi kejahilan kita org islam.
    SAMAK ialah proses menyucikan kulit haiwan yug najis dimakan. contoh kulit harimau, jika disamak, boleh dibawa dlm solat.
    SAMAK lansung tiada kaitan dgn BABI.
    proses menyucikan dari najis babi & anjing ialah membasuh dgn air tanah 1 bhgn dgn 6 bhgn air mutlak.
    HARAP MAKLUM.

  11. derr. betul..dah termakan, kita mohon keampunan Allah,hope for the best. pastu usaha la cari yg halal.huhu

    nak selamat suro bini pegi pasar, masak sendiri.kalau tu pun x halal xtau la

    bagi yang belum kahwin, anda terpaksa cari ikhtiar lain.maap~

  12. Itu baru Ikea, camne dgn madam kwan? Chillis? Segala kopitiam dan kedai makan atau restoran2 kat shopping malls yang biasanya owner dia bukan muslim, pekerja pun kdg nepal atau indon atau vietnam. Kalo dah owner non muslim mesti la amik daging dan ayam dari supplier non muslim, xkan nak amik dgn supplier melayu. Kalopun kat tempat sembelih xde babi, btol ke diorg sembelih ayam tu pakai pekeja melayu/muslim?

  13. Just want to share..sy rase de something yg x make sense dgn kenyataan di atas..
    1)pihak mereka ckp mereka de sijil halal tp x mahu tnjuk..mengapa mereka x mahu tnjuk sedang kn itu salah 1 marketing strategy yg boleh tarik consumer especially malay..
    2)bagaimana mereka boleh dpt sijil halal tu sedang kn dlm outlet de product yg x halal?proses utk mendapat kn sijil halal sgt rumit dan inspection yg di laku kn sgt detail..n klau ia melibat kn proses samak bermakna de product yg mguna kn pork..so ini semua melibat kn utensils dan equipmnets yg di guna semasa mereka menghasil kn products yg lain..ada kah bercampur atau di asing kn..

  14. Did u chk where the ikea meatball products are made? Go to http://www.keystonefoods.com. They also process PORK in their factories. Keystone Foods is the company that supplies the meatballs to ikea. Macfood Services is only the distribution company in Msia right?

  15. *sarcasm mode on*
    Ala, kalau tak tau, belasah je. sedap tuh. Apa la nak kecoh. Kalau dah makan baru tau pon, buat tatau je. nanti berak la tu. zat2 masuk darah daging pon takda hal lah. nanti pegi derma darah, transfer kat orang lain. dah takda dah babi dlm badan. relax la. Melayu betul la korang nih. Apa la sangat babi kalau compare denga “komisen” tetiap bulan masuk tu.
    *Scarasm mode off*

    1. pelik tol statemen kaw..

      senank ja kan kaw cakp..smbong n bongkak…konon melayu moden…xdak kesal lgsung…mmg bnda dh termakan…tpi jgn la tunjuk kaw riak…..
      melayu moden…?? perhh….

  16. Jadi boleh makanlah ni kak yan.. pelik juga buka blog tadi.. ramai pulak yg tulis pasal meatball tak halal dekat ikea ni.. selalu pegi tapi tak makan dekat situ

    1. tapi kalau dah2 sah2 ada babi lgi kaw nk makan..???
      ini bukan masalah paranoid ka apa…kita beware je…skrg kita tnggu jakim buat keptsan…..kalu ada babi lgi..aku nk ko yg pez g makan..ahahaa! ok..?

      1. *sarcasm mode on*

        aaah babi, haraam, elakkan,

        pi hurung awek sana sini lagi best, ajak masuk wayang bleh men raba raba, takpun buka tenet layan blue pun ok dari makan meatball was was ikea, haram tu babi

        *off*

  17. itu ingredient bukan untuk ikea malaysia tu. cuba cek betul2.. di malaysia saya pon tak pasti tapi tak adil dan boleh misleading ni kalau orang lain baca

    1. actually info (and tajuk entry ni) Ikea Meatball adalah HALAL

      tak sangka ye, sebar fitnah (belum tentu sah hram kan) lebih better dari makan benda was was

  18. resepi attachment tu dari IKEA kat Swedish la….bukan IKEA kat Malaysia punya..kalau tak HALAL dah lama dah kena saman!!!!!!!!!!!!!!! baca la betul2..

  19. hmm..aduhai..selalu baca orang cite meatball ni sedap..

    kadang2 kite tengok orang lain makan,kite pun follow je la..kadang2 tak check pun sijil halal kat kedai tu pun..isk
    puannina recently posted..kopiah DanialMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge