Pengalaman dating yang adventure

*Maaf entry ini agak panjang, kalau tak boleh nak baca jangan baca….heeee* Salam semua, semalam ada date dengan seorang blogger nie, rempit dengan anak dara dia, tujuan asal sebenarnya nak ketempat lain, tapi memandangkan masa tak panjang terpaksalah cancel, takpe next time boleh je berjimba-jimba kat tempat tu, selesaikan urusan yang penting dulu…heeee

tiara

Curi gambar nie dari blogger tersebut, minta halal yea, hee….

Blogger nie memang tak pernah pun sampai lagi rumah Yan sebelum nie, tapi kami pernah berjumpa beberapa kali diluar kawasan klang, nak dijadikan cerita, boleh pulak tu terlajak sampai kat Jusco Bukit Tinggi, kelam kabut member nie call, maklumlah GPS tunjuk arah sampai simpang ke bukit tinggi je..hehee dah tu dia tak masuk terus pun simpang tu, boleh pulak dia keluar balik simpang tu..wakakaka, so bagi direction untuk kerumah dari arah jusco bkt tinggi, nasib baiklah tak jauh, cuma 1 kilometer je dari rumah.

So petang tu keluar naik kereta dia je, kami ada urusan penting…ekeke, pergi Kapar Klang, dia minta Yan tunjuk arah nak kesana, haaaa what??? tunjuk arah?? biar betul nie? Yan nie kalau bab-bab tunjuk arah memang suami Yan takleh caya dengan Yan, hehehee.

So redah jugaklah, cakap ngan member takpe kita try and error saje, drive lah member nie dengan rakusnya, dengan keadaan jalan yang jem kami menuju ke banda klang, Yes nasib baik jumpa bandar klang..ehehe, so dah sampai bandar klang tu mencari pulak arah ke Kapar, nasib baiklah ternampak signboard nak ke Kapar, okeh kami ikut arah tu.

Dan alkisahnya begini, sepanjang dalam perjalanan kami memanglah kami bergelak aje sakan, anak-anak duduk senyap tengok mak diorang mengilai…ehehe, tah tiba-tiba kami berdua terbau ada bau hangit, cuak jugak dan berhenti di tepi jalan, keluar cek tengok bonet depan, risaulahkan takut ada apa-apa ke, dah ler kami nie pompuan manalah tau sangat bab-bab teknikal kereta nie…hheeee. siap Yan suruh dia cium bonet kereta…wakakaka kot-kotlah bau hangit datang dr situ ke kan, tapi rupa-rupanya kami lalu kilang buat cookies kot..wakakaka sabar jelah…

Okeh lepas tu meneruskan misi mencari tempat yang nak dituju, tak jauh sangat dari tempat bau hangit tu..heee, mencari rumah seorang lagi blogger, rumah dah jumpa tapi jalan masuk tak jumpa, rupanya ada jalah kecil muat2 seketul kereta je lalu untuk masuk ke jalan rumah tersebut, nak masuk ke jalan tu pulak Yan dah cuak, maklumlah jalan kecik tapi dia nie slumber je nak coner masuk, Yan cakap..eh muat ke, kang masuk dalam parit, takut!!, dia sampai keluar dari kereta tu intai..”eh mana ada, jauh lagi nie” HAHAHAHA risau lorrr takut masuk dalam parit, tapi kelakar betul, orang yang nasihat nie baru dapat lesen 9 bulan nak menasihat dia yang dah pegang lesen berpuluh tahun..wakakaa

Dan alhamdulillah sampai ke tempat yang dituju, sembang-sembang dengan blogger tu, peluk ciom sikit pastu balik, nak balik tu pun satu hal, takut tak sampai kerumah Yan, maklumlah jalan pergi tadi kami main belasah je, so jalan balik pun ingat-ingat lupa (maknanya belasah sikit-sikitlah juga) hehee, dan alhamdulillah kami sampai jugak ke Bandar Puteri Klang nie, dan makan malam di situ je sebab dah agak lewat.

Tapikan memang adventure sangat semalam, suka sangat situasi tu…HAHAHA, adoiii pengalaman dalam hidup yang tak mungkin dilupakan, suami balik dari outstation nanti kang nak cerita yang Yan berjaya menunjuk arah jalan..HAHAHA.

Dan Blogger yang dimaksudkan adalah……

mcdonald2

Kenal tak blogger nie? dia memang low profile sikit, tak suka tempek-tempek muka kat blog, heee tak tau ke?? tulah dia Sipembuat Macarons atau nama glemernya Cikmin, hehehe terlepas jugak gambar dalam   blog nie..ampun ye kak, takpe gambar comel..kahkahkah.

mcdonald

Wajib tempek gambar kami anak beranak..heee, makasih coz Cikmin belanja kami makan, next time biar bagi peluang Yan pulak belanja okies…

Nak tau, salute betul dengan cikmin coz terer diatas jalan raya, sambil drive sambil cakap, sambil tepon (bahaya kak, hehe), pastu bawa laju jugak tu sampai tak perasan bonggol..kikiki. Yan kalau drive, orang lain yang duk dalam tu kena senyap sebab takut tak concentrate..HAHAHA macam-macam kan.

Untuk Cikmin, maaflah kalau ada yang terkurang yea, Yan harap sangat akak dapat datang lagi lepak lama-lama kat rumah nie..heeee tak puas rasanya.

Nota Yanmie : Lama rasanya tak menaip entry sepanjang nie nnggee~~

 

24 Comments on Pengalaman dating yang adventure

  1. Mr Alam
    April 15, 2011 at 12:09 am (3 years ago)

    First time baca blog nih
    Cik min jual maracons?
    Mcm Coklat ke?

    Reply
  2. suarapeople
    April 12, 2011 at 10:37 am (3 years ago)

    amboi amboi amboiiii

    Reply
  3. faisal
    April 11, 2011 at 10:53 pm (3 years ago)

    amboi jalan sakan nampak..kak nk tanya ckit mcm mana nak letak tweeter n facebook tu??tak reti la
    faisal recently posted..Alat @ IlmuMy Profile

    Reply
  4. AMiRU
    April 11, 2011 at 4:34 pm (3 years ago)

    Anak dia ada kenyit mata kat Aiman x? :roll:
    AMiRU recently posted..Irreversible 2002My Profile

    Reply
  5. halen
    April 11, 2011 at 12:17 pm (3 years ago)

    wahhh best best.. next week sy turun kl agak2 dpt jumpa tak hikhik..
    halen recently posted..Monyet Sotong dan ZebraMy Profile

    Reply
  6. cikmin
    April 11, 2011 at 10:37 am (3 years ago)

    wahhhh…header baru kah tu…ewah2…cantikkkkkk… :)

    Reply
    • cikmin
      April 11, 2011 at 10:35 am (3 years ago)

      eh bukan…cikmin orang pahang…hiks.. :P

      Reply
    • cikmin
      April 11, 2011 at 10:36 am (3 years ago)

      hiks…ntah k.jie sudi join kitaorg ke tak.. :P

      Reply
    • cikmin
      April 11, 2011 at 10:36 am (3 years ago)

      ye..itulah kete buwok kesayangan cikmin.. :P

      Reply
  7. akubiomed
    April 10, 2011 at 8:39 pm (3 years ago)

    Haa..hhaa..nak tergelak pun ada mendengar cerita blogger wanita cerita pengalaman bawa kereta. Seorang pemandu kereta Rally dan seorang pemandu arah. Elok sangatlah tuh :-)
    akubiomed recently posted..Mahu trafik tinggi boleh sahajaMy Profile

    Reply
  8. cikmin
    April 10, 2011 at 7:17 pm (3 years ago)

    erkkkk..sensored!! :P

    Reply
  9. cikmin
    April 10, 2011 at 7:16 pm (3 years ago)

    kahkahkah…adoiii keras perut ingat kisah mlm tadi..akak sampai pukul 12 malam lebih sket..kiranya akak drive 7 jam jugak tu..berhenti pee pee umah yan..benti kat tempat tujuan kejap benti kat mcd kejap benti anta yan balik jap..fuhhh..boleh sampai kedah tau.. :P akak kan sangkut henpon celah tepi tudung tu..mana ada bahaya.. :P akak pun salute yan pandai jalan walaupun main redah jekkk..

    p/s abang gelak bab hangit tu..:P

    p/s/s akak baru balik mandi manda di lentang..

    Reply
    • yanmie
      April 10, 2011 at 5:24 pm (3 years ago)

      hahahhaa ye bee sila percaya yea :lol:

      Reply
    • yanmie
      April 10, 2011 at 5:06 pm (3 years ago)

      hahahhaa memang saje nk suruh baca lama2 :lol:

      Reply

Leave a Reply

CommentLuv badge