Salam semua, terkini semalam tengok berita tv3 yang mana Kerajaan Malaysia mengharamkan penggunaan botol susu polikarbonat Bisphenol A berkuatkuasa mulai 1 Mac tahun depan.

botol susu

Perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lepas sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutama bayi dan kanak-kanak.

botol susu di haramkan di malaysia

Botol Susu baru beli 2-3 hari lepas, tujuan senang nak bagi ubat

Sebenarnya Anak-anak dah lama tidak menggunakan botol susu, kalau anak-anak nak susu, cuma bancuhkan dalam gelas atau bekas minuman diorang, tapi baru-baru ini 2-3 hari yang lepas Haziq tidak sihat, ubat pun memang susah nak makan, so cari punya cari idea macam mana nak bagi dia minum ubat, terdetik nak belikan botol susu (yang lama ntah simpan mana).

ubat

so kalau guna botol susu bolehlah tipu-tipu dia…ehehe buh ubat dalam botol susu tu sekali. Kalau tak memang susah dia nak makan ubat (ubat cecair).

Nampaknya lepas-lepas nie kena sorok botol susu nie, sebah takut pulak kesan dari penggunaan Botol Susu, tapi itulah tidak tahu macam mana cara nak kenal botol susu jenis polikarbonat Bisphenol A. Kena mengoogle lepas nie, kena cari tahu benda yang penting macam nie.

Klik untuk dapatkan FREE Apple iPad 2!!!!

Updated

PANDUAN PENGGUNAAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT

a) Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat
Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:

label botol

Sila pastikan Botol Susu tidak megandungi label 7 atau seperti dibawah :-

a. Nombor 7
b. Nombor 7 dan PC
c. Nombor 7 dan ‘other’

Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA.

b) Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat
1. Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.

2. Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.2

3. Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.

4. Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.

Namun, pengguna juga boleh membuat pilihan awal denganmenukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran seperti yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.

Sumber : http://fsq.moh.gov.my

PUTRAJAYA – Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi ‘Bisphenol A’ (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai .

Beliau berkata, perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lepas sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutama bayi dan kanak-kanak.

“Kementerian tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutama bayi dan kanak-kanak. Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan BPA ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar.

“Kerajaan memberi tempoh satu tahun untuk memastikan tindakan pengharaman itu dilaksanakan dengan lancar secara berperingkat,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet kementeriannya di sini semalam. – kosmo.com.my

 

Nota Yanmie : Susu ibu adalah susu yang terbaik!! nnnggeee~~~