Salam, Terbaru di slot Samarinda iaitu Drama bersiri 25 episode terbitan Enuja Production iaitu Drama Sahara yang bakal disiarkan 30 Mac ini, macam biasa yea waktu tayangannya, *takkan korang tak tau lagi…heee*

sahara tv3

Nanu sebagai Sahara

Skrip Drama ini hasil nukilan dari Novelis Popular iaitu Sharifah Abu Salem dan diarahkan oleh Jamal Khan, kalau drama hasil skrip dariΒ Sharifah Abu Salem memang semestinya ngetop!!

Drama Sahara ini berkisarkan perebutan harta dan cinta di golongan keluarga korporat.

Kali ini, Sahara yang mengisahkan kisah cinta dua wanita yang mempunyai talian persaudaraan, Sahara dan Tina akan memberikan satu kejutan kepada para penonton pada penghujung ceritanya.

Gandingan pertama antara pelakon berpengalaman seperti Nanu Baharudin dengan Tasha Shilla pasti memberi satu kelainan bagi penonton setia slot Samarinda.

Tasha Shila.
Nanu Baharudin banyak bermain emosi dengan watak Sahara yang bersedia untuk berkorban apa sahaja demi kebahagiaan adiknya, Tina (Tasha Shilla).

Sahara amat menyayangi adik tunggalnya, Tina sehingga sanggup memenuhi segala kemahuan Tina asalkan Tina bahagia.

Tindakan Sahara yang terlalu memanjakan Tina sering ditegur oleh ibu mereka, Rahimah. Hubungan Sahara dan Tina amat rapat walaupun jarak usia mereka sebanyak 18 tahun.

Akan tetapi kemunculan Ashraf (Ammar Alfian) di dalam hidup mereka akan mengubah segala-galanya.

Tina menganggap Sahara sebagai penghalang cinta untuk memiliki Ashraf. Dia mula bersikap dingin dan sengaja menyusahkan Sahara di pejabat ataupun rumah.

Sahara terkilan dengan sikap kasar Tina namun dia terpaksa menelan segala kepahitannya kerana menyimpan satu rahsia keluarga yang bakal mengubah nasib Sahara dan Tina.

Rahimah pula tidak bersetuju dengan tindakan Sahara yang menyerahkan segala urusan syarikat kepada Tina.

Sahara rasa bersalah kerana Tina bukan pilihan Ashraf dan ingin menebus kehilangan Tina dengan keputusan tersebut.

Nota Yanmie : Sama-sama kita nantikan episode 1 Sahara di Slot Samarinda TV3

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

32 thoughts on “Drama Sahara Slot Samarinda TV3”
  1. terima kasih pakwan igt dah takde org nak respon dah thx a lot, lagu ni menyentuh pasaan la.. πŸ˜‰

  2. xsempat td tgk list lagu sahara ni, ada yg tau x tajuk lagu yg slow yg pmpuan nyanyi tu lagu sedih, bukan lagu rossa tu, lagu lagi satu best jugak ape ek tajuk dia.. ermmm klu ada gtau erk TQ :))

  3. cter nie pling gmpak yg prnah sy tgk…
    memang ckit hti gler tgk cter nie…
    sabo jela…
    bako je tina tina tu…bako je… πŸ˜›

  4. citer x best…sahara tu macam da kene ubat guna2 plak…tina bapak jahat..tahap iblis kot… 😈 😈 πŸ‘Ώ πŸ‘Ώ

      1. Itu kadang-kadang isteri merunggut kerana pertanyaan mengenai sinopsis cerita menganggu tumpuan menonton.

        Lagi saya suka menyakat tanya berkali-kali. Kalau dulu tidak ada blog memang selalu berebut remote control.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge