Drama Sahara Slot Samarinda TV3

by yanmie on March 29, 2011

Salam, Terbaru di slot Samarinda iaitu Drama bersiri 25 episode terbitan Enuja Production iaitu Drama Sahara yang bakal disiarkan 30 Mac ini, macam biasa yea waktu tayangannya, *takkan korang tak tau lagi…heee*

sahara tv3

Nanu sebagai Sahara

Skrip Drama ini hasil nukilan dari Novelis Popular iaitu Sharifah Abu Salem dan diarahkan oleh Jamal Khan, kalau drama hasil skrip dari Sharifah Abu Salem memang semestinya ngetop!!

Drama Sahara ini berkisarkan perebutan harta dan cinta di golongan keluarga korporat.

Kali ini, Sahara yang mengisahkan kisah cinta dua wanita yang mempunyai talian persaudaraan, Sahara dan Tina akan memberikan satu kejutan kepada para penonton pada penghujung ceritanya.

Gandingan pertama antara pelakon berpengalaman seperti Nanu Baharudin dengan Tasha Shilla pasti memberi satu kelainan bagi penonton setia slot Samarinda.

Tasha Shila.
Nanu Baharudin banyak bermain emosi dengan watak Sahara yang bersedia untuk berkorban apa sahaja demi kebahagiaan adiknya, Tina (Tasha Shilla).

Sahara amat menyayangi adik tunggalnya, Tina sehingga sanggup memenuhi segala kemahuan Tina asalkan Tina bahagia.

Tindakan Sahara yang terlalu memanjakan Tina sering ditegur oleh ibu mereka, Rahimah. Hubungan Sahara dan Tina amat rapat walaupun jarak usia mereka sebanyak 18 tahun.

Akan tetapi kemunculan Ashraf (Ammar Alfian) di dalam hidup mereka akan mengubah segala-galanya.

Tina menganggap Sahara sebagai penghalang cinta untuk memiliki Ashraf. Dia mula bersikap dingin dan sengaja menyusahkan Sahara di pejabat ataupun rumah.

Sahara terkilan dengan sikap kasar Tina namun dia terpaksa menelan segala kepahitannya kerana menyimpan satu rahsia keluarga yang bakal mengubah nasib Sahara dan Tina.

Rahimah pula tidak bersetuju dengan tindakan Sahara yang menyerahkan segala urusan syarikat kepada Tina.

Sahara rasa bersalah kerana Tina bukan pilihan Ashraf dan ingin menebus kehilangan Tina dengan keputusan tersebut.

Nota Yanmie : Sama-sama kita nantikan episode 1 Sahara di Slot Samarinda TV3

Artikel Berkaitan:

  • Tidak ada Artikel berkaitan

{ 32 comments… read them below or add one }

naktahu May 28, 2011 at 4:27 pm

terima kasih pakwan igt dah takde org nak respon dah thx a lot, lagu ni menyentuh pasaan la.. :wink:

Reply

naktahu May 26, 2011 at 12:10 am

xsempat td tgk list lagu sahara ni, ada yg tau x tajuk lagu yg slow yg pmpuan nyanyi tu lagu sedih, bukan lagu rossa tu, lagu lagi satu best jugak ape ek tajuk dia.. ermmm klu ada gtau erk TQ :) )

Reply

pakwan May 26, 2011 at 3:27 pm

pada nak tahu lagu tu, tajuk sepi oleh yuni shara..

Reply

perez ros May 24, 2011 at 3:43 pm

cter nie pling gmpak yg prnah sy tgk…
memang ckit hti gler tgk cter nie…
sabo jela…
bako je tina tina tu…bako je… :razz:

Reply

abc May 20, 2011 at 12:49 pm

cite sedih

Reply

ayana May 17, 2011 at 10:55 pm

:roll: best jugaklah tengok cite sahara sebab pelakon yang jadi tina cantik

Reply

ayana May 17, 2011 at 10:58 pm

:sad: tak baik kutuk kutuk pelakon mereka tu cuma berlakon je

Reply

anum May 8, 2011 at 12:49 am

drama sahara mmg best

Reply

cleopatra n caesar May 4, 2011 at 2:43 pm

citer x best…sahara tu macam da kene ubat guna2 plak…tina bapak jahat..tahap iblis kot… :twisted: :twisted: :evil: :evil:

Reply

nasayien97 April 14, 2011 at 5:54 pm

min :razz:
nasayien97 recently posted..buda tu My Profile

Reply

Anonymous April 8, 2011 at 2:32 pm

citer nie best rugi tak tengok kawan2

Reply

farhana April 7, 2011 at 1:19 am

Menarik gak tadi tengok cerita ni. Heehee. Sebab suka ammar alfian, tu yang melekat dekat depan TV. Haha. :P
farhana recently posted..Tapi Bukan AkuMy Profile

Reply

matt April 7, 2011 at 11:28 pm

what’s this drama theme song?

Reply

farhana April 7, 2011 at 11:30 pm

Lagu pembukaan tu lagu Rossa – Hati Yang Kau Sakiti. Last sekali lagu Wali Band – Baik Baik Sayang. :)

Maaf tuan blog. Tolong jawabkan kat sini. Hee.
farhana recently posted..Tapi Bukan AkuMy Profile

Reply

akuzle ayu April 2, 2011 at 2:40 pm

ngeri jeks tgk muka Nanu… mcm belon kempis….ehehehhhe
akuzle ayu recently posted..Sampai Biler Baru Leh Hapload Gambau NehMy Profile

Reply

Ziela March 30, 2011 at 10:46 pm

Citer mcm sama dgn samson dan delaila aje. Mungkin tina anak sahara.

Reply

syah March 30, 2011 at 5:25 pm

tema sama jer.. xde kelainan dh ke slot samarinda ni.. cinta korporat sokmo..
syah recently posted..Without kompromi!My Profile

Reply

kakyong March 30, 2011 at 11:24 am

dah lama tak layan drama tv.. sejak skrin tv ala tak nak kuor gambor… :grin:
kakyong recently posted..Projek hari sabtu lepasMy Profile

Reply

yanmie March 30, 2011 at 1:33 pm

beli je tv baru kakyong :lol:

Reply

suffer8zine March 30, 2011 at 9:27 am

mcm biasa la x sempat nk tgk tv :P

Terkini : Jackie Chan Masih Hidup (Update)

Reply

yanmie March 30, 2011 at 1:32 pm

takpe layan kt tonton :lol:

Reply

suffer8zine March 31, 2011 at 3:22 am

heheh kat tontn pun boleh la :P

Terkini : 5 Blog Paling Kerap Dilawati 2011

Reply

Anonymous April 14, 2011 at 1:16 pm

ske tgk mke ammar alfian..like someone

Reply

akubiomed March 29, 2011 at 10:48 pm

Tidak menonton tapi kadang-kandang tanya sinopsis dari isteri :-)
akubiomed recently posted..Permainan kanak-kanak perlu ada logo MCMy Profile

Reply

yanmie March 30, 2011 at 1:32 pm

wah isteri pun kaki tv gak ke mcm yan :lol:

Reply

akubiomed March 30, 2011 at 2:01 pm

Itu kadang-kadang isteri merunggut kerana pertanyaan mengenai sinopsis cerita menganggu tumpuan menonton.

Lagi saya suka menyakat tanya berkali-kali. Kalau dulu tidak ada blog memang selalu berebut remote control.

Reply

Wan Perlis March 29, 2011 at 8:34 pm

nanu ni makin seksi la plak

Reply

yanmie March 29, 2011 at 9:38 pm

hehehe perasan pulak yea tang seksi tu :lol:
yanmie recently posted..Senarai 12 Pelajar Akademi Fantasia Musim Ke 9 AF9My Profile

Reply

Merpati Putih March 29, 2011 at 7:15 pm

Drama Sahara Slot Samarinda TV3 http://bit.ly/fcHrF4 (via @yanmie)

Reply

naimulfirdaus March 29, 2011 at 6:52 pm

Samarinda lagi ya kakyan..
naimulfirdaus recently posted..separuh gelas masih adaMy Profile

Reply

yanmie March 29, 2011 at 7:55 pm

yea…hehehe yang hari tu slot akasia :lol:

Reply

DAUSPOZI March 29, 2011 at 10:28 am

RT: @yanmie: Blog Updated : Drama Sahara Slot Samarinda TV3 http://bit.ly/hxsNPx

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: