10 orang terkaya di malaysia

by yanmie on February 17, 2011

Salam semua, semalam sedang kami menikmati hidangan malam di sebuah restoran di Jalan Bukit Kemuning, sambil-sambil tengok berita TV3 pukul 8 malam, tertarik pulak dengan laporan tersebut yang melaporkan tentang terkini senarai orang yang terkaya di Malaysia 2011, jom Yan kongsikan dengan korang ye disini.

 

orang terkaya di malaysia

1. Robert Kuok – RM50.04 bilion
2. T. Ananda Krishnan – RM45.78 bilion.
3. Tan Sri Teh Hong Piow – RM12.77 bilion
4. Tan Sri Lee Shin Cheng – RM12.74 bilion
5. Tan Sri Lim Kok Thay – RM10.89 bilion.
6. Tan Sri Quek Leng Chan – RM10.75 bilion
7. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary – RM8.84 bilion.
8. Puan Sri Lee Kim Hua – RM7.43 bilion
9. Tan Sri Tiong Hiew King – RM4.77 bilion.
10. Ong Bee Seng – RM3.98 bilion
11. Tan Sri Azman Hashim – RM3.93 bilion.
12. Tan Sri Vincent Tan – RM2.43 bilion.
13. Datuk Lee Yeow Chor -
14. Lee Yeow Seng
15. Datuk Seri Lee Oi Hian
16. Datuk Lee Hau Hian
17. Tan Sri Yeoh Tiong Lay
18. Tan Sri Lau Cho Kun
19. Datuk Mokhzani Mahathir – RM1.6 bilion
20. Tan Sri Jeffrey Cheah

.
Nampaknya dalam 20 senarai individu yang terkaya diatas, tersenarai hanya 3 anak melayu kita iaitu di tangga yang ke 7,  Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary – RM8.84 bilion dari Yayasan Albukhary Foundation yang menerajui Kumpulan DRB-Hicom, tangga ke 11 iaitu Tan Sri Azman Hashim – RM3.93 bilion dari Kumpulan Arab-Malaysian dan seterusnya di tangga ke 19 iaitu anak kepada mantan perdana menteri, Datuk Mokhzani Mahathir 1.6 bilion dari Kenchana Petroleum.
.

.

Jumlah kekayaan terkumpul 40 individu terkaya di Malaysia meningkat 30 peratus disebabkan oleh pasaran saham yang aktif dan pengembangan ekonomi negara, lapor majalah perniagaan
Malaysian Business.

Menurut majalah terbitan 16 Februari itu, jumlah kekayaan terkumpul mereka pada 21 Januari tahun ini RM206.27 bilion berbanding RM156.7 bilion setahun lalu.

Peningkatan itu selaras dengan kenaikan 20 peratus di FBM KLCI.

Jumlah bilionaire bagi tahun ini juga meningkat iaitu 27 orang – lima lebih ramai berbanding tahun lalu.

Daripada 20 individu terkaya itu, hanya tiga adalah golongan bumiputera.

Mereka adalah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dari Yayasan Albukhary Foundation yang menerajui Kumpulan DRB-Hicom. Beliau menduduki tangga ketujuh dengan kekayaan RM8.84 bilion.

Di tangga kesebelas adalah Tan Sri Azman Hashim daripada Kumpulan Arab-Malaysian dengan kekayaan RM3.9 bilion manakala anak mantan perdana menteri, Datuk Mokhzani Mahathir (kanan) dari Kenchana Petroleum di tangga ke-19 dengan RM1.6 bilion.

Terus mendahului senarai itu adalah Tan Sri Robert Kuok, dengan kekayaan RM50.04 bilion manakala Tan Sri T Ananda Krishnan di tangga kedua dengan RM45.78 bilion.

Tan Sri Teh Hong Piow dari Public Bank pula naik ke tangga ketiga dengan kekayaan diramalkan pada RM12.77 bilion. Tempat keempat adalah pemilik IOI Corporation Bhd – Tan Sri Lee Shin Cheng dengan kekayaan RM12.74 bilion.

Kedudukan Tan Sri Lim Kok Thay dari Kumpulan Genting kekal pada tangga kelima pada nilaiRM10.89 bilion manakala pemilik Kumpulan Hong Leong – Tan Sri Quek Leng Chan menduduki tangga keenam pada RM10.75 bilion.

- Malaysiakini.com

 

Nota Yanmie : Bila lah nak kaya nie…ehehe

Artikel Berkaitan:

{ 33 comments… read them below or add one }

Mr LePaK October 25, 2011 at 11:08 pm

Aisyeh… aku mis satu anak tangga je… hehee…!! :D
Mr LePaK recently posted..Angan Kanak²My Profile

Reply

armyrule July 2, 2011 at 2:13 am

:sad: dah kaya tu ringan2 kan lah beban rakyat yang fakir ni..baru kekayaan tu berguna

Reply

ANNA May 12, 2011 at 1:13 pm

AKU NAK KOMEN SIKIT NIE…APA KATA KITA MINTAK MENTERI2 KAT MALAYSIA NIE DECLARE HARTA DIAORG….CONFIRM RAMAI YANG DAH JUTAWAN…NAK TAHU JUGA MENTERI2 KITA PUNYA HARTA…… :?:

Reply

mohamad March 24, 2011 at 10:04 pm

IBukan saya nak minta sedekah tapi nak minta derma dari orang kaya islam di Malaysia ,saya perlukan wang RM 20,000.00 untuk membina madrasah/musalla bertempat di depan politeknik Kota Bharu,memandangkan ibu bapa yang menghantar anak tercari2 tempat solat dan rehat.oleh kerana saya ada sedikit tapak saya nak wakafkan untuk membina sebuah madrasah tapi saya takda wang,kepada orang kaya islam yang perihatin saya harap dapatlah mereka menderma sedikit dari kekayaan yang ALLAH TAA’LA kurniakan.unyuk menderma sila masukkan ke akaun no.10302000008981 RHB BANK BERHAD (MOHAMAD DIAN)atau hantar ke alamat:Mohamad b. Dian, no 10 depan politeknik KB,16450 ketereh,Kelantan.

Reply

Bang Iwan February 19, 2011 at 12:46 pm

Daftar orang kaya di Indonesia juga di dominasi oleh kalangan Taipan.
Bang Iwan recently posted..Education and HabituationMy Profile

Reply

Bang Iwan February 19, 2011 at 12:24 pm

Mungkin suatu saat ada dari kalangan blogger yang tersenarai.
Bang Iwan recently posted..Education and HabituationMy Profile

Reply

Bang Iwan February 19, 2011 at 12:23 pm

wah… lengkap fotonya disini.
Bang Iwan recently posted..Education and HabituationMy Profile

Reply

Bang Iwan February 19, 2011 at 12:44 pm

Aku sudah merasa kaya koq Mbak… Cuman belum tersenarai diatas.
Bang Iwan recently posted..Education and HabituationMy Profile

Reply

Bang Iwan February 19, 2011 at 12:45 pm

menurut saya sejatinya sebuah kekayaan adalah puas dengan apa yang ada tanpa berusaha meraih apa yang tidak mungkin kita gapai.

Reply

Azlin Mj February 18, 2011 at 12:14 pm

RT @denaihati: RT @yanmie Terkini senarai orang terkaya di Malaysia 2011 http://bit.ly/dO0tOF

Reply

Feez Mior February 18, 2011 at 12:10 pm

Kalau kaya tetapi hati tak senang pun mcm tak dak guna.. uwwa..

tp seronok jd kaya nak apa semua dpt kot.. :D
Feez Mior recently posted..Beto Kusyairi dalam Drama Kashaf Imani Astro RiaMy Profile

Reply

kin February 18, 2011 at 11:06 am

bile la nk trsenarai ni…keh3

Reply

ayujamal February 18, 2011 at 6:42 am

:razz: wah kak..tahniah yer…mesti tambah semangat lagi nak berbelog kan
ayujamal recently posted..Contest Review Blog Ayu Jamal ShopMy Profile

Reply

Yiedpozi February 18, 2011 at 2:52 am

RT: @denaihati: RT @yanmie Terkini senarai orang terkaya di Malaysia 2011 http://bit.ly/dO0tOF

Reply

Denaihati February 18, 2011 at 2:51 am

RT @yanmie Terkini senarai orang terkaya di Malaysia 2011 http://bit.ly/dO0tOF

Reply

aziewan. February 17, 2011 at 11:42 pm

Akak..kita buka cc kat kg..sharring kot2 termasuk dlm list org yang terka..heheheheh..

Reply

Ikhwan Pauzi February 17, 2011 at 4:25 pm

boleh beli beribu-ribu laptop untuk ikhwan nih :D
Ikhwan Pauzi recently posted..Akhirnya pomporompom pom pom! parapapapa !My Profile

Reply

honeyamour February 17, 2011 at 11:55 am

gulp ~ mata pusing2 tgk jumlah duit tu… :roll:
honeyamour recently posted..ini hasilnyaMy Profile

Reply

yanmie February 17, 2011 at 11:58 am

ehehehe awas kang rosak lak mata tu, jumlah tu mmg betul…ehehe
yanmie recently posted..Cuba teka nak ke manaMy Profile

Reply

salmia February 17, 2011 at 11:25 am

pakcik kayooo..

eh,takdak sorang pun wanita heh?
salmia recently posted..Cuti sempena sambutan Maulidur Rasul 1432HMy Profile

Reply

yanmie February 17, 2011 at 11:51 am

eh ada je tu, cuba perhati betul2…ehehe wanita berbangsa cina
yanmie recently posted..Cuba teka nak ke manaMy Profile

Reply

eyriqazz February 17, 2011 at 11:07 am

Datin Yanmie @ Datin Paduka Stacy ni nombor 21..Demnn,satu lagi nak masuk listt…
eyriqazz recently posted..Milo Fuze Jam-Packed ContestHadiah Yang Cukup Menggiurkan HatiMy Profile

Reply

yanmie February 17, 2011 at 11:11 am

miahahaa amin2 doakan..kehkehkeh

Reply

Mr.Bintang February 17, 2011 at 10:50 am

tu lah.. bila lah turn kita plak kaya kan k.yan.. huhuhu..

Reply

yanmie February 17, 2011 at 10:56 am

tulah keje duk kira duit je nie tapi ntah bila lah nak kaya..miahahaha

Reply

slimdiet2 February 17, 2011 at 10:49 am

saya respek betul dengan syed mokhtar. teringin sangat nak jumpa dia. mana tau dapat tip-tip untuk berjaya
slimdiet2 recently posted..Tips senaman berjalan kakiMy Profile

Reply

yanmie February 17, 2011 at 10:56 am

yes betul tu, blh jadi contoh untuk semua, tak silap harta kekayaan dia naik sebab tu dia berada di tangga ke 7, kalau tak sebelum nie di tangga ke 8

Reply

slimdiet2 February 23, 2011 at 1:06 am

harap-harap ramai lagi bumiputera yang tersenarai tahun depan
slimdiet2 recently posted..Penyakit goutMy Profile

Reply

Paan Jr February 17, 2011 at 10:48 am

Syed Bukhari 8b? Gulp
Paan Jr recently posted..Apa Itu Pocodot Pernah Nampak Kat Youtube TakMy Profile

Reply

yanmie February 17, 2011 at 10:55 am

Yep sila percaya, naik 1 anak tangga kalau tak silap

Reply

Azim Norazmi February 18, 2011 at 11:00 am

Aku ada jugak 8, tapi RM800 je, hehehe, tu pun sbb claim baru masuk
Azim Norazmi recently posted..AC Milan vs Tottenham HotspursMy Profile

Reply

Lal Azmi February 17, 2011 at 2:44 am

RT @yanmie: blog Updated : Terkini senarai orang terkaya di Malaysia 2011 http://bit.ly/dO0tOF

Reply

yanmie February 17, 2011 at 2:44 am

blog Updated : Terkini senarai orang terkaya di Malaysia 2011 http://bit.ly/dO0tOF

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: