Salam semua, semalam tengok berita pukul 8 di TV3 lega sangat, Tahniah buat kerajaan Malaysia kerana bertindak untuk membawa keluar pelajar dan rakyat malaysia keluar dari Mesir. Mudahan semua segala kerja-kerja dan urusan mereka di permudahkan, amin. semalam bermulanya Ops Piramid yang mana ianya merupakan gerakan pemindahan pelajar dan rakyat malaysia di Mesir.
[gambar: Berita Harian]
Situasi terkini di Mesir bertambah tegang berikutan keganasan dan pertempuran yang tercetus di antara penyokong pro – Mubarak dengan penyokong antikerajaan. Pengumuman Presiden Hosni Mubarak untuk tidak bertanding di dalam pilihan raya Presiden pada bulan September 2011 tidak dapat diterima oleh penunjuk perasaan yang terus berdemonstrasi.
[gambar: Berita Harian]
Gerakan pemindahan (evacuation) sedang dilaksanakan. www.kln.gov.my
Semua penuntut dan rakyat Malaysia yang berada di Mesir adalah dilaporkan selamat. Pihak Kedutaan Besar Malaysia terus memantau perkembangan semasa di Mesir dan melaporkan sebarang perkembangan terkini kepada Kementerian Luar Negeri dari masa ke semasa.
Pelajar/rakyat Malaysia sedang berkumpul di tempat-tempat berikut untuk tujuan pemindahan:
· Kaherah – Jeddah [Tempat berkumpul: Kompleks Haiyyu Ashir dan Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK)];
· Iskandariah – Jeddah [Tempat berkumpul: Rumah MARA];dan
· Mansourah – Iskandariah – Jeddah [Tempat berkumpul: Hotel New Mansourah @ 5 Februari 2011.
Sehingga kini, tiga pesawat C-130 Tentera Udara DiRaja Malaysia telah berlepas pada 2 Februari 2011. Pesawat-pesawat lain dijangka memulakan penerbangan mereka pada hari ini, 3 Februari 2011:
i) C-130
Tiga pesawat C-130 akan tiba di Jeddah pada 3 Februari 2011 seperti berikut:
– 4.45pm;
– 5.55pm; dan
– 7.28pm
Perkhidmatan ulang-alik (shuttle) di antara Jeddah – Kaherah – Iskandariah akan bermula pada 4 Februari 2011 jam 06.00 pagi kerana enjin pesawat C-130 perlu direhatkan selama 24jam sebelum perjalanan dilakukan.
ii) MAS
Pesawat MH8010 (747) telah berlepas pada 9.20am, 3 Februari 2011 dan akan tiba di Kaherah pada 1.45pm. Selepas dua jam di Kaherah, MAS akan memulakan penerbangan ulang-alik (shuttle) untuk seramai 340 penumpang ke Jeddah, yang dijangka pada jam 4.00pm.
iii) AirAsia
AirAsia X akan tiba di Kaherah pada 12.46pm, 3 Februari 2011 dan akan berlepas dari Kaherah pada jam 2.00pm dengan membawa pelajar dan rakyat Malaysia yang terperangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah ke Jeddah.
Pesawat C-130, MAS dan AirAsia akan membawa bersama-sama bekalan makanan dan peralatan perubatan untuk diagih-agihkan kepada rakyat Malaysia di Mesir.
Kapal Bunga Mas (BM5) sedang melalui Teluk Aden, telah menukar destinasinya dan dijangka berlabuh di Pelabuhan Ain Sukhna, Mesir pada 5 Februari 2011.
Sehingga kini, senarai negara yang telah membawa keluar rakyatnya dari Mesir adalah seperti berikut:
(i) Jepun – bermula 31 Jan. 2011
(ii) Indonesia – bermula 1 Feb. 2011
(iii) China – bermula 31 Jan. 2011
(iv) India – bermula 31 Jan. 2011
(v) US – bermula 29 Jan. 2011
(vi) UK – bermula 2 Feb. 2011
(vii) Arab Saudi, UAE, Lubnan dan Jordan – bermula 29 Jan 2011
(viii) Kanada – bermula 1 Feb. 2011
Untuk makluman, perintah berkurung yang dikenakan oleh Kerajaan Mesir di semua bandar raya utama termasuk di Kaherah dan Iskandariah telah dipanjangkan kepada 2.00 petang sehingga 8.00 pagi. Walau bagaimanapun, penunjuk perasaan masih berdemonstrasi di kebanyakan bandar raya utama.
Selain itu semua saluran komunikasi melalui internet/e-mel serta sistem pesanan ringkas (SMS) di kawasan Kaherah, Iskandariah dan beberapa tempat lain masih lagi digantung operasinya oleh Kerajaan Mesir. Walau bagaimanapun, talian telefon bimbit boleh digunakan, tetapi terhad.
Kementerian Luar Negeri dan Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah boleh dihubungi seperti berikut:
Bilik Operasi, Kementerian Luar Negeri
Tel: 03-88892746 / 03-88874570 / 03-88874770 /
03- 8892830/019-2784566/019-3414080/019-3154080
Bilik Operasi, Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah, Mesir
Tel: 00 202 3760 7375 / 00 202 3761 0270
Sumber dari Wisma Putra, PUTRAJAYA
Nota Yanmie : Sama-sama kita doakan keselamatan Ops Bantuan Gerakan dan jugak semua pelajar dan rakyat Malaysia yang berada di Mesir.
syukur kerana rakyat malaysia hampir kesemuanya selamat pulang ke tanahair.
Mesir juga sudah hampir untuk kembali aman seperti biasa
Langkah Minda Positif recently posted..KAREKTOR BENTUK TUBUH RASULULLAH SAW
thanks kepada semua pihak..
myCeloteh recently posted..Watie Elite hidap penyakit strok
dengar kata banyak kos yang ditanggung oleh kerajaan untuk membawa pulang rakyat malaysia di mesir.tapi apa salahnya belanja untuk rakyat sendiri.
slimdiet2 recently posted..Cabutan bertuah
Ameen, Moga mereka semua dalam lindungan Rahmat Allah.
amirulfaiz recently posted..Bukan Senang Nak Jadi Ibubapa
alhamdullilah… kerajaan Msia memang prihatin pd rakyatnya
semoga semuanya selamat pulang ke tanah air..
dan Mesir aman kembali…
Mubarak lekas letak jawatan… =)
nurmisnan recently posted..Kedutaan Israel Kaherah turunkan bendera mereka
alhamdullilah…semoga mereka akan selamat sampai ke malaysia….. 😀
kmi di mana jua berada sentiasa mendoakan rakyat malaysia yg brada di jeddah akan pulang ke tanah air dengan selamat..amin..semoga dilindungi oleh allah s.w.t..amin..
kawan zqah pon ada kat sana .. harap2 dorang selamat sampai ke malaysia 🙂
Zqah recently posted..Selamat Pengantin Baru !
Akhirnya pelajar-pelajar Malaysia yang terkandas di Mesir dapat pulang ke tanah air. Nasib baik ada hotel Tabung Haji di Jeddah digunakan sebagai transit maklumlah perjalanan penerbangan yang lama tentu meletihkan
akubiomed recently posted..Katil bergegar akibat main kuat sangat
baguslh atleast depa dh start begerak dn bukn ckp je. semoga rakyt M’sia disana selmt.. same2 doakn mereka
nazihahisa recently posted..Website Gadis Comel Untuk Perempuan Murah
syukur la alhamdullilah dorang akhirnya amb keputusan untuk keluarkan rakyat malaysia…tapi dgr crt kos balik ke malaysia student kena tanggung sendiri…sepupu saya ada kat sana sorang..
malarang-kak recently posted..SELAMAT TAHUN BARU CHINA
alhamdulillah. semoga dapat pulang tanpa halangan.!
semoga dapat pulang dengan selamat, td tgk berita, budak2 dr mesir, menagis ketakutan, bayangkan lah kite kt sana. tak sanggup kalau berperang nie.
Anip recently posted..Siapa Sebenarnya Hosni Mubarak Nie
ya, kami pulak sedang menunggu giliran.
kumpulan pertama yang bertolak semalam pun terkandas selama beberapa jam, kalau kami yang kumpula ke berapa ni tak tahulah lagi macam mana..
naimulfirdaus recently posted..terkini- kami dan Mubarak masih selamat tetapi Mesir mungkin kurang sihat
Salam naimul, oh baru tau awak study kat sana, mudahan semuanya selamat…amin 😛
bagus la macam tu..terbaik!!
syahrilhafiz recently posted..Filem – Kembar Siang
Syukur alhamdulillah lega sangat sebab kerajaan mendengar suara rakyat dan blogger 😆
yanmie recently posted..Gerakan Pemindahan Pelajar dan Rakyat Malaysia di Mesir – Jadual Penerbangan
RT @yanmie: Blog Updated : Gerakan Pemindahan Pelajar dan Rakyat Malaysia di Mesir – Jadual Penerbangan http://bit.ly/hstYU3
Blog Updated : Gerakan Pemindahan Pelajar dan Rakyat Malaysia di Mesir – Jadual Penerbangan http://bit.ly/hstYU3