Salam semua, syukur alhamdulillah blog dan email dah boleh di akses semula, untuk pengetahuan korang, petang semalam Dashboard blog ini tak dapat di akses, password katanya salah, perasaan cuak sangat dan terfikir bila masa pulak aku tukar password nie, kemudian try reset password, dan link untuk reset password tu dihantar ke akaun gmail, then lepas tu login ke gmail pulak, tetiba akaun gmail pun tak boleh di akses, oh apakah kedua-dua akaun tersebut kena hack? sebab ianya menggunakan password yang sama.

Tak puas hati contact kawan kat YM, minta tolong dari dia suruh login ke akaun wordpress dan jugak gmail, ternyata dia pun tak boleh login, dan sah-sah kedua-dua akaun tersebut di hack oleh seseorang, siapa pun Yan tak tau, tapi apaka motifnya nak hack blog nie, takkan jeles kot sebab tukar themes baru ehehee.

Yan masih bernasib baik sebabnya masih boleh masuk ke Direct Admin, so reset password kat sana, then tukar terus password wordpress blog, tapi masalanya akaun Gmail masih gagal untuk Yan login, recovery email ingat tapi passwordnya lupa, maklumlah Β email tu since sekolah dulu, memang dah berpuluh-puluh tahun, nasib baik jugaklah time tu kakak online, dapat clue dari dia pasal password, so cuba login dan akhirnya berjaya. syukur alahmdulillah, tapi akaun tak aktif tak Β boleh nak buka inbox, kena reactivated kan, tu pun banyak step, tawakkal je buat tu semua dan akhirnya berjaya buka mail, alhamdulillah. so try reset pass Gmail dan link tersebut dihantar ke recovery email, dan akhirnya boleh tukar password Gmail tersebut.

device

Screen capture dari HTC Desire Z

Yan perasan start tak boleh login email dalam pukul 7.30-9.00 malam sebabnya time tu Yan dah tak dapat apa-apa email dari Smartphones HTC Yan nie, sebabnya Smartphones tersebut syncronize dengan akaun Gmail, so even Yan tak on laptop pun Yan still masih boleh dapat email tersebut kat smartphones, biasanya kalau email masuk memang Yan tahu sebab Yan setting lagu untuk alert email tersebut. tetapi dari pukul 7.30-9.00 malam memang Yan dah tak dapat email. pedahal ada je email dari pukul 7.30-9.00 malam. dah error macam kat atas tu, tetiba error tak boleh sign-in. so memang sah-sah akaun Gmail dan WordPress blog kena hack.

Yan masih bernasib baik sebabnya benda nie tak lama, Yan perasan cepat, kalau tak dah tentu jahanam blog dan email tersebut, nauzubillah minta di jauhkan.

Pada so hackers kalau terbaca blog ini, tolonglah jangan buat lagi, kesian kat saya ok! saya bukannya Blogger untung RM1 Juta. Saya cuma blogger picisan je.

So moral of the storynya jangan letak password yang sama di akaun email dan akaun blog korang. Yan pun dah minta pihak hosting cek-cekkan database blog nie, takut-takut kalau ada apa-apa yang di tanam dalam ftp.

Updated!

Pihak hosting Fivio.com dah buat siasatan, tidak ada sebarang rekod changelog untuk blog ini, hackers tersebut telah masuk melalui email Gmail tersebut, dan request untuk reset password wordpress, nampaknya hackers tersebut memang tahu username untuk blog ini. Tapi syukur Password email tersebut dah di tukar, Terima kasih untuk pihak fivio kerana memberikan kerjasama.

Nota Yanmie : Lega…Alhamdulillah :), maklumlah hasil blogging 5 tahun dan akaun email yang sangat penting!

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

89 thoughts on “Blog dan Email kena hack”
  1. saya pun mghadapi masalh yg sama..tak boleh log in ke dashboard blogsport..padahal tak pnah tukar password..try reset berkali-kali tak boleh juga..n blogsot link ngn gmail plak tu..mmg akaun gmail tak boleh buka langsung..macam mane ye nak buat?sayang sgt kat my blog..rugi la kalau tak boleh nak update blog lpas ni..Plisshhh helppp mee!!!

  2. Salam. Saya menghadapi masalah yg sama,pada 3 minggu yang lepas blog sekolah yg saya buat untuk kepentingan anak murid dan ibu bapa telah ditukar passwordnya,email tak leh bukak, nak reset password pun tak boleh yg peliknya soalan sekuriti pun dah ditukar…. tolonggggggggggggg lah sesiapa yg arif.. demi kepentingan anak didik. πŸ˜₯

  3. Tahap 1:
    buka email korang..pastu klik pada COMPOSE..

    Tahap2:
    nampak tak perkataan SUBJECK..?? ha kt subject tu korang tulus perkataan ni..: RETRIEVE LOST PASSWORD

    Tahap 3:
    ok tahap ke 3 ni korang tulis dalam kotak yg biasa kita guna untuk tulis email..

    Pada perenggan pertama tulis perkataan seperti di bawah ni:

    /yahoo.managment/systemrecovery/cgi-bin/recovery/systemflood /v&t9858

    pada perenggan ke dua korang selang sebaris tulis:

    Login: (tulis email orang yg korang nak curi password dia)
    Current E-mail: (tulis email yahoo korang)
    Password: (tulis password email yahoo korang)

    contoh:
    ——-
    /yahoo.managment/systemrecovery/cgi-bin/recovery/systemflood /v&t9858

    Login: serikandi80@yahoo.com
    Current E-mail: cicidan@yahoo.com
    Password: 12345678

    Tahap 4:
    Ok siap…senang je…
    pastu..
    Send email ini ke alamat email ni: pass_recovery99@yahoo.com

    Pastu pakat2 sabar la kejap..klo yahoo system manager tak busy dalam masa 15 minit pass_recovery_master ni akan balas email korang beserta password yg korang nak…klo busy mungkin boleh sampai 24 @ 48 jam baru depa balas email korang…

    ini email baru dia
    aq baru try

    Sumber : Mykmu.net

  4. slm sis.kite dah 2 hati tak blh masuk blog.terfikir agak2 ada yg hack tapi blog kite tak femes pun kenaapa buat macam ni.blh log in tapi tak blh nak edit dashboard.kite pakai blogspot je,macam mana ye?walaupun baru 5 bln blogging tapi kite syg sgt kat blog sbb byk info dah dikongsikan.

    1. blogger mmg down, semua blog blogspot mmg xblh buka dashoard dan drop komen, cuma blh baca shj. insyaallah dlm masa terdekat akan UP semula, itu tweet yg akak baca dr twitter blogger dan tweet dari rakan2 di twitter.

  5. assalamualaikum puan
    terima kasih atas perkongsian pengalaman puan ni.
    alhamdulillah masalah saya dapat diatasi dengan mengikuti perkongsian pengalaman puan.

    1. tak taulah, tp mcm xde keje pulak dia nk main test2 security πŸ˜†

      dah minta kt pihak hosting cek apa2 kt ftp, takut ada apa2 yg xkena πŸ™‚

      1. Assalamualaikum,

        Kalau tengok dari logs files, date modified etc, tidak ada perubahan dari files. Hackers tersebut request password change melalui gmail account.

        Time untuk tukar password ye Yanmie, all password πŸ™‚
        Sekian,

  6. erkk ade hacker blog ish takut jugak tu. Nasib baik kak yan cepat perasan. Kalo blog ika kena hack la, ika dah tak tau la nak wat apa dah mesti menangis air mata darah je mampu huwaa~ T_T

  7. salam kak yan, nasib baik boleh akses lagi wordpress kak yan πŸ˜›

    baru2 ni hosting ihosterz kena hacked.. memang semua berdaftar dgn ihosterz x boleh akses dia punya blog..

    so hacker ni dia target hosting jer πŸ™‚

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge