Begitukah Cinta TV3

Salam semua, fuh abis sudah Drama Tiramisu, now har nie bermulanya episode 1 untuk drama baru yang bertajuk begitukah cinta di TV3, kalau tengok dari promo macam best je, tapi pelakon macam tak berapa menyengngat, tapi takpe kita try layan, kalau ok boleh melekat kat TV, kalau tak teruskan layan Sinetron Kejora dan Bintang di Astro Ria ehehe.

begitukah cinta

Drama 24 episod ini akan menggantikan Tiramisu dan dibintangi oleh Nazim Othman dan Ainul Aishah. Pelakon-pelakon lain yang terlibat adalah seperti Aida Khalida, Shahronizam, Ku Fridah, Wan Nor Azlin, Khairil Anwar, Ramona Zamzam dan ramai lagi.

Klik untuk dapatkan FREE Apple iPad 2!!!!

Sinopsis Begitukah Cinta TV3

 

Dari sudut pandang sebagai editor, kisah tulisan Sharifah Abu Salem ini mungkin sekali diilhamkan daripada filem popular lakonan dan arahan Tan Sri P Ramlee bertajuk IBU MERTUAKU. Nazril yang cuba keluar daripada kepompong kemewahan dan ingin hidup seperti orang kebiasaan yang lain, jatuh cinta terhadap seorang gadis kampung bernama Riana.

2 watak utama ini juga mewakili isu-isu sosial belia di IPT yang terlibat dalam gejala seperti escort girl, bartender dan GRO bagi menyara kehidupan dan pembelajaran di kolej. Aida Khalida yang membawa watak ibu kepada Nazril mungkin bakal berjaya dibenci penonton terhadap wataknya sebagai ibu yang bersifat antagonis. Watak hipokrit yang dibawa Shahronizam, juga bakal meninggalkan kritikan sosial yang tajam kepada segelintir masyarakat Melayu kita amnya.

Kepada anda yang telah pun menantikan kemunculan drama ini, diharapkan berpuas hati sepanjang tempoh tayangannya nanti bermula pada minggu hadapan. Sebagai manusia biasa, editor juga tidak dapat lari daripada sebarang kesilapan. maka, saya memohon maaf sekiranya ada cacat cela yang tidak disengajakan dalam suntingan drama ini. – FB Begitukah Cinta

Macam biasa waktu siarannya isnin hingga khamis pukul 7 petang di TV3.

 

Nota Yanmie : Tapi kalau Sharifah Abu Salem punya hasil tulisan memang best, kena layan jugak nie!

yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

18 thoughts on “Begitukah Cinta TV3

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge