Salam semua, baru nie Yan ada minta designer Yan untuk design 1 header untuk blog yanghangat.com yang mana merupakan blog milik Yan jugak, ala blog suka-suka, kat situ boleh mengarut-ngarut sikit, apa-apa entry boleh publish kat situ, namapun yanghangat…hahaa, kat sini takleh lah sangat sebab blog nie adalah blog personal so macam tak best pulak kalau tetiba blog nie bercerita memanjang pasal isu semasa, hiburan, etc kan 😛

yanghangat dotcom

Nak tengok lebih jelas masuk je ke yanghangat.com

Yang menjadi persoalannya, header atas tu yang di desingkan oleh desiger blog ini jugak, semua artis kat dalam header tu Yan kenal melainkan budak comel seorang tu, tak sempat sebenarnya nak tanya mydesigner tu pasal siapakah gerangan jejaka comel sebelah mawi tu. so tak puas hati, Yan pun tweet tanya kawan-kawan kat twitter…ehehe

Sekali tweet berduyun-duyun balasan, yelah tweet tu lebih kurang macam nie :-

Eh sapa kenal ye lelaki kat dalam gambar header yanghangat.com tu,

yang sebelah ngan mawi tu??

itu Justin Bieber lah kakyan…(tq semua yang sudi merungkai persoalan ini)

.

dah malas pulak nak scroll tweet-tweet lepas, terlampau banyak sangat tweet, penat nak sroll…hahahhahahahaaaaaaa dan malam tu jugak kena gelak dengan kawan-kawan at twitter.

My World Tour in Malaysia di jual pada harga RM498, RM358, RM288, RM188 dan RM98 yang juga boleh didapati menerusi www.airasiaredtix.com dan www.ticketpro.com serta di kaunter jualan AirAsiaRedTix dan TicketPro seluruh negara.

Yelah macam manalah boleh tak kenal dengan Justin Bieber nie ye, sedangkan dia merupakan seorang artis terhangat di dunia :)), sebenarnya selalu dengar lagu dan nama beliau di sebut-sebut cumanya tak tau rupa Justin Bieber macam mana, maklumlah duk layan artis malaysia je so mana nak tau artis luar negara, hahaha ketinggalan betul :)), lagipun takde masa nak amik port pasal artis-artis nie, kalau ada pun artis yang memang Yan minat je.

So dah alang-alang post pasal Justin Bieber nie, kot-kotlah korang nak pergi tengok konsert Justi Bieber kan, nie ha Justin Bieber akan mengadakan konsert di Stadium Merdeka pada 21 April ini, so tiket boleh dapatkannya di My World Tour in Malaysia di jual pada harga RM498, RM358, RM288, RM188 dan RM98 yang juga boleh didapati menerusi www.airasiaredtix.com dan www.ticketpro.com serta di kaunter jualan AirAsiaRedTix dan TicketPro seluruh negara.

.

Nota Yanmie : Tak pasal-pasal kena gelak secara berjemaah….hahhahaa

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

37 thoughts on “Rupanya jejaka comel itu adalah Justin Bieber”
        1. nak search macam mana, tgk gmbr kt header tu nak taip apa kt google, nak taip ini muka siapa?? serius tak tau gmbr tu nama milik justin bieber…huhuhu

  1. justin bieber tuh cute dan comel. oo akak rupanya owner blog tuh,masuk jugak tapi tak komen pun dok diam je, saya ingatkan sape. pelik jugak, cari owner tak jumpa,,rupanya nih dah terang dan jelas dah.

    1. @Affan, ye naku jugak akhirnya akak kat entry nie, sblm nie cuma beberapa orang kawan je yg tau akan kewujudan blog tersebut…ehehe

      memang tak kenal rupa justin bieber nie, slalu dgr lagu kt dlm keta je, dgr org sebut2 namanya tp rupanya xkenal dan takpernah nak explore kt pakcik google akan rupa justin bieber nie…hahahaa so now baru tau *malu pulak*

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge