Salam semua, baru nie malam minggu kami ke MAEPS layan Drift car pulak, kalau korang pembaca setia blog ini mesti korang tau antara hobi dan minat kami sefamilykan? ha ye nak tau kami sefamily memang minat dengan dunia permotoran, asal ada Race, Drag, Drift, Sprint semua kami pegi, tak kisah harga tiket berapa pun, selalunya yang ada kat sepang pun kami pergi jugak, cuma satu je tak pernah nak tengok iaitu race Formula 1…ehehe belum mampu nak beli tiket, maklumlah kalau gi sana kami memang tak suka duduk tempat lain, mesti nak duduk di bahagian Main Grand Stand baru puas hati 🙂

drift at maeps

eh, citer pasal sepang lak, hahaha okeh nak cerita pasal Drift kereta di MAEPS, sebenarnya tiap-tiap malam minggu memang ada drift kereta di MAEPS nie, masuk pun cuma rm5 je utk seorang dewasa, anak-anak free je, parking pun senang, cuma kalau datang lambat tu pandai-pandai ler cari tempat parking 🙂

maeps

Cantiknya pemandangan malam dari MAEPS 🙂

maeps

maeps

Orang duduk sampai ke bawah jalan 🙂

maeps

Ye kami pun duduk kat situ gak, memang ramai orang datang, lambat sikit je memang takdelah tempat duduk, nampak ruangan kosong sebelah en.hubby? ye tu tempat duduk untuk Yan..ehehe

Layan Video Drift Car at MAEPS, record via HTC Desire Z

Nota Yanmie : Komen-komen pendek contohnya *ha’ah, yeke, hahaha, oklah tu” dan sewaktu dengannya tidak di kira untuk Contest Top Comentator Monthly 😛

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

55 thoughts on “Layan Drift Car di MAEPS”
  1. pernah juga sekali tengok drif dekat melaka.. masa on theway balik KL.. kebetulan nak g ronda2 dekat bandar melaka.. sekali ternampak drift layan dulu.. ni drift halal bukan haram ye.. hik2..

    saya pon minat sukan permotoran ni..

    1. @akubiomed, eh sejak dulu lagi, sblm kawin dengan en.hubby…ehehe

      dia x drift tp en.hubby bawa keta mmg laju wooo…takut gak, tp bila dia terlaju saya tegur je then dia slow blk..klu tak tegur memang laju…uhuk..

        1. @akubiomed, heh F1 xpenah pegi lagi…..hahhaa tgk kt TV je klu F1, tak mampu lagi nk beli tiket F1, tp klu motogp, GTJapan, Drag, pastu apatah lagi napa race2 tu semua…ehehe yg tu semua pegi arr kt sepang tu, takpun kt tmpt2 lain mcm cyberjaya, maeps serdang pegi jgk 🙂

  2. huhu..syarat komen dah keluar..ahaks.. 🙂

    Memang seronok kalau ada minat yang sama..layan..akak belum pernah pi tengok mana2 race ke drift ke..kalau tengok depan tv selalu lah..hiks..
    cikmin recently posted..LIVE-Faheem @ Klinik ElyzaMy Profile

    1. @cikmin, yep syarat dh keluar…hahhaa
      yep alhamdulillah kami semua punya minat yang sama 🙂
      budak2 nie memang suka sgt tgk, kadang tu sampai xmo balik…ehehe 🙂

    1. @rashid, wah yeker, mcm anak2 kakyan memang diorang suka layan sama ada live atau kt tv je pun diorg layan gak, maybe sbb dh tgk mak pak diorang minat then selalu bawa diorg secara tak langsung tu minat timbul 🙂

  3. okay untuk sapa sapa yang tak tau apa itu drift meh sp nak bgitau

    Drift merujuk pada sejenis teknik memandu dan sukan bermotor di mana pemandunya sengaja melakukan belok lebih (oversteer), menyebabkan kehilangan cengkaman pada roda belakang semasa membelok, sambil mengekalkan kawalan kereta dan kelajuan keluar yang tinggi. Sebuah kereta dikatakan akan drift apabila sudut gelincir pada bahagian belakang lebih besar daripada sudut gelincir hadapan,
    suarapeople recently posted..Vanidah-Rashidi Ke Mahkamah Syariah – Bukan Fail Cerai- Hanya Teman Anak SaudaraMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge