Keputusan Pilihanraya DUN Tenang N.5

Salam, hari ini merupakan hari pengundian bagi DUN Tenang Labis, kerusi Tenang kosong ekoran kematian penyandangnya Sulaiman Taha (BN) akibat komplikasi kencing manis. Nasib calon yang bertanding dalam pilihan raya kecil Tenang akan ditentukan oleh 14,753 pengundi di kawasan itu hari ini. Dan ikuti Keputusan Pilihanraya DUN Tenang N.5 dijangka akan di ketahui antara pukul 8 – 9 malam ini.

BN menang Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang dengan majoriti 3,706 undi

DUN Tenang

Sebanyak 12 pusat mengundi di 12 daerah mengundi telah dibuka pada jam 8.00 pagi tadi dan akan tamat kira-kira jam 5.00 petang ini. Pengundi Melayu mewakili 47.5 daripada jumpah penduduk diikuti oleh Cina (39 peratus), India (12 peratus) dan lain-lain (1.3 peratus).

LAPORAN LANGSUNG PILIHANRAYA DUN TENANG, LABIS

– BN menang Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang dengan majoriti 3,706 undi

5.40pm – Jurucakap SPR berkata kotak undi akan dibawa sekarang ke pusat penjumlahan di dewan serbaguna Majlis Daerah Labis.
Keputusannya dijangka diumumkan jam 8 malam ini.
Pilihan raya kecil DUN Tenang menyaksikan pertandingan antara calon BN, Mohd Azahar Ibrahim dan calon PAS, Normala Sudirman.

5.00pm – Kesemua 12 pusat pembuangan undi di Tenang ditutup pada jam 5 petang.

4.30pm –  PAS mendesak SPR menangguhkan pengundian bagi pilihan raya kecil Tenang hari ini ekoran kebanyakan kawasan terputus hubungan akibat banjir.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, berkata, ada juga di kalangan pengundi takut meninggalkan rumah untuk keluar mengundi ekoran kejadian itu, lapor Harakahdaily.

4.29pm –  Sehingga jam 4 petang, peratusan keluar mengundi sebanyak 68.68% atau 10,133.

4.00pm –  Bot dan trak lima tan milik tentera dan bomba digunakan untuk membawa pengundi ke SMK Kamarul Ariffin selepas hujan di tempat itu kembali lebat.

4.02pm –  Laluan dari Labis ke kg Paya Merah terputus apabila paras air naik sehingga 1 meter.
Trak tentera kini digunakan untuk membawa orang ramai ke pusat pembuangan undi, lapor SMS berita theSun.

3.40pm – Sehingga jam 4 petang tadi, sejumlah 9,618 orang pengundi atau 65.19 peratus telah keluar mengundi.

2.55pm –  Walaupun hujan rengai-renyai di SMK Kamarul Ariffin, tetapi belum ada tanda-tanda trafik akan bergerak.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin masih kekal di Kompleks Institusi Pendidikan Tenang, tempat beliau mengadakan sidang media sebelum ini.

2.45pm – Di SMK Kamarul Ariffin, Bandar Labis Tengah, walaupun banjir, penyokong kedua-dua calon masih bersemangat menyanyi, bersorak dan mengejek sesama sendiri.

2.37pm Sehingga 2 petang, peratus keluar mengundi sebanyak 61.17 peratus atau 9,025 orang.

2.26pm – DAP mendakwa banjir di dua pusat pengundian sudah “serius”. Pengundi tidak boleh menghampiri Dewan Orang Ramai Kg Paya Merah di Labis Timor and SMK Kamarul Ariffin di Bandar Labis Tengah.

2.16pm –  Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar memberitahu Malaysiakini, pemanjangan masa mengundi “tidak boleh berlaku mengikut undang-undang”.

2.12pm –  Hujan kembali turun di SMK Kamarul Ariffin. Jalan raya yang ditenggelami air separas paha tadi, kini meningkat ke paras pinggang.

1.42pm – Setakat 1 tengah hari, peratusan keluar mengundi sebanyak 55.36 peratus atau 8,167 orang.

1.32pm –  DAP mendakwa berlaku pembelian undi di SJK (C) Ai Chun yang terletak dalam daerah pengundian Tenang Station. [Baca berita penuh]

1.20pm –  Jalan kecil antara jalan utama dan SMK Kamarul Ariffin dinaiki air sehingga paras paha, menyebabkan kenderaan ringan tidak dapat memasuki.
Bagaimanapun, terdapat beberapa pacuan roda dan lori yang berjaya mengangkut pengundi masuk dan keluar pusat pengundian.

1.12pm – Pemimpin DAP mula panik dengan peratusan rendah keluar mengundi masyarakat Cina, memaksa seruan mengundi dikeluarkan.

12.48pm –  Hujan menjadi sumber rezeki di Tenang hari ini di mana seorang peniaga menjaja payung di sepanjang rumah kedai di Jalan Segamat, pada harga RM12 tiap satu.

12.52pm – Setakat jam 12.00 tengah hari, menurut pemantauan terhadap kepercayaan politik oleh NGO Zentrum Future Studies, BN kini mendapat 59.5 peratus manakala Pakatan 40.5 peratus.

12.40pm – Menurut SPR, peratusan pengundian sehingga jam 12 tengahari meningkatkan kepada 48.93% atau 7,219 pengundi. Tinggal lima jam lagi sebelum pusat pengundian ditutup jam 5 petang ini.

12.09pm – Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Seri Wee Ka Siong berkata hujan lebat di Tenang mengingatkannya kepada peristiwa banjir besar di Johor pada Disember 2006 dan Januari 2007.
“Harap ia tidak berlaku lagi,” tulisnya di laman Twitter.

12.08pm – Ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching berkata peratus pengundi Cina yang keluar amat rendah di Labis.
“Tolong desak anggota keluarga atau kawan-kawan keluar mengundi!” tulisnya di laman Twitter.

11.40am – Banjir yang melanda Jalan Segamat, laluan utama menghubungkan Labis dan Tenang Station, bertambah teruk. Jika hujan berterusan, laluan itu mungkin terputus hubungan tidak lama lagi.

11.36am –  Menurut twitter Loges Mohan – isteri ketua pemuda MIC T Mohan – Jabatan Pertahanan Awam dikerah ke Kampung Tenang untuk memindahkan 62 keluarga yang terperangkap kerana banjir.

11.30am – Sehingga jam 11 pagi tadi, peratusan pengundian meningkat kepada 38.66 peratus atau 5,703 pengundi keluar mengundi.

11.15am – Calon PAS Normala Sudirman berkata beliau berfikiran “positif” dengan peluang untuk menang.
“Proses pengundian berjalan dengan lancar. Walaupun keadaan hujan lebat, saya tengok pengundi masih bersemangat.
“Saya yakin pengundi bijak membuat pilihan, kita nanti keputusan ini dengan penuh debaran,” katanya ketika ditemui semasa mengunjungi pusat pengundian di SMK Kamarul Ariffin.

11.07am – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mengadakan sidang akhbar pada bila-bila masa di Kompeks Pendidikan Labis di Bandar Labis Tengah.

11.05am – Di pusat pengundian di SMK Tenang Stesen, pengundi terpaksa mengharung jalan yang dinaiki air sebelum melalui jalan menuju ke pusat tersebut untuk mengundi.

11.00am – Walaupun hujan lebih di Tenang dan setengah kawasan sudah banjir. sehingga jam 10 pagi ini, 24.34 peratus atau 3,591 pemilih atau satu perempat daripada pengundi sudah keluar mengundi. Hujan lebat turn sejak malam tadi.

10.52am – Ekoran hujan lebat, beberapa kawasan di sekitar dewan pelbagai-guna Kampung Paya Merah dinaiki air. Sepanjang 50 meter Jalan Segamat ditenggelami air sedalam setengah kaki.

10.45am – Di SMK Kamarul Ariffin, pengundi berpayung ke pusat pengundian. Sebahagian besar penduduk di kawasan sekitarnya adalah terdiri daripada masyarakat Cina.

10.35am–  Pintu masuk ke pusat pengundian di SK LKTP Tenang sesak seperti pasar dengan kedua-dua anggota Puteri Umno dan pekerja PAS mengiringi pengundi keluar dari kereta untuk ke pusat tersebut.

10.05am –  Di pusat pengundian di SMK Kamarul Ariffin, proses pengundian berjalan tenang tanpa sebarang kekecohan.

9.40am – Menurut seorang pekerja parti DAP Lim Swee Kuan dalam laman Twitter, peratusan keluar mengundi sehingga jam 9 pagi sebanyak 10.06 peratus atau 1,576 orang.

9.30am – Keadaan mula meriah dengan laungan takbir dan “Hidup BN” kira-kira 100 penyokong bersilih ganti di di SK Pekan Air Panas, Pekan Ayer Panas. Hujan terus terus mencurah-curah, dijangka naik ke paras kaki tidak berapa lama lagi.

9.25am – Jabatan Bomba dan Penyelamat kini bersedia dengan bot untuk menghadapi kemungkinan banjir teruk.

8.55am – Calon PAS Normala Sudirman tiba di pusat pengundian SK Kampung Tenang, Kampung Redong.

8.40am – Beberapa petugas SPR menurunkan bendera dan poster – yang gantung sepanjang jalan menuju ke pusat pengundian- kerana berada kawasan pengundian.

8.15am – Hujan menyebabkan air naik di Kampung Redong. Jika berterusan, kawasan tersebut akan dilimpahi banjir.

Di Kampung Paya, SPR mula melarang payung dibawa ke tempat membuang undi.

8.02am – Kelihatan BN dan PAS masing-masing membuka pondok panas mereka sendiri di sekitar pusat mengundi walaupun dilarang oleh Suruhjaya Pilihan Raya (SPR).

8.00am – Peti undi dibuka.

Sumber sepenuhnya dari Malaysiakini.com, untuk maklumat lanjut sila layari Malaysiakini.com

– akan di kemaskini dari masa kesemasa

About yanmie 2603 Articles
Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

10 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.




CommentLuv badge