Keadaan Rakyat Malaysia di Mesir

Salam semua, nak menitik air mata pagi nie melihatkan keadaan pelajar dan rakyat malaysia di Mesir, doa mudahan mereka semua berada dalam keadaan selamat, di sini Yan kongsikan dari sahabat blogger kita @DyyaDizarch yang mana beliau ingin meminta tolong pada kita untuk menarik perhatian pihak kerajaan Malaysia tentang seriusnya pergolakan yang berlaku di mesir.

mesir

Menerusi interasi twitter kami pagi tadi, @DyyaDizarch mengatakan masih belum ada sebarang tindakan, keadaan semakin meruncing, bekalan api di putuskan.
.

.

[Update : 04.02.2011] Kumpulan Pertama 356 Pelajar Malaysia Di Mesir Selamat Tiba Di Jeddah

JEDDAH: Kumpulan pertama pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir berjaya dibawa keluar dari Kaherah pada pukul 3 petang semalam waktu tempatan (9 malam waktu Malaysia) dan selamat tiba di sini.

Kumpulan itu yang terdiri daripada 356 orang pelajar termasuk seorang bayi, berjaya dibawa keluar menerusi pesawat Boeing 747 milik Malaysia Airlines (MAS).

Naib Pengerusi Eksekutif Hubungan Luar MAS Kapten Datuk Mohd Nawawi Awang berkata MAS menggunakan pesawat itu bagi memaksimumkan jumlah pelajar dan rakyat Malaysia untuk dibawa keluar dari Kaherah ke Jeddah.

“Pesawat ini mampu ulang alik sebanyak tiga kali dalam sehari. Pun begitu, hari pertama kita tidaklah terlalu sukar (untuk mendarat di Kaherah) dan semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang,” katanya kepada pemberita di sini, pada Jumaat.

Sementara itu, suasana ceria jelas terpancar di wajah pelajar-pelajar yang berjaya dibawa keluar dari Kaherah.

Ada antara mereka yang menangis, tertawa dan ada juga yang sibuk dengan telefon bimbit masing-masing menghubungi ibu bapa untuk memaklumkan keadaan terkini mereka.

Haslisah Khalil, 19, pelajar ijazah jurusan perubatan di Universiti Ainshams berkata, beliau bersyukur di atas keprihatinan kerajaan Malaysia yang mengambil inisiatif membawa mereka pulang.

“Gembiralah…sebab keadaan amat menakutkan saya walaupun telah diberikan perintah berkurung oleh pengurusan Rumah Negeri Selangor. Kami hanya boleh keluar selepas pukul 1 tengah hari. Itu pun dengan secepat mungkin.

“Perintah berkurung yang dikenakan ke atas kami bermula pukul 8 pagi hingga 1 tengah hari. Waktu itu kami manfaatkan membeli barangan asas seperti roti dan gula. Waktu itu juga, kami terpaksa berebut-rebut dengan wanita Arab,” katanya yang kini berada di tahun satu jurusan tersebut.

Mohd Shauqi Ismail, 26, yang berasal dari Melaka berkata tindakan kerajaan membantu warganya dalam kesusahan termasuk di luar negara membuktikan bahawa kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak prihatin dan bertanggungjawab.

“Saya rasa bersyukur dan gembira hari ini. Sama ada bantuan tiba menerusi kapal terbang ke, kapal ke, apa yang penting ialah keselamatan kita. Jadi kita tak kira apa pun yang datang selamatkan kita,” katanya.

Pelajar tahun satu jurusan Syariah Islamiah, Universiti Al-Azhar itu turut ditemani isteri yang juga menuntut di univerisiti itu dan anaknya berusia dua tahun.

Kesemua pelajar tersebut kini ditempatkan sementara di asrama Tabung Haji di sini.

Pemindahan pelajar selain mengunakan pesawat milik MAS, ia juga turut mendapat kerjasama AirAsia, Tentera Udara Diraja Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia.

Pada masa ini dianggarkan terdapat 14,000 pelajar Malaysia di Mesir yang berdaftar dengan Kedutaan Malaysia di sana.

Sejak 28 Jan lepas, beberapa demonstrasi jalanan dilaporkan berlaku di bandar-bandar besar Mesir termasuk di Kaherah, Dumyat, Suez, Tanta, Iskandariah dan Mansura bagi mendesak Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan. – BERNAMA

Updated (02.02.11) 12.08 Tengahari

Tiga Pesawat TUDM Akan Berlepas Ke Mesir 12 Tengah Hari Ini

KUALA LUMPUR: Tiga pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dijadual berlepas ke Mesir tengah hari ini bagi membawa pulang rakyat Malaysia yang berda di negara itu.

Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata, pesawat tersebut akan turut membawa bekalan makanan bersama mereka.

“Pukul 12 ini tiga pesawat milik TUDM akan berlepas dari Kuala Lumpur. Macam-macam makanan mereka akan bawa sekali dalam pesawat tersebut seperti beras, sardin, minyak masak, rempah kari, tepung, dan lain-lain lagi,” kataya ketika dihubungi Bernama.

Katanya, kerajaan juga berusaha mendapatkan visa sementara khas daripada kerajaan Arab Saudi bagi membolehkan pelajar yang berada di Mesir dipindahkan ke Jeddah sebelum dibawa pulang.

“…sebab kita nak keluarkan pelajar kita ramai sangat. Jadi kita nak bawa mereka ini ke Jeddah dulu,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan memutuskan untuk membawa keluar pelajar-pelajar Malaysia dari Mesir menerusi jalan laut dan udara berikutan pergolakan di negara itu yang semakin meruncing.

Perdana Menteri berkata, keputusan itu dibuat setelah mendapat laporan daripada delegasi Malaysia ke sana yang diketuai Timbalan Menteri Luar, A.Kohilan Pillay dan turut disertai Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Sahlan Ismail.

Dilaporkan terdapat kira-kira 11,000 rakyat Malaysia di negara itu dan daripada jumlah tersebut 7,000 adalah pelajar. – BERNAMA

Updated  (02.02.11) -9.00 Pagi

Pelajar Malaysia di Mansurah Sedia untuk pulang

PETALING JAYA: Pelajar Malaysia di Universiti Mansurah, Mesir dilaporkan berada dalam keadaan selamat dan sebahagian daripada mereka kini berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah untuk pulang ke tanah air.

Difahamkan lebih daripada 15 pelajar Kuliah Perubatan universiti itu kini sedang bergerak dari bandar Mansurah menuju ke lapangan terbang antarabangsa berkenaan secara berkumpulan.

Menurut wakil persatuan pelajar Perubatan Cawangan Mansurah (PCM), Muhammad Azrul Azizi Amir Hamdan, tindakan meninggalkan negara yang kini sedang bergolak itu adalah inisiatif kumpulan pelajar berkenaan.

“Kumpulan terbabit mengambil langkah sendiri untuk pulang dan ada sebahagian daripada mereka sudah membeli tiket pulang ke Malaysia beberapa bulan lebih awal,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Selasa.

Muhammad Azrul Azizi, pelajar tahun tiga universiti selamat pulang ke Malaysia Ahad lalu.

Beliau kini mengendalikan laman blog krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com bagi mengumpul maklumat mengenai perkembangan terkini pelajar Malaysia di Mesir serta menjejaki kumpulan pelajar yang sudah selamat sampai ke tanah air.

Bagaimanapun menurut Muhammad Azrul Azizi, beliau dimaklumkan oleh rakannya yang berada di lapangan terbang tersebut, bagi pelajar yang mempunyai tiket penerbangan Egypt Air, tiada jaminan bahawa pesawat berkenaan akan terbang ke Kuala Lumpur.

“Tiada jaminan kerana sebelum ini Egypt Air sudah beberapa kali menangguhkan penerbangan dan ada juga penerbangan yang dibatalkan,” katanya.

Tambah Muhammad Azrul Azizi, terdapat juga beberapa pelajar yang kini sudah menaiki pesawat Gulf Air dan bersedia untuk terbang ke Kuala Lumpur.

Keadaan di Mesir kucar-kacir berikutan suasana politik yang tidak menentu di negara itu akibat demonstrasi jalanan mendesak Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan.

Sejak Selasa minggu lalu, beberapa demonstrasi jalanan berlaku di bandar-bandar besar Mesir termasuk di Kaherah, Dumyat, Suez, Tanta, Iskandariah dan Mansurah.

Daripada 11,319 pelajar Malaysia di negara itu, 6,135 sedang mengikuti jurusan pengajian Islam dan selebihnya dalam bidang perubatan.

************************************************************

Rujuk entry dari @DyyaDizarch dari laman blognya:-

SAYA NURUL NADIA, SALAH SEORANG PELAJAR PERUBATAN DI MESIR, MEMOHON JASA BAIK RAKAN-RAKAN BLOGGERS DAN PEMBACA DI LUAR SANA UNTUK MENYOKONG KAMI MENDAPATKAN PERHATIAN DARIPADA KERAJAAN MALAYSIA TENTANG SERIUSNYA PERGOLAKAN YANG BERLAKU DI MESIR.

PARA PELAJAR DAN RAKYAT MALAYSIA YANG BERADA DI MESIR KINI BERADA DI DALAM KEADAAN YANG SANGAT BAHAYA. KEPERLUAN MAKANAN SEMAKIN BERKURANGAN, DAN KESELAMATAN MEREKA TERANCAM SETIAP DETIK. PELBAGAI INSIDEN BURUK TELAH BERLAKU. BILA LAGI KITA MAHU BERTINDAK? FIKIRKANLAH PERASAAN AHLI KELUARGA MEREKA. ALL OF US ARE THE ASSETS OF OUR OWN COUNTRY.

SAVE THEM. PRAY FOR THEIR SAFETY. HELP US TO MAKE THE OTHER MALAYSIANS REALIZE THE ACTUAL FACT.TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBANTU.

.

Berikut update dari http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/

.

ok.. yg kat comment tu update dri kwn pompuan.. wallat die kene curi.. hilang 1000.. n die yg ckp airport kat alex dh kene bakar…

ni update dri adik sy..

keaddan amkin teruk.. polis kat alex sume dh xde.. n mmg xde rulez…

post balai polis sume dh kene bakar.. n senjata sume org awam dh curi…n banduan sume dh kene lepas… pg td adik tetibe call.. suruh call balik.. emergency… die ckp internet sume dh down.. msg pn xboleh… n time tu battery die low… suruh die charge.. worse.. die ckp xleh charge sbb power xde… skarg xsure la ade ke xde…tp klu xde.. it’s a big problem… sbb satu2 cara nak contact diorg ialah call.. klu phone xde battery n xleh charge or no kredit so dh x boleh call.. n gov egypt plan nak cut bekalan air.. tp sampai skarg boleh pki lg.. xtau bile diorg nak cut..

so driorg idup dlm kegelapan…

then ATM sume xleh pki.. kedai sume xleh ttp… n ni satu masalah.. ssh diorg nak balik.. airport terdekat kat alex dh kene bakar.. thne xde duit sbb atm sume down… n brg adik cakap harga sume melambung… of course bg sy at-salat mengambik lesempatan.. call 5 saan utk 4 5 genih tu sangat melampau… xsampai seminit pn.. n harga top up pn mahal skarg.. taxi even worst.. super mahal gle…

makanan dh kurang.. n duit xleh kuar n harga melambung..

n ade call ustaz hakim siang td… die ckp pelajar ikut peraturan jgn kuar umah time darurat.. n difahamkan tikme darurat which is lepas pukul 4.. sume umh kene ttp lampu..

ok skarg nie.. bg sy malsalah utama kat alex ialah communication down… info x sampai dgn cepat.. x mcm mansourah.. where student idup dlm satu komuniti.. but in alex umah sume jauh2.. umah adik sy yg GMN bg tu sngt2 jauh.. n diorg tu je umah melayu.. yg lain arab.. n i bet ade rmi lg student umah jauh2 terpencil mcm tu.. where xde org malayu lain..

so td call kwn kat mansoura.. difaham kan.. kat alex.. sume student kene kumpul kat block mara… ade 3 block mara disediakan.. sume kene kumpul sne… ni arahan nie difahamkan dh lame 1 2 hari lps… n mslh skarg.. what the hell adik sy n housemate die ddh kat umh lg…. bkn spatutnyer sume kumpat kat bangunan mara ke.. ni nampak sngt ade student2 lain yg xtau diorg kene kumpul.. so ble kerajaan nak anta student2 nie balik.. tkt pelajar yg xtau nie tertinggal…. sy harap abg azizi dpt bg tau kat blocg.. sesiapa yg boleh contact pelajar alex.. sila bg tau utk kumpul kat bangunan mara secepat mungkin.. call ustaz hakim…

n tindakan kat mansoura.. ni kwn bg tau.. sy tny ape pcm wat..

diorg ckp.. setiap lorong syarik ade dorg laki jage.. klu de pepe bg sila call lelaki yg menjaga lorong terbabit. sume x sure siapa jg lorong siapa n no diorg…

kat alex langah keselamatan ialah bangunan mara.. n mansoura no phone setiap org jg lorong.. n cairo sy xde pepe update..

.

Ada juga terbaca di facebook http://www.facebook.com/pages/Selamatkan-pelajar-dan-rakyat-Malaysia-di-Mesir/185618624791964 mereka inginkan bantuan dari kita untuk menarik perhatian kerajaan Malaysia tentang gambaran sebenarnya keadaan di sana, dan ada jugak terbaca update dari mereka, mengatakan ada pelajar dari malayasia yang dah kena rogol, OMG!!! kerajaan Malaysia kena bertindak secepatnya!!

Sama-samalah kita berdoa untuk pelajar dan rakyat malaysia yang berada di sana, mudahan mereka di lindungi oleh-NYA, AMIN YA RABBAL ALAMIN.


Sumber http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/2011/01/pengumuman.html

.

pengumuman
Dengan Nama Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

assalamualaikum..
kepada saudara saudari yang prihatin dengan nasib rakyat kita di sana..

kita semua sekarang sedang berusaha mewujudkan hubungn yang baik dengan kerajaan, kita memandang bahawa hanya kerajaan yang mempunyai sepenuh kuasa untuk menyelamatkan pelajar kita di sana, kerana sekiranya hanya atas dasar kapasiti atau individu semata, kita tak mampu buat apa-apa untuk selamatkan rakyat kita di sana.

sehubungan dengan itu, kami bagi pihak “bridge” memohon kepada semua yang prihatin terhadap rakyat kita di mesir agar tidak bertindak secara emosi yang keterlaluan sehingga memaki hamun dan membangkang sehabisnya kerajaan kita.

kita tetap bersama kerajaan untuk membantu rakyat kita di sana. jadi harap semua yang perihatin agar bersabar. tugas kita disini memuhasabah dan memaklumkan kepada kerajaan dan rakyat akan keadaan sebenar yang berlaku di mesir terhadap rakyat kita.

kami sudah ada wakil yang sukarela berurusan di wisma putra, dan juga wakil yg ikhlas untuk menghubungi Perdana Menteri secara peribadi. sama-sama kita berterusan berusaha untuk memastikan SEMUA rakyat kita selamat keluar dari mesir dan sampai ke tanah air.

apapun, kita bersangka baik dengan semua pihak. Islam melarang kita bersangka buruk kerana itu akan menyebabkan dosa.

kami pun amat khuatir akan apa yang berlaku, dan team “bridge” sendiri dari pihak lelaki bersedia untuk pulang semula ke mesir bagi membantu proses evakuasi (evacuation) di sana.

terus berusaha, berdoa !

.Free Mcbook dan Nokia N8

Nota Yanmie : Bagaimana agaknya keadaan Zida di Cairo ye?? last dapat udapte darinya 27hb

You may also like

42 Comments

  1. semoga semua rakyat malaysia selamat sampai ke malaysia.dengar kata ada yang tak nak balik.kata dorang, belajar nak kat sana bila negara mesir da masalah orang tinggalkan.dorang tak nak jadi camtu.macam-macam dorang ni
    slimdiet2 recently posted..Cabutan bertuahMy Profile

  2. terasa nak komen. nampaknya berita pun kadang2 tak btul. hisshh mana ada nama budak tu haslisah. nama dia khaliesah khalil. kawan zida tu. hoohhoho

  3. saya nak tahu la.. mcm mane keadaan di sana sekarang?? adakah anak2 di university al-azhar di bawa pulang?? abg saya di sana…

  4. alhamdulillah bantuan dari malaysia telah sampai ke mesir….kami sekeluarga amat risau tentang keadaan adik kami yang berada di kaherah (study at university of cairo)….hope mereka akan sampai ke jeddah dan seterusnya ke tanah air dengan selamat…..aminnnn….insyaallah…..

  5. terima kasih kpd bloger kerana bg maklumat..sy risaukan spupu sy yg belajar perubatan di TINTA..semoga beliau selamat..entah bagaimana keadaannya skrg..ya,allah permudahkanlah jalan untuk pihak kerajaan bawa pulang rakyat kita dan sepupu sy.amin..sama2 kita doakan

  6. bersangka baik la.dan terus kan
    berdoa kepada Allah.jangan sesekali
    berputus-asa.

    Ya Allah selamatkan mereka semua.
    kasihani la mereka.jangan biar kan
    mereka menderita Di Mesir.
    sesunggunya Engkau lebih tahu
    apa yang terjadi di sana.hanya
    kepada Engkau kami meminta pertolongan.
    redakan keadaan di Mesir tu.tunjuk kan Kekuasaan-Mu
    Allah.

    Amin……………….
    Ali ridha recently posted..Selamat Tahun Baru Cina 2011 dari Najib RazakMy Profile

  7. Salam, risaunya. Ayu pun ada adik ngan sepupu kat sana. Baca entry yan ni, terus call diorang. Dpt gak ckp ngan sepupu kt alex. Adik kat Cairo, xdpt call,tp epupu dh call dia. Tapi syukurlah, diorg tak apa2, setakat ni berkurung dlm rumah je. Tuan rumah pun ok, kawasan rumah diorg ada org yg jaga. Lilin dh beli siap2. Ya Allah, moga diorang selamat. Amin

  8. Makin parah keadaan huru-hara di Mesir. Tindakan segera perlu dilaksanakan oleh duta Malaysia di Mesir untuk mengumpulkan dan memberi perlindungan kepada warga Malaysia disana 🙁

  9. As-salam.

    Kami sekeluarga juga risau dengan keadaan di sana. Tambahan pula, adik perempuan saya sedang belajar di Iskandariah.

    Semoga semuanya selamat. i’Allah. Ameen.

    Terima kasih kerana artikel ini.

  10. sepupu sy pun bljr kat sana.22 jan lps dia blik m’sia sbb winter break.time tu krisis blum jadi lg kan?so skrg ni rasa lucky sgt sbb dia mmg ada kat sini.tak tau nanti blik msk sem 4,perlu d’delay kan blik atau x.klu keadaan x reda lg,tpaksa blik delay.kesian tgk student kat sana.gomen ni nak tunggu smp bila baru nak amek tindakan!!
    wanie n’nJ recently posted..-krisis di Mesirapa khabar sepupu aku-My Profile

  11. ada kemungkinan y kerajaan dah amik tindakan nak bawak balik..just tpm cakap cmtu sebab xmau family student kat msia panik kot..and it will take time to bring all the student back home…so dats y tpm ckp camtu…kot

      1. Ya Allah…kau peliharakanlah rakyat malaysia yang berada di mesir….semoga mereka dilindungi olehNya….
        Kepada pegawai2 YITR yang berada di mesir…banyak2 berdoa& bersabar agar dipermudahkan segala urusan. Sesungguhnya Allah tetap bersama hambaNya yang bersabar.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge