#maxis10 : HTC Sense

by yanmie on December 21, 2010

Salam semua, hari nie nak cerita pasal HTC Sense, untuk pengetahuan korang, Smartphones  HTC Desire Z ini di datangkan sekali dengan HTC Sense yang mana ianya berfungsi pada Androind phone sahaja, sangat menarik! yang mana ianya jugak antara punca keterujaan Yan kepada HTC Desire Z ini :)

htc desire z

Banyak yang menariknya dengan HTC Sense ini, satu pengalaman yang sangat menyeronokkan yang tak pernah Yan rasakan sebelum ini

Mari Yan ceritakan apa menariknya tentang Android™ 2.2 (Froyo) with HTC Sense™

1. Bila Smartphone HTC Desire Z berdering

polite ringer

Pernah tak korang rasa terari-cari dan teraba-raba phone yang berdering saat korang ada mesyuarat ke ataupun pertemuaan yang semestinya nak kan privacy? nah dengan HT Desire Z ini tak perlu risau, bila phone tersebut berbunyi cuma terbalikkan sahaja, automatik ke mood silent, menarik bukan? Yan dah cuba dah banyak kali, memang menyeronokkan…ehehhee so takperlu nak setting-setting profile :)

.

2. Tidak Ada lagi Miss Call

ring in bag

Yes betul dengan HTC Sense ini tidak ada lagi miss call sebabnya bunyi deringan yang agak kuat walaupun phone tersebut berada di dalam beg, dah test dah!! i like!!

.

3. Panggilan Telefon

calling

ketika korang tengok siapa yang sedang menelefon, korang jugak boleh melihat update terbaru pemanggil tersebut melalui status di laman sosial. Contoh macam gambar di atas, status pemanggil adalah “Birthday Today”, jadi korang boleh wish jugak “Happy Birthday!”, Perbualan bermula selepas korang menjawab panggilan tersebut :)

.

4. Berhubung dengan rakan-rakan

keep in touch with friendsHanya dengan menekan nama rakan, korang akan mendapat semua butiran rakan bersama-sama dengan update Facebook, gambar, email, mesej teks dan butiran kenalan. korang tak perlu masuk dan keluar dari aplikasi yang berbeza. menarik bukan?

.

5. Friend Stream

friendstreamWohooo bab nie memang Yan suka sangat!, boleh pulak tengok live stream terbaru dari rakan-rakan yang lain sama ada melalui Twitter, Facebook, Flickr semuanya ada di paparan Friend Stream. Dengan ini jugak sangat mudah untuk mengemaskini status terkini hanya dengan live update, menarik bukan?

.

6. Mudah membaca dan Browsing

zoom

Ini yang menariknya, hanya dengan menggerakkan jari gaya buka tutup sahaja untuk zoom di phone tersebut., kalau rajin nanti Yan rekodkan video, nantikan yea :)

.

7. Lebih NewTab untuk browser

web pagesYes sangat mudah untuk melayari internet, boleh buka banyak Tab, uma slide ke tepi aje…hik2…best!

.

8. Incoming Call / panggilan masuk

incoming call

Yeah ini yang best, masih boleh gunakan navigasi di saat incoming call masuk, kebiasaannya pada phone lain, peta akan hilang dan panggilan tersebut  akan mengambil alih, ianya membuat navigation tak berguna, dan buang masa. Tapi dengan HTC Sense, ketika ada panggilan masuk, korang masih boleh melihat peta yang lengkap. memang menarik!!!

.

9. Maps / Peta

zero wait

Wohooo ini satu benda baru bagi Yan, yelah phone sebelum nie takde benda-benda nie semua, sekarang nie (2minggu) kalau pergi mana-mana boleh guna, lebih-lebih lagi baru dapat lesen, bab jalan tak berapa mahir lagi, dan dah test dah maps nie…memang menarik, zoom yang pantas tanpa menunggu banyak masa, pendek kata zero minit, teruja tak?? hehee

.

10. Timezone Updated

timezone updated

Yang nie pastinya menarik minat semua reviewers, pertama kali pegang smartphone HTC Desire Z ini, paparan skrin untuk HTC adalah widget weather atas tu, best sangat, macam sekarang nie musim hujan kan, nanti kat skrin tu ada display hujan menitik-nitik..cantik tau!! dan ianya jugak timezone yang updated, pergi mana-mana dia terus update mood cuaca tu, contoh macam nak travel ke, korang boleh tau keadaan cuaca sebelum mengambil keputusan nak pergi mana-mana. menarik!!

.

11. Wifi – Hotspot

wifi hotspot

Kat rumah nie memang Yan guna wifi, laju dowh!!! lebih laju dari laptop :), dengan wifi hotspot nie jugak boleh online dimana-mana sahaja :)

.

12. Phone Search

Sense gives you peace of mind

Ini yang paling menarik sekali dengan HTC Sense, tak perlu risau kalau phone tersebut hilang ataupun di curi, korang boleh menyemak di mana lokasi phone tersebut, Anda juga boleh menyemak lokasi pada peta, dan kemudian mengunci dan memadam data sensitif, tapi minta-mintalah tak hilang kan…ehhee

.

13. Remote Lock

htc desire z remote lock

Remote Lock nie pun best, kalau phone tertinggal kat rumah, then memerlukan korang nak buat panggilan dari phone tersebut jangan risau!, korang boleh buat panggilan dari phone tersebut melalui htcsense.com, menarik kan :)

untuk keterangan lanjut klik HTC Sense.com dan HTC.com

Oklah setakat ini sahaja, later Yan sambung dengan review yang lain pulak ye, sekiranya ada pertanyaan bolehlah di kemukakan di ruangan komen ini.

Nota Yanmie : Teruja tak??

Artikel Berkaitan:

{ 39 comments… read them below or add one }

suarapeople January 1, 2011 at 7:29 am

perghhhh yeruja gile kak!,bukan teruja sgt sal htc ni..tp teruja cara kak yan review tuh..fulamakkk..cun ah
suarapeople recently posted..Rambut Afro Terbaik Dan Selamat Tahun Baru 2011My Profile

Reply

Ikhwan Pauzi December 30, 2010 at 3:21 pm

ikhwan terpikat.. ! auww!
Ikhwan Pauzi recently posted..The Season Of The Witch Is HereMy Profile

Reply

suarapeople January 1, 2011 at 7:29 am

@Ikhwan Pauzi, hahha aw aw
suarapeople recently posted..Rambut Afro Terbaik Dan Selamat Tahun Baru 2011My Profile

Reply

zuriey December 23, 2010 at 11:25 am

great!..bestnya smartphone ni
zuriey recently posted..Punca nahas Simpang Pulai-Cameron HighlandsMy Profile

Reply

RedBoys December 22, 2010 at 9:29 pm

sgt teruja. menarik sggh hp ni.
RedBoys recently posted..Pelancaran Blog BaruMy Profile

Reply

eyriqazz December 22, 2010 at 10:26 am

Menarik..kena consider HTC ni utk wifey ni,selalu je call phone dlm handbag, alasan tak dengar…plus comel la kak yan buat kartun2 tu..bila mahu ajar?hik3…
eyriqazz recently posted..Tips Blogging SEO Oh SEOMy Profile

Reply

yanmie December 22, 2010 at 11:39 am

@eyriqazz, gambar tu bkn kyan yg buat…hahhaaa tu amik dr site HTC :) )
yanmie recently posted..maxis10 – Mengesan kelajuan HTC Desire ZMy Profile

Reply

RedBoys December 22, 2010 at 9:28 pm

@yanmie, oh. ingatkan kakyan buat. hehe. comel gmbr tu.
RedBoys recently posted..Pelancaran Blog BaruMy Profile

Reply

suarapeople January 5, 2011 at 7:57 pm

@RedBoys, gmbr pun da cantik gler kn
suarapeople recently posted..Penjelasan Karam Singh Walia terhadap video panasnyaMy Profile

Reply

Nurul December 21, 2010 at 5:34 pm

Wow !! hebat….
sy baru je jumpa URL you nie…I agree with Yanmie..tutorial menarik
Nurul recently posted..Anda suka atau tak kerja anda sekarang My Profile

Reply

yanmie December 22, 2010 at 3:27 pm
Nur December 21, 2010 at 4:04 pm

Wah sangat menarik entri kali ni.. siap ada icon2 tu..
p/s : Nak request Kak Yan buat satu tutorial utk buat entri menarik macam ni la.. Boleh ke?
Nur recently posted..Saya Nak Join Segmen Review Blog Bersama Cik TomMy Profile

Reply

yanmie December 21, 2010 at 4:14 pm

@Nur, makasih Nur, tutorial entry menarik? macam mana tu nur?, entry nie biasa2 je…ehehee
yanmie recently posted..maxis10 – HTC SenseMy Profile

Reply

Nur December 21, 2010 at 8:17 pm

@yanmie, Maksud Nur nak buat animation yg bergerak dlm entri ni.. Boleh tak kak? TQ
Nur recently posted..Saya Nak Join Segmen Review Blog Bersama Cik TomMy Profile

Reply

yanmie December 22, 2010 at 11:39 am

@Nur, tu gmbr dr site rasmi HTC…hehhee manalah reti buat tu semua :) )
yanmie recently posted..maxis10 – Mengesan kelajuan HTC Desire ZMy Profile

Reply

cikmin December 21, 2010 at 3:58 pm

perghh..best layan… :P

Reply

yanmie December 21, 2010 at 4:03 pm

@cikmin, layannnnn….
yanmie recently posted..maxis10 – A Day in the life of the HTC Desire ZMy Profile

Reply

amad December 21, 2010 at 3:57 pm

hamboi2..best jugak sense ni. i guna tattoo.tp biase2 je.android mmg semakin hari makin hangat! tp kan kalo terbalikkan secara xsengaja time org col nnt xterangkt pulak col org tu.naya2..

Reply

yanmie December 21, 2010 at 4:02 pm

@amad, kalau tak sengaja terbalikkan phone tu xde masalah sbb call tu x putus pun, cuma dia silent je..no problem :P
yanmie recently posted..maxis10 – A Day in the life of the HTC Desire ZMy Profile

Reply

Azam December 21, 2010 at 3:28 pm

selamat datang ke keluarga android…. weee

Reply

yanmie December 21, 2010 at 3:33 pm

@Azam, makasih :) Android memang best!! terus jatuh hati dgn Android :)
yanmie recently posted..maxis10 – A Day in the life of the HTC Desire ZMy Profile

Reply

jard December 21, 2010 at 3:13 pm

camna kak leh dpt gmbr2 camtuh ek? hehehe.. cun!
jard recently posted..HTC Desire Z – Bhgn 1- Sekilas PandangMy Profile

Reply

yanmie December 21, 2010 at 3:32 pm

@jard, amik kt site HTC :)

Reply

Izwan December 21, 2010 at 3:04 pm

amat tertarik dengan gambar2 ni.. akak buat sendiri atau memang maxis provide ?
then lagi satu yang part misscall tu, kalau hp ni kat dalam beg dan dalam keadaan terbalik..jadi silent.. dengar gak ke org call?
Izwan recently posted..Berita Sukan TerkiniMy Profile

Reply

yanmie December 21, 2010 at 3:32 pm

@Izwan, gmbr tu kena pndai cari…ekeke, taklah gmbr tu amik kt site rasmi htc :)

ok pasal yg all tu ye, klu phone tu masa call dlm keadaan terbalik dia bunyi mcm biasa, tp bila angkat dia silent, sama je siatuasinya cuma terbalikkan je…ehehe

Reply

yanmie December 21, 2010 at 3:02 pm
NoktahHitam December 21, 2010 at 2:46 pm

Huishh… hebat sgt ni. Tapi battery cepat gilo kong!
NoktahHitam recently posted..Maxis10- Pisang Goreng Time HujanMy Profile

Reply

yanmie December 21, 2010 at 3:30 pm

@NoktahHitam, ha’ah bateri cpt kong..uhuk, klu travel mana xleh main sgt…ehehee, kena cari camne cara jimatkan bateri tu

Reply

suarapeople January 1, 2011 at 7:30 am

@yanmie, owhhh gtu plak ek
suarapeople recently posted..Rambut Afro Terbaik Dan Selamat Tahun Baru 2011My Profile

Reply

lAl December 21, 2010 at 2:30 pm

pergh..walaupun brand dia mcm xpenah dengaq..tapi agak sempoi la..aha
lAl recently posted..Apa kata aku tentang MLMMy Profile

Reply

yanmie December 21, 2010 at 3:30 pm

@lAl, HTC semakin mendapat tempat di hati pelanggan :)

Reply

lAl December 21, 2010 at 4:04 pm

tambah plak akak yg wat review..ahahaha

@yanmie,
lAl recently posted..Apa kata aku tentang MLMMy Profile

Reply

yanmie December 21, 2010 at 4:11 pm

@lAl, hahahaa apa kena mengena dgn akak yg review?? wakaka… :) )
yanmie recently posted..maxis10 – HTC SenseMy Profile

Reply

lAl December 21, 2010 at 4:25 pm

makin laris la jawabnya…ahahahaha@yanmie,
lAl recently posted..Apa kata aku tentang MLMMy Profile

Reply

mijie December 21, 2010 at 1:57 pm

sangat menarik sekali, memang teruja dan banyak yang boleh di buat dgn phone ni
mijie recently posted..Sitelinks dari Google adakah satu misteriMy Profile

Reply

yanmie December 21, 2010 at 2:06 pm

@mijie, ha’ah betul tu..nie pun x abis godek lagi :)
yanmie recently posted..maxis10 – HTC SenseMy Profile

Reply

Merpati Putih December 21, 2010 at 6:22 am

#maxis10 : HTC Sense http://bit.ly/fuJFPh (via @yanmie)

Reply

Lal Azmi December 21, 2010 at 6:19 am

RT @yanmie: Blog Updated : #maxis10 : HTC Sense http://bit.ly/flRwB3

Reply

yanmie December 21, 2010 at 5:54 am

Blog Updated : #maxis10 : HTC Sense http://bit.ly/flRwB3

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: