Live Blog #maxis10 : Dual keyboard – type or touch?

Salam semua, seperti yang korang sedia maklum, HTC Desire Z ini mempunya Dual keyboard sama ada korang nak taip (type) atau sentuh (touch) sahaja, sangat simple dan mudah sangat nak gunakannya dengan QWERTY keyboard, kepantasan menaip pun laju berbanding keybord phone biasa.

htc desire z

Bagi Yan sendiri, Yan lebih suka untuk touch sahaja, ini kerana kepantasan menaip menggunakan touch sangat boleh di banggakan berbanding dengan menaip di keyboard, terasa amat kekok sekali untuk menaip di keyboardnya, maklum sajelah keyboardnya kecik comel je, yelah dah namapun smartphone kan, kalau nak besar harus online di laptop aje, tapi suka sangat dengan touch!!!, senang sangat nak handle 🙂

type or touch

Punyalah suka dengan fungsi touch nie, sampai anak-anak pun terpengaruh dengan ibu diorang, nak touch kat HTC Desire Z ni tak boleh so diorang touch kat skrin TV, wakakaka kelakar sangat, Aiman tekan menu lepas tu touch ler macam konon tengah touch kat phone nie, dah tu siap cari menu macam mana nak touch, dan alik-alih bahasa tv tu pun dah tertukar, ntah bahasa apalah yang dia tekan tu, xfaham! sampai sekarang menu kat TV tu masih menggunakan bahasa tersebut…hahahhaa

See…betapa kuatnya penangan HTC Desire Z ini :), oh ye nak baca Review kawan-kawan yang lain masuk je ke FB Maxis10

Oh ye, entry nie adalah entry live blog, syukur dengan kemahiran yang ada sikit untuk mengingat coding makanya entry ini kelihatan begitu sempurna kerana tulisannya yang boleh di center dan justifykan :), so takda masalah untuk live blog dengan HTC Desire Z ini dan ianya di sokong dengan WordPress for Android, bagi Yan ianya sangat sempurna :), terus bertambah jatuh hati dengan HTC Desire Z Android Smartphones :), tak perlu laptop boleh jugak boleh taip entry panjang-panjang macam nie, maklumlah balik kampung tak bawa laptop pun sebab dah ada HTC nie 🙂

Korang rasa berapa minit Yan taip entry ini?? hehehee…

Sent Via HTC Desire Z

yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

32 thoughts on “Live Blog #maxis10 : Dual keyboard – type or touch?

    1. @RedBoys, Sekarang kebanyakan touch screen sudah semakin bagus. Dulu saya terus terang memang ada masalah mengunakan pda O2 Xda. Kemudian saya tukar kepada O2 Zinc sebab ada slide keyboard tapi jodoh kami tak lama guna Nokia MusicXpress memang best sebab touch screen memang mantop 🙂
      akubiomed recently posted..Pulang ke kampungMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge