Google Goggles di HTC Desire Z #maxis10

Salam semua, yeay nak kongsikan dengan korang satu aplikasi yang menarik di Smartphones HTC Desire Z nie, yang mana menggunakan Flatform  Android™ 2.2 (Froyo) with HTC Sense™ iaitu Aplikasi Google Goggles yang mana hanya boleh di install di Market Android. Caranya mudah sangat nak guna, cuma snap gambar menggunakan HTC Desire Z dan biarkan ianya menganalisa gambar tersebut mudah bukan?

google goggles

Teruja betul guna aplikasi Google Goggles nie, mula-mula tu blur jugak, amik masa nak faham, tapi bila dah faham habis semua benda nak di google goggles, kadang-kadang tu dapat result yang amat melucukan~LOL~, ianya bergantung pada ketepatan imej tersebut dan kalau nak snap kena elak dari pantulan cahaya sebab ianya akan memberikan keputusan yang tidak tepat.

google goggles

Jom tengok Video bawah  tentang Google Goggles nie



Tapi oklah dengan adanya Google Goggles nie memudahkan kerja-kerja nak mencari info tentang sesuatu benda sebab lepas google googles snap gambar terus di scan dan di analisis, selepas itu cuma perlu tap pada perkataan yang di temui dan ianya akan auto search, mudahkan…

Ok jom layan Yan meng-google goggles pulak…ehehee, kita mencari landmark untuk Dataran Merdeka Kuala lumpur 🙂

dataran merdeka

Snap gambar dan tunggu beberapa saat sementara google goggles menganalisa gambar tersebut.

landmark dataran merdeka

Ok bila gambar dah di analisa dan result keluar macam kat atas tu, ada 3 item semuanya iaitu Similar Image, Landmark dan jugak Text, tapi sekarang nie Yan nak cari Landmark untuk ke Dataran Merdeka so tap aje pada Landmark 🙂

landmark search

Ok result dah keluar, now kita cari macam mana cara nak ke Dataran Merdeka pulak 🙂

complete action google goggles

Klik pada maps untuk dapatkan direction ke Dataran Merdeka.

maps dataran merdeka

Taadddaaaa……dah jumpa direction untuk ke Dataran Merdeka…mudah bukan??

Google Goggles jugak boleh di gunakan pada buku & DVD, landmark, barcode & kod QR, logo, info kenalan, karya seni, perniagaan, produk, barcode, atau teks.ianya dapat mengesan sehingga 3 item dalam satu masa. Tetapi tak berapa nak berkesan pada imej haiwan, tumbuhan, perabot kereta dan pakaian.

Jom baca jugak review dari rakan-rakan #maxis10 HTC Desire Z :-

Jard – dual keyboard of HTC Desire Z

Roslan Nazri – Dual Keyboard – Type or Touch?

Noktahhitam – A Day in the Life of the HTC Desire Z

Muhammad Tarmizi – Misi mencari Bulan guna Google Sky Map HTC Desire Z

Darkbatman – Dual Keyboard l Type or Touch?

Rodger – A day in the life of the HTC Desire Z

1Earth – Google Apps on the HTC Desire Z

Joshuatly – Why Android? Why not iPhone?

Mynjayz – Maxis10 Reviewers Programme – HTC Desire Z

.

.

Nota Yanmie : Mudah kerja dengan Google Goggles 🙂

About yanmie 2603 Articles
Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

32 Comments

  1. Thank you for the auspicious writeup. It in truth was a
    entertainment account it. Look advanced to far brought agreeable
    from you! By the way, how can we communicate?
    domain recently posted..domainMy Profile

  2. I had a desire to start my own organization, nevertheless I didn’t have enough amount of money to do that. Thank heaven my friend suggested to use the loan. Therefore I took the small business loan and made real my desire.

Leave a Reply

Your email address will not be published.




CommentLuv badge