Entry Terakhir HTC Desire Z #maxis10

Salam semua, Ini adalah entry terakhir untuk maxis10 reviewers, pertama kali terima kasih buat Maxis kerana memilih Yan antara salah seorang maxis10 reviewers untuk HTC Desire Z ini, teruja rasa hati masih lagi terasa dan semakin jatuh hati dengan smartphones HTC Desire Z ini di mana ianya banyak memberikan pengalaman yang manis, ye manis sebab tak pernah pegang smartphone secanggih ini…hahaha

htc desire Z

Macam biasa tak semua benda perfect, macam HTC Desire Z ini ada jugak kelemahannya, tapi setakat ini bagi Yan lebih banyak yang terbaik daripada kelemahan yang ada pada HTC Desire Z, korang boleh baca review-review Yan yang lepas di Tab menu atas atau klik sahaja terus SINI.

htc desire z

Jom chek it out rumusan akhir tentang Smartphones ini :)

Yang menarik perhatianku

1. HTC Desire Z ini di berflatformkan Android™ 2.2 (Froyo) with HTC Sense™ dah tentunya best!

2. Terlalu banyak aplikasi yang boleh di install di Market Android, ada yang free dan ada yang berbayar *I Like!!*

3. Siap boleh buat internet connection, ada wifi

4. Boleh sync dengan akaun facebook, twitter dan banyak lagi

5. Paling best boleh live blog dengan WordPress Android, sampaikan dalam bas pun Yan layan live blog klik SINI.

6. Aplikasi yang di bekalkan dalam HTC Desire Z sangat mengasyikkan dengan adanya maps segala

7. boleh layan Foursquare, serius sangat addicted lah nie dengan foursquare…hahhaa

8. punya pilihan sama ada nak touch atau taip, tapi yan pilih touch…ehehe

9. Kamera sangat memuaskan even 5mp aje, kalau di bandingkan dengan Sony Cybershoot Yan kualiti sangat jauh bezanya.

10. Camcorder yang sanagt lain dari yang lain, boleh tukar mode time record, i like! selalu kenakan anak-anak…hahahaa, tak pasal-pasal video diorang dalam mood Solarize…hahahaa takleh nk upload sini takut orang akap buli anak…wakaka :))

11. OK dah ler tu, cukuplah 10 ye…memang banyak yang menarik nie, sampai besok tak abis Yan taip..hahhaa

.

Yang tak berapa menarik perhatianku :-

1. Bateri cepat kong! tapi now dh ok sikit sebab dah tau macam mana cara nak jimatkan bateri tersebut

2. Smartphone tersebut agak berat sedikit

3. slide keypad rasa macam tak safety je sebab macam senang sangat nk tercabut…ehehe *pendapat je*, nasib baik guna touchpad je

4. Sound Speaker tak berapa kuat

5. Takde kamera di hadapan phone, so takleh nak syok sendiri…hahahaa

.

itu ajelah kot yang kurang menarik perhatian Yan…ehehe, So far sangat berpuas hati, malah rasa macam tak cukup pulak 2 minggu masa yang di berikan….hahhaa, apa pun terima kasih pada maxis kerana memberikan peluang ini kepada Yan dan jugak rakan-rakan yang lain :)

maxis htc desire z

HTC Desire Z pakej dari Maxis

maxis android

http://maxis.com.my/personal/android/Android_Phones.asp

Sekiranya korang berminat untuk mendapatkan Smartpohone ini, korang boleh terus masuk ke site maxis untuk mendapatkan tawaran yang istimewa hanya dengan melanggan pakej kontrak selama 24bulan dengan harga 1,499.00

.

Berikut Entry review berkaitan #maxis10

Nota Yanmie : Thanks also to April and Fiona, u all memang best!!

40 thoughts on “Entry Terakhir HTC Desire Z #maxis10

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge