Salam semua, syukur alhamdulillah tadi Yan dan en.hubby dah pergi daftarkan Aiman untuk masuk tadika tahun depan, ramai kawan-kawan blog tanya aiman nie umur berapa tahun…ehehe, aiman nak masuk 5 tahun yea tahun depan. rasa sekejap je masa berlalu. dah besar anak ibu nie, jadi anak yang cerdik pandai ye sayang 🙂

little caliphs kindergartens

http://www.littlecaliphs.com

Korang pernah dengar tak The Little Caliphs Program (TLCP)?, program nie memang sangat bagus dimana sebuah program pra-sekolah Islam-Inggeris-Kreatif yang membantu anak-anak pra-sekolah untuk mewujudkan rohani yang terbaik untuk mereka,  kognitif, potensi,  sosial-emosional dan fizikal. Tidak seperti program pra-sekolah yang lain konvensional, TLCP memiliki peringkat metodologi kreatif terbukti untuk mengajar anak-anak asas  Islam, belajar dan kemahiran hidup secara menyeluruh.

Klik SINI untuk memiliki Laptop Acer Aspire One secara PERCUMA!!

little caliphs kindergartens

Yang bestnya di TLCP ini mereka mengajar 1 in 1, tidak seperti tadika yang lain mereka mengajar dalam bentuk berkumpulan, apa pun harapan kami sebagai ibu bapa ini adalah yang terbaik buat Aiman, gunalah peluang ibu dan ayah bagi ini, belajar betul-betul ye sayang..jadi anak yang soleh, dengar cakap ibu, ayah, cikgu…insyaallah jadi anak yang berguna 🙂

little caliphs kindergartens

Tadi dah buat pembayaran untuk pendaftaran dan segala benda yang tercatit dalam resit pembayaran di atas sebanyak RM443.00 dan untuk yuran bulanan di tadika Little Caliphs ini di kenakan sebanyak RM230.00 untuk sebulan 😛

little caliphs kindergartens

Di TLCP jugak ada program selepas waktu sekolah, menarik sungguh!

Tadi dah cuba pakaikan Aiman baju uniform TLC, sangat comel Aiman pakai baju tu…ehehe, now Aiman tak berhenti-henti tanya bila nak pergi sekolah nie, abang tak sabar…hahahaa jangan besok-besok menangis sebab kena tinggal sudah!, hem tapi rasanya Aiman nie ok je kot….Aiman kan tak kisah 🙂

Nota Yanmie : Tak sabar nak tunggu minggu orentasi tadika 🙂

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

62 thoughts on “Daftar tadika di Little Caliphs untuk Aiman”
  1. kat kedah pon ade Yan cam tadika little caliph ni buat anak2 sedara sekolah dekat situ mmg berkesan pembelajaran dorang ajar , surah yasin bley fasal sampai habis dorang belajar kafa , cakap BI pon da pandai dan boleh membaca dgn lancar BM ngan BI da skrg
    ifti recently posted..Gelora Dihati Sara 2 Episode 18My Profile

  2. Memang bagus TLCP ni. Kecik2 lagi anak2 ditanam cintakan ALLAH dan rasul. Insyaallah, moga aiman jadi anak yg soleh.

    Yan daftar TLCP kt mana?

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge