Salam semua, rasanya ramai yang mempunyai masalah yang sama dengan Yan nie, masalah peha besar sangatlah paling tak suka, mood rasa rendah diri tu sangat tinggi, kalau nak jumpa kawan-kawan pun naik segan, sebab tu Yan berfikir banyak kali kalau nak join mana-mana event…ehehe *bocor rahsiaku*

gemuk

Masalah ini dah lama di alami sejak melahirkan anak sulung, payah betul berat nie nak maintain, dulu dah pernah dah capai target 45kg tapi gatal pulak tak jaga pemakanan dan tidak bersenam langsung, sekarang amik ngko dengan perut yang semakin membuncit nie memang ngam sangatlah dengan kebesaran peha nie, adoiii plizzzz nasihat sikit Yan nie, nak bersenam punyalah malas, nak bersauna pun boleh kira dah, kalau dulu seminggu 2-3 kali jugak bersauna, aduhaiii sadissss….

Kalau dulu senaman yang paling Yan suka ialah Yoga, tapi yoga pun dah di haramkan, so layan pilates ajelah sekarang nie, memang ada keberkesanannya jugak tapi tulah pilates nie sakit badan…ehehe nampak aje macam senang tapi sebenarnya sangat susah sebab banyak menggunakan tenaga tanpa kita sedar, but oklah boleh layan…

Harap-harap cepatlah peha dan perut buncit nie mengecil…huhuhu rimass..rasanya nie pertama kali gemuk macam nie..hahaha adoiiii giler!! kena mulakan cara pemakanan dan rutin harian macam sebelum ini.

Sekian, luahan hati dari ku yang nak kurus…ehehe

Nota Yanmie : langsing pun untuk suami jugak 😛

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

102 thoughts on “Cara mengecilkan peha dan mengecilkan perut buncit”
    1. anda masih boleh kurus walaupun tak berdiet atau bersenam. caranya banyakkan bergerak. makin banyak anda bergerak…. makin banyak anda bakar calorie, dan makin anda akan kurus.

      kalau anda “berdiet”, atau tinggalkan nasi, tapi…. jika calorie anda masih tinggi, tidak lah anda akan kurus.

      visit here to read more : http://www.kkparkour.my/jomkurus

  1. Ramai yang hendak menguruskan badan dengan mengamalkan rejim diet yang tak masuk akal dan termasuk senaman yang boleh mencederakan badan. Sekarang ni pula diperkenalkan diet mengikut jenis darah<–mengarut. Nasihat pakar pemakanan diet mengikut keperluan kalori badan bukan sembrono jer

  2. Sumijelly :
    perghh……. memasing berusaha nak mendapatkan top komentar yek…hahaha
    komen kemain banyak….
    **larik topik…..

    hahaha..2 la psal..silap2 jap lg jd spam plak..
    jgn jap lg blog ni jd tmpt SPAM sudah..

  3. @SuaraPeople Untuk senaman kardio selain berjogging boleh juga berbasikal, berlari atas treadmill atau guna ergometer. Antara kos yang paling murah adalah 1. berjogging 2. Ergometer 3. Treadmill. Cuma berjogging kena pilih kasut dan pakaian yang sesuai kalau tidak mengalami kecederaan pergelangan kaki pula

  4. Senama Pilates bagus untuk posture badan lagi pun latihannya tak seteruk exercise weighlifting. Kalau takpun buat streching. Ada satu kajian Dr.Fatimah dari UM mengenai solat juga memberikan kesihatan kerana pergerakkan didalam solat 5 kali sehari

  5. huhu.. 🙂
    boleh turut serta nie. 🙂

    huhu.. masa bujung 42 ek?? kira skrg double la 2 kot? hehe.

  6. 3.Senaman kekuatan dahulu, baru kardio
    Kekerapan: 3 kali seminggu
    Lakukan senaman di atas sebelum memulakan kardio (jogging). Ini untuk memastikan kita sudah menggunakan sehabis mungkin ‘muscle glycogen’ dan ‘liver glycogen’ menerusi senaman-senaman tersebut. Dan apabila kita memulakan jogging, badan mungkin sudah kehabisan sumber-sumber tenaga tadi, lalu menggunakan sumber tenaga alternatif yang terakhir iaitu lemak. Ingin mengetahui teknik kardio yang tepat untuk tip ini, nnt nak cari..hahah xtahu sgt lorh..xpe2 nnt ayie share lagi.

    4.Rehat
    Harus diselang-selikan dgn senaman/kardio di atas. (Isnin senaman/kardio, Selasa rehat, Rabu kembali kepada senaman/kardio, dan begitulah seterusnya yeah). Rehat penting untuk membolehkan badan, terutamanya tisu-tisu otot bahagian kaki untuk ‘dibaiki’. Otot paha yang kuat akan membakar lebih lemak-lemak disekelilingnya ketika bekerja. Namun, ayie rasa nnt kita akan kehilangan ‘sedikit’ otot paha yang berharga ketika fasa weight loss ini, atau sekurang-kurangnya mengekang kehilangan otot tersebut. Diet dan rehat yg mencukupi sangat mempengaruhi jumlah otot yang terurai dan hilang bersama-sama lemak.

    pesanan : jangan lupa amik gambar paha kamu dengan iphone4 terlebih dahulu,then tengok perubahannya lepas wat senaman ini..bagus kan? ( aik xkn iphone 4 je? man2 pun boley la)

  7. jom ayie nak share something,kecilkan paha,tapi xtahu lah jadi ke tak,grab from book 🙂

    1.Wujudkan defisit kalori
    Kekerapan: Setiap hari
    Kurangkan pengambilan kalori harian dalam 500kcal daripada yang sepatutnya (DCR). Ambil jumlah protein yang mencukupi untuk membantu mengekalkan otot peha (dan otot bahagian badan yang lain) ketika proses penurunan berat badan. Berapa jumlahnya? 2g per Kg berat badan sudah mencukupi (sebagai contoh, mereka yang mempunyai berat badan 70kg harus mengambil 140g protein, yakni kira-kira 5 ketul ayam bahagian dada. Namun anda boleh pelbagaikan sumber protein).

    2.Senaman fokus pada paha
    Kekerapan: 3 kali seminggu
    Fokus pada senaman yang melibatkan otot quadriceps (peha depan) dan hamstrings (peha belakang). Antara 2 contoh senaman yang boleh kita dilakukan ialah ‘Lunges’ dan ‘Squat’. Bagaimana nak melakukannya? Boleh search di laman Youtube dan taip kata kunci ‘Lunges exercise’ atau ‘Squat exercise’. ‘Lunges’ boleh dilakukan dengan dumbell, atau tanpa dumbell. ayie cadangkan buat dalam 3 set untuk setiap senaman, dan satu set senaman mempunyai 10 ulangan.

  8. hehe samala kita yan adeh mcm2 cara ifti da buat tp tak kurus2 gak tahla skrg da beli set sauna try tgkla kot menjadi

  9. akak rasa tahun ni je dah bape kali yan berusaha untuk diet kurus… 😛

    p/s pilates tu lah yang akak amalkan selama 7 bulan yang boleh lost 30 kg..itu duluuuuuuuuuuuu punya cerita..sekarang rasa macam tak sanggup nak ulang senaman tu sebab sakitttttt badan sangat..betul tu..dia gunakan tenaga tanpa kita sedar..

    1. memang kak betul tu, turun sikit je 2-3 kilo tp badan masih mcm tu maybe sbb kurang bersenam kot, sauna xlalu nk buat lah nie…malas nk berpanas dan berlenjun 😛

    1. hahahaa lal xyah tmbh berat dh..dh cun dh tu mcm hubby akak..kurus..hahhaa, ye mmg bnyk dia dh share tp hampesss akak xleh nk follow *alasan* hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge