Salam semua, semalam tengok berita pasal Bekas Raja Permaisuri Agong, Cik Puan Siti Aishah Abdul Rahman semalam memfailkan saman terhadap pengkaji paranormal, Syed Abdullah Hussien Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers kerana bertindak melanggar maklumat sulit beliau.
Terkejut jugak pasal berita nie, dan tak sangka jugak akhirnya Bekas Raja Permaisuri Agong, Cik Puan Siti Aishah Abdul Rahman mengambil tindakan 🙂
Klik SINI untuk memiliki Laptop Acer Aspire One secara PERCUMA!!
KUALA LUMPUR 3 Dis. – Bekas Raja Permaisuri Agong, Cik Puan Siti Aishah Abdul Rahman semalam memfailkan saman terhadap pengkaji paranormal, Syed Abdullah Hussien Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers kerana bertindak melanggar maklumat sulit beliau.
Peguam T. Gunaseelan berkata, Siti Aishah selaku plaintif turut memfailkan saman yang sama ke atas bapa Syed Abdullah iaitu Syed Hussein Al-Attas sebagai defendan kedua.
Menurutnya, Mahkamah Tinggi Temerloh menetapkan tarikh pendengaran interparte pada 22 Disember ini di Temerloh, Pahang.
”Cik Puan Siti Aishah memfailkan saman tersebut semalam dan pihak peguam telah menyerahkan saman tersebut kepada Syed Abdullah selaku defendan pertama.
”Syed Abdullah menerima saman tersebut pada pukul 3.45 petang di kediamannya di Janda Baik hari ini, bagaimanapun Syed Hussein tidak kelihatan kerana mempunyai urusan di Melaka,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya, di sini hari ini.
Hadir sama peguam Anthony M. Sebastian yang turut mewakili bekas Raja Permaisuri Agong itu.
Gunaseelan menjelaskan, saman tersebut dibuat oleh Siti Aishah berikutan pihak defendan membuat pelanggaran maklumat sulit plaintif menerusi blog www.uncleseekers.blogspot.com dan beberapa akhbar tempatan.
Kata beliau, pelanggaran itu adalah berhubung maklumat plaintif ketika mendapatkan ‘rawatan’ daripada defendan pertama.
Menurutnya, dalam saman tersebut Siti Aishah turut memohon untuk mendapatkan perintah injunksi bagi melarang defendan pertama dan kedua daripada melakukan perkara berikut:
* Dilarang mendedahkan secara lisan, melalui blog mereka, blog wakil mereka, surat khabar berhubung sebarang maklumat plaintif yang diperolehi semasa memberi rawatan, tidak kira secara diri atau melalui wakil-wakil, pekhidmat-pekhidmat, ejen-ejen atau ahli keluarga
* Dilarang daripada menerbitkan sebarang buku, majalah, risalah atau terbitan melalui blog, laman web sama ada secara diri atau melalui wakil-wakil, pekhidmat, ejen atau ahli keluarga berhubung maklumat plaintif yang diperolehi semasa memberi rawatan.
Berikut adalah antara pernyataan dalam tuntutan yang difailkan:
* Jun 2010, plaintif meminta defendan pertama membantu menangani masalah emosi ekoran defendan pertama mengemukakan diri dia berkelayakan untuk mengubati orang yang menghidap gangguan emosi atau tekanan mental.
* Difahamkan plaintif akan membayar defendan pertama untuk rawatannya dan defendan akan menjalankan tugas sebagai profesional.
* Defendan akan merahsiakan segala maklumat plaintif iaitu secara komunikasi sepanjang proses mengubati atau kaunseling plaintif. Defendan pertama tidak akan mengeksploitasi plaintif.
* Atas permintaan defendan pertama, plaintif telah membayar defendan pertama sejumlah RM15,000 sebagai balasan bagi ‘rawatan’ yang diberi defendan pertama.
* Pada 29 Jun 2010 berlaku perselisihan faham antara plaintif dengan defendan pertama dan plaintif telah menamatkan rawatan.
* Pada November 2010, defendan pertama telah mendedahkan maklumat komunikasi antara beliau dengan plaintif ketika memberikan rawatan, di dalam laman blognya.
Berikut antara butir pendedahan:
* Plaintif menjalani ‘rawatan’ dengan defendan pertama, gambar plaintif dan defendan pertama, gambar rumah dan keluarga plaintif, maklumat ketika sesi komunikasi plaintif dengan defendan pertama.
* Defendan pertama mendedahkan maklumat ‘rawatan’ dan sesi komunikasi yang rahsia kepada surat khabar tempatan.
* Kedua-dua defendan juga mendedahkan perkara-perkara yang berkaitan hubungan profesional antara plaintif dengan defendan pertama.
– utusan
Promosi terhebat untuk Celcom BB Bold 9780 dan BB Torch 9800! http://bit.ly/dUl0kK siapa cepat dia dapat!!!
Tiket ke New Zealand serendah RM199! sahaja!! layari http://bit.ly/h2NlRg terbaik!!!
Nota Yanmie : Pssttt!! akhirnya, cuak tak??….ehehe 😛
padan muka uncle tu kerek sgt
cikgu azim recently posted..Watak Realistik Dragon Ball
susah..saya nak faham…sebenarnya mengenai apa yeah…
ish ish ish.. macam macam ler…
Dulu menghina Datuk Dr Fadzilah Kamsah masa program bersama linda…..pasal cerita hantu….lepas tu kes ni pulak…tak kisah lah kalau ko orang bercinta ke apa ke tapi tak yah lah sampai published kat public pasal relationship ko ngan cik puan ni….nampak sangat publisiti murah lah uncle ni…simpan sendiri sudah lah….
padan muke kat die..suke2 je kacau privasi orang kan kan
eee..macam2 hal uncle tu…janganlah nak memalukan orang je …kalau nak tolong ..tolong betul-betul. nie aniayakan orang pulak..dapatlah habuan..
semoga kes ni selesai dgn baik..amin..
tadi baru baca post2 dlm blog si pokcik gilo tu..
mcm2 hal dia tu.. klu betul pun kenapa nk sebar2kan aib org, klu salah jd fitnah.. free2 dpt dosa network.. 😉
Terbaru : Drama Hani TV3, macam best ek
agak cuak iklan itu..kwakwkka…sempoi lah kak yan..haha
tuh la pdahnya bila mengaibkan orang. diam tak bermakna menyerah kalah kan kak, diam-diam ubi berisi tuh..
fuhhh
ni la balasan kalau jatuhkan air muka seseotang terutama yang bertaraf VVVVIP,semoga uncle seekers mendapat hukuman yang setimpal dan yang penting sekali dia kena sedar status diri dia tu
sama2 kita nantikan berita selanjutnya nanti…
dari dulu lagi aku benci mamt nih..xamik hal pon kisah dia…lantak pi dia lah..wkakwka
hahaha..nnti kita tgk dia update apa kt blog..nak gak baca…ehehee
akan jadi kes yg berprofil tinggi..
itu semestinya 😛
tetiba nak komenla. kita tak tau sape yg betul. kesimpulannya, kalau korang bercinta ngan anak raja ke, anak sultan ke, xyahla nak heboh2. simpan sendiri dahla. nak heboh2 buat apala kan? adakah ingin mencari populariti atau apa motifnya…
heh pulak dh terkomen…hahaha, akak no komen…wakaka :))
hmmmm. nak komen apa yer? no komenla isu nie. nti kena dakwala pulak…
bagus2! baca je okies 🙂
moga nasib cik puan tu terbela. kesian gak kt dia bila hal peribadi mcm tu tersebar merata2
yes betul tu..lebih2 lagi cerita2 yg mengaibkan
k.yan lgi laju..
baru igt smlm nk tulis entri psal ni..
tp japg tkut kne saman plak..
ahahhaha
hahhaaa kita bukan nk citer pasal benda tak betul…ehehe buat apa nk takut, ada sumber di serta kan 🙂
komen lebih2 takut 🙂
RT: @yanmie: Bekas Permaisuri Agong, Siti Aishah Saman Uncle Seekers http://selangorbloggers.com/read/8340
Bertindak menegakkan keadilan
yes betul tu!
padan muka uncle seekers. haha..
hahhaa tumpang gelak gak…wakakkakakaka *eh over pulak* hahaa :))
Saya bersetuju dan suka dengan tindakkan bekas permaisuri agong siti aishah! Jika ia tidak berbuat demikian.. Memang dia dot dot dot…
opss!! pasal dotdot tu no komen…eehehe, tp baguslah dia amik tindakan mcm nie supaya yg lain2 di luar sana tak amik kesempatan dgn cerita pasal dia nie
memang patut pon kena saman.. berlebih2 dia bercerita dalam blog siap ada siri lagi.. kan dah kena saman.. kita tunggu apa dia tulis dalam blog dia pulak
yelah ahm, baca kt blog uncle tu memang melampau…betul kata ahm tu kita tgk pasni dia update pasal apa pulak…ehehee 😛
akhirnya bersuara juga cik puan ni… ingatkan selama ni dok diam je. itulah padahnya uncle…
ye2 betul tu…mmg tak sangka cikpuan amik tindakan nie sbb sblm nie nmpk senyap je, uncle tu pun amik kesempatan…harap2 cepat setel
akhirnya cik puan buat jgk tindakan..
dah lama dah agak..
cikpuan nie mmg kne buatan org nie..
tulah jgn anggap org senyap tu xde pape yg diorg blh buat kan, pasal terkena buatan orang tu akak tak tahu pulak 😛
[…] This post was mentioned on Twitter by MrSup, yanmie. yanmie said: Blog Updated : Bekas Permaisuri Agong, Siti Aishah Saman Uncle Seekers http://bit.ly/fW6Xxb […]
RT @yanmie: Bekas Permaisuri Agong, Siti Aishah Saman Uncle Seekers http://selangorbloggers.com/read/8340
RT @yanmie: Bekas Permaisuri Agong, Siti Aishah Saman Uncle Seekers http://selangorbloggers.com/read/8340
RT @yanmie: Bekas Permaisuri Agong, Siti Aishah Saman Uncle Seekers http://selangorbloggers.com/read/8340
Bekas Permaisuri Agong, Siti Aishah Saman Uncle Seekers http://selangorbloggers.com/read/8340
RT: @yanmie: Blog Updated : Bekas Permaisuri Agong, Siti Aishah Saman Uncle Seekers http://bit.ly/gTBnNu
Bekas Permaisuri Agong, Siti Aishah Saman Uncle Seekers http://bit.ly/gvG6dw (via @yanmie)
Blog Updated : Bekas Permaisuri Agong, Siti Aishah Saman Uncle Seekers http://bit.ly/gTBnNu
RT @yanmie Blog Updated : Bekas Permaisuri Agong, Siti Aishah Saman Uncle Seekers http://bit.ly/fW6Xxb
Blog Updated : Bekas Permaisuri Agong, Siti Aishah Saman Uncle Seekers http://bit.ly/fW6Xxb