Salam semua, moga hari nie lebih baik dari hari-hari semalam ye, ok nie nak cerita pasal anak teruna yang kecil nie, semalam bukan main lagi dia merajuk, tarik muka seposen, jenuh jugak nak pujuk…hhuhuhu, sejak akhir-akhir nie sangat sentimentallah pulak si haziq nie, sikit-sikit nak merajuk…haishhh!!! nak dapat adik ke apa nie…ehehehe *jangan caya, gosip je*

haziq merajuk

Alkisahnya begini, dia iaitu Haziq tertumpahkan air milo kat carpet, tapi dia tak bagitahu pun, dia sanyap je, bila Yan perasan then tanya siapa yang buat, di terus lari baring kat sofa sambil tarik muka seposen…huhuhu tak pernah-pernah buat perangai macam nie, apakah maksudnya merajuk macam nie?? hahaha :))

haziq merajuk

Sambil nangis teresak-esak *budget sedih giler*, tanya dia “adik ke yang buat?”, tapi dia tak jawab dan terus je dengan muka sedih…hhuhuu kesian pulak tengok! ikut sedih sama pedahal takde marah pun kat dia, cuma tanya sama ada dia yang buat ke tak *dengan nada lemah lembut* 😀 , sebab abang dia cakap bukan dia yang buat 😛

haziq merajuk

Oklah benda kecil aje kan, senang cerita terus buat apa yang patut, nama pun budak-budak, so small materlah benda-benda macam nie, kalau tak takdelah namanya budak kan 😛

Tapi tulah jenuh wooo nak pujuk semalam…hahhaa sampai buat lawak amik gambar dia tengah sedih pun dia buat dek je…kuikuikui, kalau tak memang obses dengan snap gambar nie…ehehe *coverlah konon kan*

Dan akhirnya dapat jugak pujuk dia (haziq) dengan cara peluk dan belai sambil menyapu belakang badan, sambil bisik kat telinga dia ” ibu sayang sangat dengan adik”, dah-dah jom kita ibu bagi Vitamin nak tak?? dan dengan slumbernya dia jawab..”Naaakkkkk, ibu adik nak vitamin…” hahahaa…see nama pun budak-budakkan…

So tak perlu nak herdik anak kecil macam nie, kalau boleh biar sejajar dengan perkembangan semasa diorang, kanak-kanak untuk di cintai dan di kasihi bukan untuk di zalimi , dan lagi satu jangan terlalu memaksa dan mendesak terhadap anak kecil ini, saat mereka kecil macam nie lah mereka sangat-sangat perlukan lebih perhatian dan kasih sayang :), Moga anak-anak ibu menjadi anak yang soleh, bijak pandai dan semua yang terbaik buat mereka…amin *uwaaa touching pulak…ehehe*

Nota Yanmie : Adess..sakit belakang, tanda-tanda nak tua kot 😛

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

91 thoughts on “anak kecil merajuk – jom pujuk!”
      1. oooo..cenggitu..ahaha..xpa..
        Berbalik pada isu akak ketengahkan, pada saya, budak2 kalo merajuk, biarkan ja.. Kasi ajar pasal time kecik ni la waktu terbaik untuk bgtahu dia mana baik mana buruk.kalo dok layan merajuk dia tu..kompem xlarat nk pujuk bila masuk form 1 nanti… inikan pulak kalo dah umor 20.. 😛
        @yanmie,
        lAl recently posted..Menang CD di blog MohdZaidcomMy Profile

        1. @lAl, makasih lal atas pendapat tu, tp nie haziq masih terlalu muda untuk tu semua, memang akak ajar diorang ni utk berdisiplin tp dlm kes nie sangat touching perasaan seorang ibu yg melihat anaknya nangis teresak-esak sbb takut kena marah, maybe daia x jangka air tu blh tumpah, takpe biar kita ajar sejajar dengan situaasi dan keadaan semasa 🙂

          thanks bg pendapat 🙂
          yanmie recently posted..anak kecil merajuk – jom pujuk!My Profile

    1. @eiela, Salam eiela tulah akak jd touching sungguh tengok dia merajuk sampai mcm tu…ehehe 🙂

      ye kalau kita marah melulu takut budak-budak nie makin menjauh dan disiplin tu xde, sbb kita sendiri xtunjuk teladan yg baik, budak-budak nie mudah nak mengikut apa yang ada di sekelilingnya, so harus tunjuk teladan yang baik 😛

    1. @eiyda, haha tulah sbb dia yg buat tu, tu yg bkn main lg nanges mcm tu, klu taj biasa dia ckp..”bukan…bukan adik yg buat” hahahaa :))

      eiyda nk merajuk mcm nie dh tentu xde yg nk layan…hahhaa bawa diri ler jawabnye 😛

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge