Uncle seekers dan Bekas Permaisuri Agong Siti Aisyah?

by yanmie on November 18, 2010

Salam semua, Satu negara gempar apabila foto-foto intim membabitkan bekas Permaisuri Agung, Cik Puan Besar Siti Aishah Abdul Rahman tersebar di laman blog milik bekas penerbit rancangan Seekers, Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas.

Di dalam blog www.uncleseekers.blogspot.com itu, Syed Abdullah atau lebih popular dengan panggilan Uncle Seekers memaparkan gambar-gambar yang didakwa bukti kemesraan ‘percintaan’ di antara mereka.

Ketika dihubungi mStar Online, Syed Abdullah menegaskan, pendedahan sebanyak enam bahagian itu tidak akan terhenti di situ.

“Kisah itu tidak akan terhenti disitu. Ada banyak lagi yang ingin saya kongsi bersama masyarakat,” katanya di sini, Syed Abdullah merupakan ketua kumpulan Seekers yang sebelum ini popular sebagai pengkaji fenomena aneh dan paranormal.

Pada 20 Oktober 2006, dia pernah direman selama tiga hari selepas diperintahkan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur untuk membantu siasatan setelah dikatakan menyamar sebagai anggota polis.

Majistret Manira Mohd. Nor mengeluarkan perintah terhadap Syed Abdullah, 46, yang lebih dikenali sebagai Uncle Seekers supaya ditahan untuk disiasat di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, ditanya tujuan sebenar dia menghebahkan hubungan ‘cintanya’ bersama Siti Aishah, Syed Abdullah memberitahu, tujuan sebenar dia berbuat demikian adalah untuk menyedarkan pihak tertentu bahawa bekas permaisuri itu perlukan kebebasan dan tidak perlu dikongkong.

“Berikan dia (Aishah) kebebasan dan jangan halang dia untuk berkahwin dengan lelaki yang disukainya,” katanya.

Tidak gentar dengan segala ugutan yang diterima, diaberkata, apa yang dilakukannya adalah berdasarkan bukti kukuh.

Syed Abdullah Syed Hussein (kanan) mendakwa hubungannya bersama Siti Aisyah sangat rapat seperti yang digambarkan di dalam salah satu foto di lokasi yang tidak dinyatakan di blognya.
Katanya, walaupun pernah diugut oleh pihak tertentu, dia tekad untuk mendedahkan mengenai perkara itu untuk pengetahuan umum.

“Buat apa saya perlu takut. Saya berkata benar,” ujarnya.

Syed Abdullah juga bersedia sekiranya dia dipanggil oleh pihak berkuasa bagi menjelaskan perkara sebenar mengenai pendedahan beraninya itu.

Dalam pada itu dia mendakwa tidak pernah cintakan Siti Aishah namun tidak menafikan pernah bercinta dengannya.

Malah dia mengelarkan percintaan itu lebih kepada cinta amanah daripada Siti Aishah dan tidak menafikan percintaan mereka hanya berlangsung selama dua bulan bermula Mei lalu seperti yang didakwa di dalam blognya.

“Bagaimanapun, cinta antara saya bukanlah cinta dalam erti kata sebenar. Atas dasar itu juga saya menggelarnya ‘cinta syyhh’,” jelasnya.

Sementara itu, Syed Abdullah juga mengakui sebelum pendedahan itu dibuat, hubungan ‘cinta’ mereka hanya diketahui oleh ibu kepada Aishah, Datin Seri Shamshina A. Rahman dan ahli kumpulan Seekers.

Bercerita lanjut mengenai perkenalan mereka, dia memberitahu mengenali Siiti Aishah pada Januari lalu apabila bekas permaisuri itu dan keluarganya mengunjungi rumah keluarganya di Janda Baik, Pahang.

Bagaimanapun, dia memberitahu dia dan Aishah tidak lagi berhubung antara satu sama lain sejak Julai lalu.

Laporan atas cedok sepenuhnya dari mstar.com.my dan maaf gambar tidak di sertakan, Yan cuma berkongsi laporan akhbar online tersebut dengan pembaca blog ini :P

Nota Yanmie : Adoiii no komen…tak sangka sebenarnya, tapi tak tahu benda nie betul 100% atau ada udang di sebalik batu, apa pun sepatutnya cerita ini tidak perlu untuk tatapan umum…simpati jugak sebenarnya pada Cik Puan Besar Siti Aishah Abdul Rahman.

Artikel Berkaitan:

  • Tidak ada Artikel berkaitan

{ 48 comments… read them below or add one }

Ikhwan Pauzi December 31, 2010 at 2:30 pm

tak faham langsung kes ni.
Ikhwan Pauzi recently posted..The Season Of The Witch Is HereMy Profile

Reply

Ali ridha December 11, 2010 at 4:39 pm

sengaja nak kantoikan diri sendiri.
Ali ridha recently posted..Sebak lihat Kepala putus duaMy Profile

Reply

wazy November 20, 2010 at 11:20 am

saya nak tunggu episod ke 8 lak
hehe

Reply

SuaraPeople November 20, 2010 at 2:20 am

Farahwahida :
kite bace episod 7 lak..ape la yg diulas tu..hehehe

ya nnt suh la kak yan update..ahaha

Reply

SuaraPeople November 20, 2010 at 2:18 am

RedBoys :
@SuaraPeople
mestilah.. kalau terlepas ckp nanti kang, habis le.. huhu
takleh nak undur balik dh..

boleh buat kenyataan akhbar..mohon maaf..wakkwka

Reply

RedBoys November 19, 2010 at 11:48 pm

@SuaraPeople
mestilah.. kalau terlepas ckp nanti kang, habis le.. huhu
takleh nak undur balik dh..

Reply

Farahwahida November 19, 2010 at 5:24 pm

kite bace episod 7 lak..ape la yg diulas tu..hehehe

Reply

SuaraPeople November 19, 2010 at 10:18 am

razis :
ikut suke unclela nak wat aper…jgn nak jadi sultan dahla…hehehe

hahahahaha klau jd sultn camne ekk

Reply

razis November 19, 2010 at 9:42 am

ikut suke unclela nak wat aper…jgn nak jadi sultan dahla…hehehe

Reply

yanmie November 19, 2010 at 10:41 am

aiyooo jauh panggang dr api :P

Reply

SuaraPeople November 18, 2010 at 6:19 pm

Razif :
huhu cam ajaran confius pon ad kat uncle ne!!pening2

aaaaa btul tu,ilmu mnipu

Reply

SuaraPeople November 18, 2010 at 6:17 pm

RedBoys :
wah2.. lepas ni popular le..
dh baca dh cerita ni kt blog lanz td..
i can say no komen.. haha

ramai no komen

Reply

syahrilhafiz November 18, 2010 at 4:15 pm

@yanmie
erk perlu ke?
cian kat admin yang penat lelah, lari kesana kesini..nak update pasal tu gak..hehe

Reply

sumijelly November 18, 2010 at 4:02 pm

@yanmie
akan ada la kak yan… eh silap…adik yan…….hahahaha

Reply

RedBoys November 18, 2010 at 3:55 pm

wah2.. lepas ni popular le..
dh baca dh cerita ni kt blog lanz td..
i can say no komen.. haha

Reply

Anip November 18, 2010 at 3:54 pm
Razif November 18, 2010 at 2:03 pm

huhu cam ajaran confius pon ad kat uncle ne!!pening2

Reply

yanmie November 18, 2010 at 2:07 pm

oh yeker? ajaran mcm mana, saya x selak pun bnyk2 page dia tu :P

Reply

SuaraPeople November 18, 2010 at 1:47 pm

yanmie :
hahhahaa…adoiii manalah pulak kita yg kena…ehehee takut yea :)

haahaahhaha saje je..malas nk bukak blog dia sbb tu malas nk tekan abuse..hahahah..kalau ada mood masuk..tertekan abuse plak..wahwhahwawa

Reply

SuaraPeople November 18, 2010 at 1:46 pm

yanmie :
hahaha samalah akak pun, sekali je masuk pastu klik abuse, malas nk selak bnyk2 kali..kuikuikui

hak3

Reply

SuaraPeople November 18, 2010 at 1:40 pm

yanmie :
maybe blh klik bnyk kali pun xpe…hahahahaa akak baru klik sekali..ehehe nnti nk try klik lagi :P

kot click bnyk2 kita plak yang kena..hahahahah

Reply

yanmie November 18, 2010 at 1:41 pm

hahhahaa…adoiii manalah pulak kita yg kena…ehehee takut yea :)

Reply

Dea Meysha November 18, 2010 at 1:32 pm

:) so, kn tunggu penjelasan dari bekas puan permaisuri ya?
sy tunggu info lanjutanya…
salam..

Reply

yanmie November 18, 2010 at 1:34 pm

yep betul tu…kita tunggu je apa info lepas nie :P

Reply

SuaraPeople November 18, 2010 at 1:31 pm

yanmie :
hahahhaaa…..tahan bosan apa dh tu ayie??

hahahahah tahan saja..ayie bukak sekali je page mamat seeker tu..read2 tekan abuse! ahhah

Reply

yanmie November 18, 2010 at 1:38 pm

hahaha samalah akak pun, sekali je masuk pastu klik abuse, malas nk selak bnyk2 kali..kuikuikui

Reply

SuaraPeople November 18, 2010 at 1:29 pm

yanmie :
hahahaa klik lagi sampai xleh buka..kuikuikui

boleh click tiap hari ke kak? ke skali je

Reply

yanmie November 18, 2010 at 1:32 pm

maybe blh klik bnyk kali pun xpe…hahahahaa akak baru klik sekali..ehehe nnti nk try klik lagi :P

Reply

SuaraPeople November 18, 2010 at 1:24 pm

yanmie :
tulah betul tu, so klik abuse kt blog tu :P

ya btul tu..ayie da click abuse awal2 dah..hahaha hate

Reply

yanmie November 18, 2010 at 1:26 pm

hahahaa klik lagi sampai xleh buka..kuikuikui

Reply

SuaraPeople November 18, 2010 at 1:22 pm

eiela :
terkejut jugak pasal nih, xtau lagi kesahihan dia. Fakta ke auta tuh. huhu

kadang2 dia ni bnyk je auta…ingt pasal hantu dulu?smua auta dari dia lahh..habis smua percaya..hampeh

Reply

yanmie November 18, 2010 at 1:26 pm

tulah ada gak dulu pasal dia kena reman sbb menyamar jd polis :P

Reply

SuaraPeople November 18, 2010 at 1:21 pm

arghhh da benci baca pasal ni..hate him! noob! arghhh bosan je cite nya

Reply

yanmie November 18, 2010 at 1:26 pm

hahahhaaa…..tahan bosan apa dh tu ayie??

Reply

Kie-yu November 18, 2010 at 1:14 pm

takdok kije ke uncle ni
yg bukan2 aje
huhu :p

Reply

yanmie November 18, 2010 at 1:15 pm

takdok kije lah tu…huhuhu

Reply

Merpati Putih November 18, 2010 at 1:12 pm

Uncleseekers Akan Dedah Lagi Kisah ‘Cinta shyyy’ Dengan Bekas Permaisuri Agung Siti Aisyah http://bit.ly/c87lCT (via @yanmie)

Reply

eiela November 18, 2010 at 1:05 pm

terkejut jugak pasal nih, xtau lagi kesahihan dia. Fakta ke auta tuh. huhu

Reply

yanmie November 18, 2010 at 1:07 pm

tulah akak pun x berani nk komen bnyk2…

Reply

syahrilhafiz November 18, 2010 at 12:45 pm

itu la pasal..dah tersebar habis gambar cik puan tuh dalam internet..
kena selidik betul3 dulu nih..

Reply

yanmie November 18, 2010 at 12:47 pm

tulah betul tu, so klik abuse kt blog tu :P

Reply

sumijelly November 18, 2010 at 12:41 pm

susah nak cakap…
kita nantikan episod yg ke 7…..hehehe

Reply

yanmie November 18, 2010 at 12:43 pm

eh episode 7 ada ke?? adoii rasanya cukup2lah sampai episode 6…huhuhu

Reply

sickchild72 November 18, 2010 at 5:00 am

RT @yanmie: Uncleseekers Akan Dedah Lagi Kisah ‘Cinta shyyy’ Dengan Bekas Permaisuri Agung Siti Aisyah http://selangorbloggers.com/read/5876

Reply

andyhowtt November 18, 2010 at 4:59 am

RT @yanmie: Uncleseekers Akan Dedah Lagi Kisah ‘Cinta shyyy’ Dengan Bekas Permaisuri Agung Siti Aisyah http://selangorbloggers.com/read/5876

Reply

yanmie November 18, 2010 at 4:59 am

Uncleseekers Akan Dedah Lagi Kisah ‘Cinta shyyy’ Dengan Bekas Permaisuri Agung Siti Aisyah http://selangorbloggers.com/read/5876

Reply

Lal Azmi November 18, 2010 at 4:31 am

RT @yanmie: Blog Updated : Uncleseekers Akan Dedah Lagi Kisah 'Cinta shyyy' Dengan Bekas Permaisuri Agung Siti Ais.. http://bit.ly/bRv6pk

Reply

yanmie November 18, 2010 at 4:29 am

Blog Updated : Uncleseekers Akan Dedah Lagi Kisah 'Cinta shyyy' Dengan Bekas Permaisuri Agung Siti Ais.. http://bit.ly/bRv6pk

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 2 trackbacks }

Previous post:

Next post: