Blog SuperMak


Bismillahirahmaniraheem..

Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.

la tahzan

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.

Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.
Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.

Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.

Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!

Artikel : Iluvislam

Nota Yanmie : Terima kasih atas doa kawan-kawan semua…Amin

56 Thoughts on “Ujian Itu Rahsia Allah S.W.T

  1. Ikhwan Pauzi on December 31, 2010 at 3:09 pm said:

    betul tu. ujian itu rahsia allah. tetapi allah tidak akan bagi ujian yang orang itu tak larat menghadapi ujian itu.
    Ikhwan Pauzi recently posted..The Season Of The Witch Is HereMy Profile

  2. yanmie :
    oh yeker…Ya Allah Ya Tuhanku permudahkanlah segala urusan buat Hariz, moga semuanya kembali normal seperti biasa.
    Alhamdulillah kakyan pnya masalah dah pun setel

    Amin Ya Allah… Setiap ujian itu ada hikmahnya kan :(

  3. Hariz di uji sekarang ini… Semoga allah permudahkan Hariz dalam ujian yang berat ini :(

    • oh yeker…Ya Allah Ya Tuhanku permudahkanlah segala urusan buat Hariz, moga semuanya kembali normal seperti biasa.

      Alhamdulillah kakyan pnya masalah dah pun setel

  4. RedBoys :
    @yanmie
    ooo.. see2.. memangkan.. bila dpt khabar buruk, mood blogging terus down kan.. takpe2.. ambil masa ye kakyan..

    kena tabah… :)

  5. RedBoys :
    @yanmie
    ooo.. ingatkan kes kecurian tadik.. hehe.. ok2.. ada news baru, jangan lupe bgtahu ye..

    waiting news..hak3

  6. Kalamhati :
    ujian itu tanda Allah sayangkan kita..penghapus dosa2 kecil..semoga tabah dan redha dgn ujian mendatang.=)

    aaa betul tu kalam.. :)

  7. eiela :
    Allah tuh tak sia-sia, setiap apa yang didatangkan mesti ade hikmahnya. kita kena redha terima ujianNya sebab ia sekadar menguji kekuatan hambaNya. Setiap dugaan yang dilalui menjadikan diri kita KUAT dan TABAH dalam pelbagai situasi.

    nice!

  8. yanmie :
    Salam Eiela, makasih yea atas kata kata perangsang, kakyan redha terima semua ini.

    bagus lah redha…hope kak yan tabah.. :)

  9. yanmie :
    bkn kes kecurian, biarlah polis siasat dulu…

    FBI datang siasat x? hik3…

  10. ohh kak yan..cam ne..okay da?

  11. Yiedpozi on November 7, 2010 at 10:55 pm said:

    banyakkan berdoa dan bersabar…

  12. banyakkan bersabar dan berdoa kak……

  13. @yanmie
    skrg apa yg terkini di sana? dh buat report polis?

  14. @yanmie
    ok.. risau jugak dgn keadaan akak skrg ni..hurmm

  15. @yanmie
    ooo.. ingatkan kes kecurian tadik.. hehe.. ok2.. ada news baru, jangan lupe bgtahu ye..

  16. @yanmie
    takpe kak.. kami semua di sini faham situasi akak..
    report polis? ada kes kecurian dalam rumah akak or makayah akak ke akak?

  17. @yanmie
    saya pon dr pagi tadik tunggu entry dr akak.. tu pasal pelik nape entry lambat je hari ni..ehehe

  18. @SuaraPeople
    betul tu.. biar tenang dulu..

  19. @yanmie
    kalau tak boleh senyum, jangan dipaksa..

  20. @yanmie
    ooo.. see2.. memangkan.. bila dpt khabar buruk, mood blogging terus down kan.. takpe2.. ambil masa ye kakyan..

  21. @yanmie
    sama2 kak, keep it up, gud lux, tc!

    Terkini : ENTER

  22. Allah tuh tak sia-sia, setiap apa yang didatangkan mesti ade hikmahnya. kita kena redha terima ujianNya sebab ia sekadar menguji kekuatan hambaNya. Setiap dugaan yang dilalui menjadikan diri kita KUAT dan TABAH dalam pelbagai situasi.

  23. yanmie :
    blm blh gelak lg…huhuhu
    tggu makayah balik dr Kota Kinabalu malam nie baru blh buat report polis, mak ayah xtau lagi pasal problem nie :P
    dah itu je hint yg akak blh bg…doakan semuanya segera selesai…

    yeah hope soo….semoga smuanya selamat

  24. yanmie :
    Makasih ayie sudi lepak lama2..ehhee, ayie buat akak senyum :P

    tu baru senyum kak..blom lagi tergolek2 gelak..kuang3

    • blm blh gelak lg…huhuhu
      tggu makayah balik dr Kota Kinabalu malam nie baru blh buat report polis, mak ayah xtau lagi pasal problem nie :P

      dah itu je hint yg akak blh bg…doakan semuanya segera selesai…

  25. yanmie on November 7, 2010 at 2:32 pm said:

    Ujian Itu Rahsia Allah S.W.T http://selangorbloggers.com/read/4114

  26. Pingback: Tweets that mention Ujian Itu Rahsia Allah S.W.T | yanmieonline.com -- Topsy.com

  27. Nur :
    Betul kata Kalam Hati tu kak.. Ujian tu petanda Allah sayangkan kita. Nur doakan akak tabah dan sabar menghadapi semua ujian ini. Kami akan setia menanti perkembangan terkini dan entri2 terbaru dari akak. Jaga diri ye..

    hahaa dari pagi lagi duk lepak sini..menanti entri2 yang selanjutnye.. :) kak yan is da best!

  28. Betul kata Kalam Hati tu kak.. Ujian tu petanda Allah sayangkan kita. Nur doakan akak tabah dan sabar menghadapi semua ujian ini. Kami akan setia menanti perkembangan terkini dan entri2 terbaru dari akak. Jaga diri ye..

  29. yanmie :
    idea ada banyak red, tp di sebabkan pg td dpt panggiilan yg kurang menyenangkan aku xde mood nak entry, but syukur tenang sedikit, insyallah tunggu jelah update dari akak ye…insyallah ada

    sabar je lah dulu..biaq selesai masalh satu2 dulu.. ;p

  30. yanmie :
    terima kasih ayie..

    sama-sama…ukirkan senyuman di wajah mu wahai kak yan..hahaha :)

  31. banyakkan bersabar… :)

  32. Kalamhati :
    ujian itu tanda Allah sayangkan kita..penghapus dosa2 kecil..semoga tabah dan redha dgn ujian mendatang.=)

    yaaa betul tu

  33. @Kalamhati
    ye.. stuju dgn kata2 anda.. Allah takkan uji melebihi kemampuan kita..

  34. semoga akak tenang menghadapi ujian Allah.TC!

    http://suffer.frenzyfm.my/

  35. btul tu.. Allah uji kita sebab Dia ada alasannya tersendiri yg tiada siapa pon yg tahu.. bahkan ada yg lebih besar ujian yg terpaksa ditempuh..

    p/s: kakyan tak de idea ke nak update blog? sy tggu dr pg tau.. hehe..

    • idea ada banyak red, tp di sebabkan pg td dpt panggiilan yg kurang menyenangkan aku xde mood nak entry, but syukur tenang sedikit, insyallah tunggu jelah update dari akak ye…insyallah ada

  36. ujian itu tanda Allah sayangkan kita..penghapus dosa2 kecil..semoga tabah dan redha dgn ujian mendatang.=)

  37. RT @yanmie: Blog Updated : Ujian Itu Rahsia Allah S.W.T http://bit.ly/bK4wz1 alhamdulillah tenang sedikit :)

  38. Blog Updated : Ujian Itu Rahsia Allah S.W.T http://bit.ly/bK4wz1 alhamdulillah tenang sedikit :)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Post Navigation