Salam semua, nie nak habaq mai, bagi peminat Formula One (F1) ingatkah korang beberapa bulan yang lalu bahawa Kedua-dua tokoh korporat dari Virgin Atlantic iaitu Richard Branson dan jugak Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Datuk Seri Tony Fernandes pernah membuat pertaruhan, team siapa yang kalah maka dia akan jadi stewardess pesawat air asia nanti, pramugari ok! bukannya pramugara..dah semestinya pakai baju pramugari…hahhaa lawak pulak!

Richard Branson

Dan nampaknya nasib menyebelahi Datuk Seri Tony Fernandes dan seterusnya beliau terselamat dari memakai pakaian pramugari…ehehee, ini berikutan Kedua-dua tokoh korporat itu membuat cabaran sewaktu bermulanya musim F1 pada Mac lalu dan berakhir di Litar Yas Marina, Abu Dhabi pada Ahad. 1Malaysia-Lotus berada pada kedudukan ke-10 manakala Virgin Racing pada kedudukan terakhir dalam perlumbaan melibatkan 12 pasukan itu.

Aiyooo bertuahnya lah siapa yang bakal mendapat layanan dari Richard Branson nie kan, walaubagaimana pun ianya masih didalam peringkat perbincangan yang lebih terperinci sebelum mereka membuat permohonan mengenainya kepada Jabatan Penerbangan Awam…maklumlah Richardkan takde pengalaman dalam bidang pramugari nie 😛

richard branson dan tony fernandes

makasih en.hubby coz tolong snapkan gambar nie dari paper…ehehe 🙂

Kemungkinan besar Richard Branson akan menyertai penerbangan AirAsia dari Kuala Lumpur ke London atau dari London ke Kuala Lumpur. Bila tarikhnya belum lagi di ketahui, akan di umukan kelak 🙂

Nota Yanmie : hahaha bestnya kalau dapat layanan istimewa nie 😛

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

59 thoughts on “Richard Branson Pemilik Virgin Atlantic jadi Pramugari Air Asia?”

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge