Ramlah Ram Bertudung

by yanmie on November 10, 2010

Salam semua, terlupa pulak nak publish entry nie yang dah duduk dalam draft nie, Oklah entry nie nak cerita pasal penampilan terbaru Penyanyi Ramlah Ram yang kini tampil dengan imej bertudung dalam Separuh Akhir Muzik Muzik 25 yang berlangsung di Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Isnin. teruja tengok penampilan terbarunya sekarang ini, memang sangatlah sesuai dengan usianya sekarang.

ramlah ram bertudung

Alhamdulillah nampaknya seorang lagi artis wanita yang berubah imej ke imej yang lebih manis tanpa mendedahkan aurat, harap-harap Ramlah Ram selesa dengan imej terbarunya, memang nampak berseri-seri wajahnya, begitulah kan perubahan seseorang tu, selalunya kita nampak seksi dan ketat aje tapi bila buat perubahan macam nie nampak lagi ayu dan cantik, takperlu nak dedah sana sini.

ramlah ram bertudung

Apa pun tahniah buat Ramlah Ram, harap dapat dikekalkan imej bertudung ini. dan bukanlah hanya kerana mengikut trend :)

PETALING JAYA: Penyanyi Ramlah Ram muncul dengan penampilan barunya ketika menjadi artis undangan pada Separuh Akhir Muzik Muzik 25 yang berlangsung di Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Isnin.

Ramlah yang tampil sopan dengan menutup aurat dan mengenakan tudung telah menarik perhatian penonton yang menyaksikan pertandingan tersebut.

Ramlah menyampaikan lagu Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu. dan Ketentuan.

Kata Ramlah, ini adalah masa yang paling sesuai untuk dia menunaikan hasrat yang sudah lama terpendam itu.

“Hajat untuk bertudung sudah lama, tapi mungkin ketika itu belum bersedia sepenuhnya. Pada awalnya saya cuba pakai tudung ketika keluar tetapi tidak selalu.

“Secara rasminya saya bertudung baru beberapa minggu lalu dan sudah beberapa persembahan saya muncul dengan penampilan baru ini,” katanya.

Tambah Ramlah, penampilan barunya ini tidak mungkin membataskan aktiviti seni yang selama ini menjadi darah dagingnya.

“Saya masih Ramlah Ram yang lama, saya masih aktif menyanyi. Apa yang membezakan hanyalah penampilan saya.

“Saya rasa inilah imej yang sesuai dengan usia sekarang. Lagi pula saya rasa tenang selepas bertudung ini. Dari segi rezeki pula, saya hanya serahkan kepada Allah. Saya yakin saya masih boleh mencari rezeki dengan penampilan sebegini,” katanya.

Menurut Ramlah, keluarga dan peminat memberi maklum balas yang baik terhadap penghijrahannya ini.

“Keluarga sangat gembira dan menyokong saya untuk berubah. Begitu juga peminat yang beri respons positif ketika saya membuat persembahan dengan penampilan baru ini,” katanya.

Ujar Ramlah, tiada sebab yang lebih kukuh selain niat dalam hatinya untuk berubah kearah ini.

“Saya berubah bukan kerana kecewa dalam hubungan yang lalu atau menerima galakkan dari seorang lelaki baru tapi niat dalam hati yang betul-betul kuat menyuruh saya untuk menutup aurat.

“Berhubung pakaian dan persembahan, saya akan tampil dengan pakaian yang bersesuaian dengan lagu yang akan dibawa. Sekarang saya masih lagi mencari satu identiti atau trade mark yang sesuai,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ramlah juga berhasrat untuk merakamkan lagu-lagu keislaman bersesuaian dengan imej dan usianya kini.

Baru nie perasan macam Datuk Sharifah Aini bertudung, tapi ntah ler betul atau tidak pandangan mata nie :P

Nota Yanmie : Alhamdulillah :)

Artikel Berkaitan:

  • Tidak ada Artikel berkaitan

{ 57 comments… read them below or add one }

Ali ridha December 31, 2010 at 10:30 pm

makin maju ramlah ram.
kak yan bila nak maju?
Ali ridha recently posted..Malaysia Juara Piala AFF Suzuki 2010My Profile

Reply

yanmie December 31, 2010 at 10:49 pm

Maju mcm mana tu maksudnya ? @Ali ridha
yanmie recently posted..Entry Terakhir HTC Desire Z maxis10My Profile

Reply

Ali ridha December 31, 2010 at 10:29 pm

bila kahwin dulu.
tak pakai tudung.
Ali ridha recently posted..Malaysia Juara Piala AFF Suzuki 2010My Profile

Reply

Ali ridha December 31, 2010 at 10:29 pm

sudah kembali ke pangkal jalan.
Ali ridha recently posted..Malaysia Juara Piala AFF Suzuki 2010My Profile

Reply

Ali ridha December 31, 2010 at 10:28 pm

buat apa nak pakai seksi.
Ali ridha recently posted..Malaysia Juara Piala AFF Suzuki 2010My Profile

Reply

Ali ridha December 31, 2010 at 10:28 pm

umur dah lanjut.
Ali ridha recently posted..Malaysia Juara Piala AFF Suzuki 2010My Profile

Reply

Ali ridha December 31, 2010 at 10:26 pm

bagus la dah pandai
pakai tudung.
Ali ridha recently posted..Malaysia Juara Piala AFF Suzuki 2010My Profile

Reply

Ikhwan Pauzi December 31, 2010 at 2:48 pm

tahniah!
Ikhwan Pauzi recently posted..The Season Of The Witch Is HereMy Profile

Reply

SuaraPeople November 10, 2010 at 11:23 pm

razis :

yanmie :
jacklyn victor bkn islam..ehehe

nak tgu jac msk islamla tu..hehehe

bila laaa xtaw..hahahaa

Reply

SuaraPeople November 10, 2010 at 11:09 pm

RedBoys :
@yanmie
stuju tu.. bertutup lebih cantik dr terdedah sana sini.. huhuh

alhamdullilah..ikut islam…agama lebih penting dari duk kejar populariti

Reply

SuaraPeople November 10, 2010 at 11:08 pm

RedBoys :
@yanmie
hehe.. kak just tolong tgk je.. semua sudi reply..

hahah saya sudi :)

Reply

SuaraPeople November 10, 2010 at 11:08 pm

RedBoys :
@yanmie
ha’ah.. masa muzik2 tu yg dia mula2 pkai tudung rasanya.. terkejut gak first tgk.. ingtkan artis mana.. rupanya ramlah ram..

aa tu ahh…terkejut gak mula2

Reply

SuaraPeople November 10, 2010 at 11:08 pm

RedBoys :
@SuaraPeople
haha.. sudah terbongkar.. ala.. rilek je.. cool man..

cool dah ni

Reply

RedBoys November 10, 2010 at 11:07 pm

@SuaraPeople
haha.. sudah terbongkar.. ala.. rilek je.. cool man..

Reply

SuaraPeople November 10, 2010 at 10:01 pm

RedBoys :
@yanmie
yep.. jaclyn tu bkn islam.. :P

hehehe yea lah

Reply

SuaraPeople November 10, 2010 at 9:45 pm

RedBoys :
@yanmie
betul ckp ayie.. tu first penampilan dia bertudung..

aik ayie..ahhahaha asal org duk tau nama ayie nih :(

Reply

RedBoys November 10, 2010 at 7:52 pm

@suffer8zine
ha’ah.. takle susah2 akak nak reply komen yg bnyk..

Reply

RedBoys November 10, 2010 at 7:52 pm

@yanmie
hehe.. kak just tolong tgk je.. semua sudi reply..

Reply

RedBoys November 10, 2010 at 7:51 pm

@yanmie
tp ada jugak artis yg muda pon bertudung.. sprt heliza, farah dan ramai lagik..

Reply

RedBoys November 10, 2010 at 7:48 pm

@yanmie
betul ckp ayie.. tu first penampilan dia bertudung..

Reply

RedBoys November 10, 2010 at 7:44 pm

@yanmie
kah2.. tersasul ker? hurmm..

Reply

RedBoys November 10, 2010 at 7:43 pm

@yanmie
yep.. jaclyn tu bkn islam.. :P

Reply

RedBoys November 10, 2010 at 7:42 pm

@yanmie
ha’ah.. masa muzik2 tu yg dia mula2 pkai tudung rasanya.. terkejut gak first tgk.. ingtkan artis mana.. rupanya ramlah ram..

Reply

RedBoys November 10, 2010 at 7:41 pm

@yanmie
yep.. manis bila tgk.. hehe

Reply

RedBoys November 10, 2010 at 7:40 pm

@yanmie
oh ye? tak perasan plak.. alhamdulillah… bagus lah berhijrah kpd kebaikan.. jgn sebaliknya sudah le..

Reply

RedBoys November 10, 2010 at 7:39 pm

@yanmie
stuju tu.. bertutup lebih cantik dr terdedah sana sini.. huhuh

Reply

suffer8zine November 10, 2010 at 6:41 pm

@yanmie
heheh, wahhh untung la akak, heheh

Terkini : Contoh gurauan manja

Reply

cikmin November 10, 2010 at 4:39 pm

alhamdulillah…. :)

Reply

Ishak November 10, 2010 at 2:16 pm

alhamdulillah. barulah manis sikit. harap2 imej ni berkekalan sampai bila2.

Reply

yanmie November 10, 2010 at 2:24 pm

ye betul tu…insyaallah amin

Reply

suffer8zine November 10, 2010 at 1:56 pm

syukur2, pehhh kak skg dah ade tukang reply komen :P

Reply

yanmie November 10, 2010 at 1:58 pm

makasih kt diorg tlg replykan komen..sayang diorg..muuaahhss..ehehe

Reply

razis November 10, 2010 at 1:00 pm

yanmie :
jacklyn victor bkn islam..ehehe

nak tgu jac msk islamla tu..hehehe

Reply

razis November 10, 2010 at 12:47 pm

yanmie :
kita doakan yg terbaik untuknya, alhamdulillah dia mendapat hidayah :)

amin….

Reply

razis November 10, 2010 at 12:40 pm

yanmie :
ha ye tu yg tak pasti..alhamdulillah kakpah dh bertudung :) makin ramai artis yg menutup aurat :)

tp tula kak, ramai tutup aurat bile dah tue jer. time muda lagi, semua nak didedahnya..

Reply

yanmie November 10, 2010 at 12:42 pm

kita doakan yg terbaik untuknya, alhamdulillah dia mendapat hidayah :)

Reply

SuaraPeople November 10, 2010 at 12:27 pm

yanmie :
yes betul tu, rasanya tu penampilan terbaru masa kuar TV3 tu kot

yup tu penampilan 1st dia

Reply

yanmie November 10, 2010 at 12:31 pm

oo patutlah penat hakak ko nie google..wakaka
sbb kt fb RR pun blm ada gmbr dia pakai tudung nie :P

Reply

SuaraPeople November 10, 2010 at 12:27 pm

yanmie :
jacklyn victor bkn islam..ehehe

ops! tersasul..hahaa

Reply

yanmie November 10, 2010 at 12:31 pm

hahhaa adoiii camne leh tersasul nie :P

Reply

SuaraPeople November 10, 2010 at 12:00 pm

Zqah :
cantiklah ramlah ram bertudung .. semua artis pompuan cantik klau bertudung .. hehe

bila lah jackly victor nak pakai tudung..hak3

Reply

yanmie November 10, 2010 at 12:08 pm

jacklyn victor bkn islam..ehehe

Reply

SuaraPeople November 10, 2010 at 11:59 am

honeyamour :
suka tgk artis2 ni bertudung..cantik…

mmg pon…sejuk hati memandang

Reply

SuaraPeople November 10, 2010 at 11:58 am

mar :
Alhamdulillah seorang lagi artis kita bertudung, harap dapat di kekalkan.

harap2 bergitu lah

Reply

SuaraPeople November 10, 2010 at 11:57 am

alhamdullilah…ni masa ni perform utk muzik-muzik kan…tp suara tu aurat gak kan?hahaha

Reply

yanmie November 10, 2010 at 12:09 pm

yes betul tu, rasanya tu penampilan terbaru masa kuar TV3 tu kot

Reply

Zqah November 10, 2010 at 11:50 am

cantiklah ramlah ram bertudung .. semua artis pompuan cantik klau bertudung .. hehe

Reply

yanmie November 10, 2010 at 12:05 pm

memang cantik..tgh google gak gmbr dia yg lain pakai tudung tp blm ada yg ada gmbr baru2 nie je..teringin gak nk tgk lebih bnyk gmbr dia dlm imej bertudung

Reply

razis November 10, 2010 at 10:51 am

alhamdulillah.. dah dpt hidayah lah nie. Pasal tok Pah tu mmg die dah pki tudung n nak pegi haji thn nie. Tau pun sbb tgk fuhh kat tv3 tu..hehehe

Reply

yanmie November 10, 2010 at 12:06 pm

ha ye tu yg tak pasti..alhamdulillah kakpah dh bertudung :) makin ramai artis yg menutup aurat :)

Reply

honeyamour November 10, 2010 at 10:36 am

suka tgk artis2 ni bertudung..cantik…

Reply

yanmie November 10, 2010 at 12:06 pm

betul tu…lebih cantik dr imej seksi :P

Reply

mar November 10, 2010 at 10:32 am

Alhamdulillah seorang lagi artis kita bertudung, harap dapat di kekalkan.

Reply

yanmie November 10, 2010 at 12:07 pm

Alhamdulillah syukur :)

Reply

Merpati Putih November 10, 2010 at 9:54 am

Ramlah Ram Bertudung http://bit.ly/b47vVB (via @yanmie)

Reply

Lal Azmi November 10, 2010 at 1:53 am

RT @yanmie: Blog Updated : Ramlah Ram Kini Bertudung http://bit.ly/cwDFTU

Reply

yanmie November 10, 2010 at 1:52 am

Blog Updated : Ramlah Ram Kini Bertudung http://bit.ly/cwDFTU

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: