Salam semua, baru nie kan ada balik kedah so kami berkesempatanlah jugak jalan-jalan di Pekan Rabu, alor star, kedah selain Jalan-jalan ke Muzium Padi. Seronoklah jugak rambang mata nengok barang-barang jualan..ehehe, bangunan dalam Pekan Rabu nie lebih kurang macam Pertama Kompleks kat KL nu..barang-barang yang di jual pun pelbagai, rasa macam duduk kat padang besar pulak bila berada dalam Pekan Rabut tu…hahaha jom layan gambar macam biasa :)

pekan rabu

Pemandangan dari Jejantas kat Pekan Rabu tu, rasa gayat pulak sebab lama tak naik jejantas…hahaha adakah patut?? naik flight tak pulak gayat :P, maybe sebab kawasan yang sibuk kot, nampak banyak kenderaan lalu kat bawah *ehek ada je alasan*

pekan rabu

Macam Yan cakap tadi, kedai-kedai dalamnya lebih kurang macam dalam pertama kompleks KL dan barangan yang di jual macam kat padang besar..eh yeker?? hahaha

pekan rabu

Macam-macam barang ada di jual disini, dari pakaian, perhiasan, makanan dan macam-macam lagi :)

pekan rabu

Wowww serunding, terliur tak tengok?? tapi tak beli sebab takde pun rasa nak makan, kami cuma beli, belacan, kismis, Kuah Rojak Mak Bee, Kereta mainan Ben10…hahaha, pastu beli apa lagi ye?? tak ingat dah sebab entry nie patutnya di publish minggu lepas…wakaka :)

pekan rabu

Aiman masuk kedai kasut, kesian dia nak kasut tapi juru jual kedai pulak takde gi solat, so pegi beli kat kedai luar, kasut crocs jugak yang dia pilih…adess punyelah banyak jenis kasut yang crocs jugak tetap jadi pilihannya…haha bebudak pun ada citarasa sendiri, layankan je…yang penting dia hepi, so kita pun turut hepi gak :)

pekan rabu

Kalau balik kedah MIL mesti nak beli kain tudung kat kedai nie, diorang jual by meter, so kiranya kain tu nanti MIL akan jahit, pandaikan MIL yan jahit tudung yang ala-ala ariani tu :)

pekan rabu

Cantikan designnye, nie design terbaru, habis MIL pulun macam-macam kaler dia beli :), Yan tengok aje..tak beli pun sebabnya Yan ada lagi 2 pasang tudung yang belum di pakai…ehehe.

Oh yea, untuk makluman ini merupakan kali ke 2 Yan sampai di Pekan Rabu, kali pertama masa pergi honeymoon dengan en.hubby di Langkawi kami singgah ke Pekan Rabu nie, dan selalunya kalau balik Kedah memang jarang jalan gi sini :)

Nota Yanmie : Kenapa ye di namakan tempat nie sebagai Pekan Rabu??

106 Thoughts on “Jalan-jalan di Pekan Rabu Alor Star

  1. adeq vera on April 13, 2011 at 10:43 pm said:

    :razz: best kan blik kedah…adeq bole kate kn kali kedua pg sane..wlaupon kg mak kt kedah..best gile uh….

  2. Ikhwan Pauzi on December 31, 2010 at 3:15 pm said:

    belacan 3 sepuloh!
    Ikhwan Pauzi recently posted..The Season Of The Witch Is HereMy Profile

  3. ProfHariz :

    yanmie :
    woww detail!! tengkiu!
    harap lebih ramai org pergi melawat kedah lepas nie…ehehee :)

    InsyaAllah akak.. Lagipun Pekan Rabu sangat popular di kedah Alor Star :)

    ni xleh blah ni…lepas banjir nnt kena g..mesti barang bekas kena banjir..smua jadi murah! hehehehe

  4. Kancilbiru :
    pekan rabu ni dah naik air paras lutut kak….

    erkkkk…keciannye….

  5. pekan rabu ni dah naik air paras lutut kak….

  6. yanmie :
    oh yeke akan ada pekan rabu?? ke pasar rabu?? eehehe konfius jap :P

    pasar kot..hahaha pasar malam ,malam rabu..haaha

  7. ProfHariz :

    yanmie :
    takpe komen je ikut suka…xyah skema sangat, yg pnting komen dgn hepi :)

    Wow.. dah dapat green light.. Saya suka :)

    alhamdullilahh

  8. ProfHariz :

    SuaraPeople :
    bestnye aiman dapat crocs hahaha nak jugak

    Crocs? Best :) Tapi ramai org pakai saya x bpe berminat :)

    saya minat tang kasutnya..seliparnye x..hahhaa

  9. ProfHariz :

    SuaraPeople :

    RedBoys :
    @SuaraPeople
    pekan kamis akan dtg ye.. tunggu.. hehe

    Erkh? Dimanakah?
    bila tuu

    entah la redboys..aku pun sedang menanti

  10. ProfHariz :

    SuaraPeople :

    RedBoys :
    @suffer8zine
    haha.. smlm menang kt hariz.. hari ni suara people plak mengungguli carta.. hehe.. dasat tul dorg ni..

    hahahah persaingan sihat sambil chat2

    Haah masa pun xde arinie nak komen riban2 :(

    xpe lah kan.. :)

  11. SuaraPeople :

    RedBoys :
    @suffer8zine
    haha.. smlm menang kt hariz.. hari ni suara people plak mengungguli carta.. hehe.. dasat tul dorg ni..

    hahahah persaingan sihat sambil chat2

    Haah masa pun xde arinie nak komen riban2 :(

  12. SuaraPeople :

    RedBoys :
    @SuaraPeople
    pekan kamis akan dtg ye.. tunggu.. hehe

    Erkh? Dimanakah?
    bila tuu

  13. SuaraPeople :
    bestnye aiman dapat crocs hahaha nak jugak

    Crocs? Best :) Tapi ramai org pakai saya x bpe berminat :)

  14. yanmie :
    takpe komen je ikut suka…xyah skema sangat, yg pnting komen dgn hepi :)

    Wow.. dah dapat green light.. Saya suka :)

  15. yanmie :
    oh yeke akan ada pekan rabu?? ke pasar rabu?? eehehe konfius jap :P

    pekan rabu akak :P Pasar rabu x penah dengar lagi >.<

  16. Serindung.. Amat lama tak makan serunding.. Kebetulan di penang pun akan ada pekan rabu di uitm permatang pauh~

  17. SuaraPeople :

    RedBoys :
    @suffer8zine
    haha.. smlm menang kt hariz.. hari ni suara people plak mengungguli carta.. hehe.. dasat tul dorg ni..

    hahahah persaingan sihat sambil chat2

    Ekeke.. gilalah korang.. Aku memang tak leh komen blog cam nie :( Jadi x reti weh

  18. bestnye aiman dapat crocs hahaha nak jugak

  19. RedBoys :
    @SuaraPeople
    habis semua info dia bg.. haha..

    aaa..xsempat nk share info gak…smua da lengkap profhariz kasi..hahaha

  20. RedBoys :
    @suffer8zine
    haha.. smlm menang kt hariz.. hari ni suara people plak mengungguli carta.. hehe.. dasat tul dorg ni..

    hahahah persaingan sihat sambil chat2

  21. RedBoys :
    @SuaraPeople
    pekan kamis akan dtg ye.. tunggu.. hehe

    bila tuu

  22. @ProfHariz
    memang popular pekan rabu ni.. mcm2 ada dijual di sana..

  23. @SuaraPeople
    pekan kamis akan dtg ye.. tunggu.. hehe

  24. @yanmie
    bnyk gila info yg dia bagi.. jenuh nak baca.. hik2

  25. @SuaraPeople
    habis semua info dia bg.. haha..

  26. @yanmie
    tak terkejar daku.. huk2..

  27. @ProfHariz
    kena hati2 ye kak lain kali.. bahaya gak..

  28. @suffer8zine
    haha.. smlm menang kt hariz.. hari ni suara people plak mengungguli carta.. hehe.. dasat tul dorg ni..

  29. @sharinginfoz
    bila pergi tu bro? eheh..

  30. @yanmie
    ooo.. dia tak kesah ke?

  31. suffer8zine :
    mak ai, masing2 kejar top commentator, dasat :P
    Terkini : Mati disengat tebuan

    ku berlari tomok

  32. mak ai, masing2 kejar top commentator, dasat :P

    Terkini : Mati disengat tebuan

  33. ProfHariz :

    SuaraPeople :

    ProfHariz :
    Segala sumber semua hariz copy paste daripada : http://www.pekanrabu.com/
    Memang banyak yang hariz x tahu.. Walaupun orang utara.. Semoga bermanfaat kepada semua pengunjung yanmieonline.com :)

    owhh good2…thx for da info…mcm tahun melawat kedah la plak ;p

    Hahaha kat rumah ada orang kuat kedah nie.. Kalau ada apa-apa soalan leh bertanya selagi termampu jawab mengenai pekan rabu :)

    lorhh patut ahh semangat je pagi2 nih

  34. SuaraPeople :

    ProfHariz :
    Segala sumber semua hariz copy paste daripada : http://www.pekanrabu.com/
    Memang banyak yang hariz x tahu.. Walaupun orang utara.. Semoga bermanfaat kepada semua pengunjung yanmieonline.com :)

    owhh good2…thx for da info…mcm tahun melawat kedah la plak ;p

    Hahaha kat rumah ada orang kuat kedah nie.. Kalau ada apa-apa soalan leh bertanya selagi termampu jawab mengenai pekan rabu :)

  35. yanmie :
    hahhaa ada ke pekan kamis?? awat akak xtau nie??

    melawak je kak ehehheee

  36. ProfHariz :
    Segala sumber semua hariz copy paste daripada : http://www.pekanrabu.com/
    Memang banyak yang hariz x tahu.. Walaupun orang utara.. Semoga bermanfaat kepada semua pengunjung yanmieonline.com :)

    owhh good2…thx for da info…mcm tahun melawat kedah la plak ;p

  37. YobSumo :
    kak, saya dah kena tipu pergi pekan rabu ni. kerepek dia takde due date, bila tny kata baru buat, sebab orang melayu kita percayalah… pastu dah beli byk, bila rasa mak aiii lain macam nye. haish. kecewa saya.

    Dengan itu kita perlu lebih berhati-hati… GSB perlu dititik-beratkan :)

  38. yanmie :
    DR M pernah meniaga apa ye?? hariz tau tak?

    Apa yang hariz tahu la akak.. Berdasarkan tanya pada orang-orang Alor Star DR M Beliau pernah berniaga buah-buahan dan cendol di Pekan Rabu, Kedah

  39. yanmie :
    woww detail!! tengkiu!
    harap lebih ramai org pergi melawat kedah lepas nie…ehehee :)

    InsyaAllah akak.. Lagipun Pekan Rabu sangat popular di kedah Alor Star :)

  40. SuaraPeople :

    ProfHariz :
    Perniagaan yang terdapat di Kompleks Pekan Rabu ini ialah :-
    1. Kedai Pakaian
    2. Kedai Makanan / Minuman
    3. Kedai Barang-barang Kemas
    4. Kedai Buah-buahan
    5. Kedai sayur-sayuran dan ulam-ulaman.
    6. Kedai kuih muih ( kering atau basah)
    7. Kedai Buku atau majalah dan akhbar
    8. Kedai Kraftangan
    9. Kedai Pinggan Mangkuk
    10. Kedai Ubat Tadisional
    11. Kedai Alat-alat perhiasan dan kosmetik
    12. Kedai Tukang Jahit
    13. Kedai gunting rambut
    14. Kedai Muzik
    15. Kedai Jam
    16. Kedai Ikan Kering
    17. Kedai Sekolah Memandu
    18. Kedai Cermin dan Frame
    19. Kedai Gigi
    20. Kedai Alat Permainan
    21. Kedai Cermin Mata
    22. Kedai Beg
    23. Kedai Peralatan Haji
    24. Internet-Cafe

    wah pelbagai kedai ada nih…tp yang yg femes biasa? bak kata org..kalau pi pekan rabu…xbeli benda tu xsah..apa eh? ada ke?hehehe

    Selalunya kuih tradisional, Tudung untuk perempuan dan serunding :)

  41. Segala sumber semua hariz copy paste daripada : http://www.pekanrabu.com/

    Memang banyak yang hariz x tahu.. Walaupun orang utara.. Semoga bermanfaat kepada semua pengunjung yanmieonline.com :)

  42. Untuk album gambar pekan rabu dahulu dan sekarang boleh p kat sini http://www.pekanrabu.com/album/index.html

  43. Tahun 2004

    23 Feb 2004.
    Lawatan Koperasi Kakitangan Angkasa (KOKITA) ke Pekan Rabu.

    6 Mac 2004
    Expo Pendidikan Peringkat Negeri Kedah di Pekan Rabu.
    ‘Job Fair’ Jabatan Tenaga Rakyat.

  44. ProfHariz :
    Perniagaan yang terdapat di Kompleks Pekan Rabu ini ialah :-
    1. Kedai Pakaian
    2. Kedai Makanan / Minuman
    3. Kedai Barang-barang Kemas
    4. Kedai Buah-buahan
    5. Kedai sayur-sayuran dan ulam-ulaman.
    6. Kedai kuih muih ( kering atau basah)
    7. Kedai Buku atau majalah dan akhbar
    8. Kedai Kraftangan
    9. Kedai Pinggan Mangkuk
    10. Kedai Ubat Tadisional
    11. Kedai Alat-alat perhiasan dan kosmetik
    12. Kedai Tukang Jahit
    13. Kedai gunting rambut
    14. Kedai Muzik
    15. Kedai Jam
    16. Kedai Ikan Kering
    17. Kedai Sekolah Memandu
    18. Kedai Cermin dan Frame
    19. Kedai Gigi
    20. Kedai Alat Permainan
    21. Kedai Cermin Mata
    22. Kedai Beg
    23. Kedai Peralatan Haji
    24. Internet-Cafe

    wah pelbagai kedai ada nih…tp yang yg femes biasa? bak kata org..kalau pi pekan rabu…xbeli benda tu xsah..apa eh? ada ke?hehehe

  45. Tahun 2001
    18 April 2001
    Majlis Pecah Tanah Projek Cek Det Mall, Cek Det Walk dan Dataran Sungai Raja.
    Perasmian disempurnakan oleh YAB Tan Sri Dato’ Menteri Besar Kedah.

    26 Julai 2001
    YAB Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad (Perdana Menteri Malaysia) merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan KPRASB kali ke 38.

    6 Ogos 2001
    Lawatan Ybhg Tan Sri Shamsudin bin Othman, KSN ke Pekan Rabu meninjau Dataran Che Det Walk dan Che Det Mall.

    2 Sept 2001
    Pertandingan Memasak Ikan Air Tawar anjuran bersama Unit Pembangunan Keluarga Tani IV Kota Sarang Semut, Kedah.

    24 Okt 2001
    Kolokium Kepimpinan SLAD Peringkat Kebangsaan.

    Tahun 2002

    21 Mac 2002
    Promosi Jualan Kereta Nasional

    29 Mac 2002
    Majlis Perjumpaan Menteri Pembangunan Usahawan (YB Dato’ Nazri Aziz) bersama anggota Pekan Rabu mengenai menandatangani surat akujanji dengan MARA.

    Lawatan Pesuruhjaya Tinggi Brunei Darussalam (TYT Dato’ Paduka Hj Abdullah Hj Mohamad) dan isteri ke Pekan Rabu.

    7April 2002
    Perasmian J/Kuasa Perhubungan Pusat- Negeri Wilayah 1 oleh YBhg Dato’ Seri Rahman Maidin (Pengerusi DPMM) di Dataran Che Det.

    21 April 2002
    Promosi dan jualan buku-buku keluaran DBP

    20 Sept 2002
    Lawatan Pegawai-Pegawai Tinggi Kerajaan Songkla Thailand ke Pekan Rabu.

    24 Sept 2002
    Majlis Perlepasan Peserta Kembara Bahasa 2002.

    Tahun 2003

    20 Julai 2003
    Pesta Makanan dan Buah-buahan 2003 Peringkat Kebangsaan.

    1 Nov 2003
    Majlis Perasmian Bazar Ramadan Peringkat nasional 2003

    21 Dis 2003
    Majlis Sambutan Pengishtiharan Bandaraya Alor Setar

  46. Tahun 1995
    YAB Dr. Mahathir telah meluluskan RM 6.5 juta melalui Kerajaan Negeri untuk mengubahsuai bangunan Pekan Rabu. Peniaga-peniaga telah dipindahkan sementara di hadapan Panggung Empire dan di Kawasan Lapang hadapan Bank Bumiputra.

    Tahun 1998
    16 September 1998
    Pengubahsuaian bangunan Pekan Rabu telah siap dan peniaga-peniaga telah kembali ke bangunan baru. YAB Dr Mahathir telah merasmikan Kompleks Pekan Rabu pada hari ini.

    Tahun 2000
    5 Ogos 2000
    Y.A.B. Menteri Besar Kedah merasmikan Karnival Beli Belah Pekan Rabu.

    6 Ogos 2000
    Pertunjukan kereta ‘Volkwagen Beetle’.

    10 ogos 2000
    Majlis Pengkisahan ‘Che Det dan Pekan Rabu’ dirasmikan oleh YB Dato’ Abd Kadir Sh Fadzir, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancungan Malaysia.

    12 Ogos 2000
    Pertandingan’Hiasan dan Gubahan’ Kuih Muih Tradisional.

    14 Ogos 2000
    YAB. Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad melancarkan buku Che’ Det & Pekan Rabu.

    16 ogos 2000
    Pertandingan ‘Tebar Roti Canai’.

    17 ogos 2000
    Pertandingan Teh Tarik.

    19 Ogos 2000
    Demontrasi membuat hantaran perkahwinan.

    20 Ogos 2000
    Pertunjukan ‘Superbike’.

    24 Ogos 2000
    Pertunjukan Pakain tradisional dan moden.

    26 Ogos 2000
    Pertandinagn ‘Masak-masak’.

    27 Ogos 2000
    Forum Mega ‘Beras Secupak Takkan Jadi Segantang’.

    29 September hingga 2 Oktober 2000
    Expo Perdagangan Koperasi Peringkat Negeri Kedah
    Perasmian oleh YB Tan Sri Datuk Kasitah Gadam, Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi.

    1 Oktober 2000
    Lawatan KDYMM Tuanku Sultan dan Sultanah Kedah ke Kompleks Pekan Rabu.

    23 Oktober 2000
    Majlis menandatangani Dokumen Perjanjian Penyerahan Kompleks Pekan Rabu oleh MARA kepada Koperasi Pekan Rabu diantara Pengerusi Koperasi Pekan Rabu dan Pengarah MARA Negeri Kedah dengan disaksikan oleh Wakil Menteri Besar Kedah YB Prof Dato’ Dr Hj Othman Ishak.

  47. @ProfHariz

    wahhh banyak info dari profhariz ni…dah berdebar2 rasa nak g pekan rabu..singgah sebenter di pekan khamis,..

  48. KRONOLOGI

    Tahun 1929
    Almarhum Tunku Yaacob ibnu Almarhum Sultan Abdul Hamid telah mengasaskan Pasar Minggu di Tanjung Chali sekembali dari lawatan ke Trinidad.

    Tahun 1932
    Pekan Rabu di Tanjung Chali telah berpindah ke Jalan Tunku Ibrahim

    Tahun 1940
    Pejabat Daerah Kota Star menubuhkan ‘Kampung Kraf’ dengan menjadikan Pekan Rabu sebagai tempat pemasaran. Syarikat Bekerjasama Kebajikan Am Pekan Rabu Alor Setar Tanggungan Berhad ditubuhkan.

    Tahun 1950
    Nama ditukar kepada Syarikat Bekerjasama-sama Kebajikan ‘Am Pekan Rabu Alor Setar Tanggongan Berhad ditubuhkan.

    Tahun 1957
    Kerajaan meluluskan kawasan baru di hadapan Pekan Rabu yang dinamakan Pasar Yaakub
    Nama syarikat dipinda kepada Syarikat Perniagaan dan Pasaran Melayu Bekerjasama Alor Setar Tanggungan Bhd.

    Tahun 1968
    Bilangan ahli ialah 250 orang yang menjalankan 22 jenis perniagaan.

    Tahun 1971
    Bilangan ahli meningkat kepada 401 orang.
    Peniaga Pasar Yaakub sebanyak 13 orang berpindah ke Pasar Serbanika.

    Tahun 1974
    Bilangan Ahli ialah 250 orang yang menjalankan 22 jenis perniagaan.

    Tahun 1976
    Pada 22 Oktober 1976 jam 12.15 malam kebakaran telah berlaku di Pekan Rabu Sementara. Seramai 126 orang telah kehilangan harta benda. Tiga barisan bangunan sementara telah musnah dijilat api. Jumlah kerugian dianggarkan RM 1/2 juta.

    Tahun 1978
    25 Februari 1978
    Bangunan Kompleks Pekan Rabu telah dirasmikan oleh Y.A.B. Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad (Timbalan Perdana Menteri ketika itu).

    10 Oktober 1978
    Y.A.B. Dato’ Seri Syed Nahar Shahabudin, Menteri Besar Kedah telah melawat Kompleks Perniagaan Pekan Rabu.

    4 Disember 1978
    DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agung melawat Kompleks Pekan Rabu.

    Tahun 1988
    Projek Pekan Rabu Fasa II dimulakan dengan kos RM 2 juta.

    Tahun 1990
    Projek bangunan Pekan Rabu Fasa II telah siap dan 73 buah gerai telah disediakan.

  49. Peranan Pekan Rabu Dalam Membangun Ekonomi Orang Melayu

    Membantu dan mempertingkatkan pencapaian peniaga-peniaga Melayu.
    Menyatupadukan peniaga-peniaga Melayu di bawah satu bumbung.
    Membantu peniaga-peniaga Melayu bersatu tenaga secara kolektif bagi merebut peluang-peluang perniagaan untuk bersaing dengan bangsa-bangsa lain.

    Masalah ketiadaan tempat atau ruang berniaga di kalangan peniaga-peniaga Melayu dapat diatasi.
    Berjaya melahirkan ramai pemborong dan peniaga-peniaga Melayu.
    Barangan keluaran kampung / tempatan berjaya diketengahkan ke pasaran luar.

    Aktiviti perniagaan orang Melayu menjadi tersusun dan terurus di segi pemasaran dan prasarana. Menjadi pusat tarikan pelancong dari segi perdagangan dan keunikannya.

  50. Perniagaan yang terdapat di Kompleks Pekan Rabu ini ialah :-

    1. Kedai Pakaian
    2. Kedai Makanan / Minuman
    3. Kedai Barang-barang Kemas
    4. Kedai Buah-buahan
    5. Kedai sayur-sayuran dan ulam-ulaman.
    6. Kedai kuih muih ( kering atau basah)
    7. Kedai Buku atau majalah dan akhbar
    8. Kedai Kraftangan
    9. Kedai Pinggan Mangkuk
    10. Kedai Ubat Tadisional
    11. Kedai Alat-alat perhiasan dan kosmetik
    12. Kedai Tukang Jahit
    13. Kedai gunting rambut
    14. Kedai Muzik
    15. Kedai Jam
    16. Kedai Ikan Kering
    17. Kedai Sekolah Memandu
    18. Kedai Cermin dan Frame
    19. Kedai Gigi
    20. Kedai Alat Permainan
    21. Kedai Cermin Mata
    22. Kedai Beg
    23. Kedai Peralatan Haji
    24. Internet-Cafe

  51. JENIS PERNIAGAAN

    Pekan Rabu pada dasarnya adalah pusat perniagaan untuk peniaga-peniaga kecil Bumiputera. Untuk menjalankan perniagaan di sini, perlulah menjadi ahli Koperasi Pekan Rabu. Mereka yang bukan ahli boleh juga berniaga dengan menyewa lot-lot kedai daripada ahli Koperasi Pekan Rabu. Kadar sewa yang dikenakan ialah antara RM 90 – RM 300 sebulan.

    Terdapat berbagai-bagai jenis perniagaan yang di jalankan di Kompleks Pekan Rabu, dari hasil tanaman keluaran kampung sehingga ke perniagaan yang agak komersial dan bertaraf antarabangsa. Kedai-kedai yang terdapat di sini mula beroperasi mulai jam 8.00 pagi hingga ke 9.00 malam, pada tiap-tiap hari termasuk pada hari cuti umum atau perayaan.

    Di Fasa 1 terdapat 5 tingkat kedai perniagaan yang mengandungi 274 buah gerai, manakala di Fasa 2 juga terdapat 5 tingkat kedai yang mengandungi 73 buah gerai.

  52. yanmie :
    wah makasih detailnya hariz, insyallah lepas nie lebih ramai yang akan pergi ke Pekan Rabu nie, bnyk juga rupanya pembangunan yg dh di buat di sini :)

    kak yan skrg ni ramai x org kt sana?mcm interestd je lah pi sana…xbanjir ek..heheee

  53. ProfHariz :
    ANTARA YANG MENARIK MENGENAI PEKAN RABU
    Mantan Perdana Menteri Malaysia ke 4 YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah berniaga di sini.
    Tiap kali beliau membuat lawatan atau pulang ke Kedah Perdana Menteri tidak pernah ketinggalan melawat ke Pekan Rabu.
    Pasar Ramadhan akan diadakan di sekeliling bangunan Pekan Rabu pada setiap kali menyambut bulan puasa.
    Lelongan kuih raya akan diadakan pada setiap malam Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha.
    Hari Sabtu dan Ahad merupakan hari yang paling sibuk dan ramai dikunjungi pelawat samaada tempatan ataupun dari luar.
    Pekan Rabu pernah menjadi tempat pertemuan pejuang-pejuang kemerdekaan Negeri Kedah untuk melancarkan gerakan perjuangan mereka.

    masih dgn soala sama..DR M jual aoa kt pekan rabu dulu2…ada info x?mcm menarik

  54. Kemudahan Yang Disediakan

    Surau

    Tandas

    Berhampiran stesen teksi, bas, bank dan hotel

    Telefon Awam

    Mesin Autoteller

    Jejantas Ke Komplek Pekan Rabu

    Tempat letak kereta

  55. ProfHariz :
    Nama “Pekan Rabu” yang terletak di tengah-tengah bandar Alor Setar, memang tidak asing lagi di kalangan penduduk tempatan ataupun luar negeri Kedah. Kompleks perniagaan orang-orang Melayu yang tersergam indah itu merupakan lambang kemegahan bukan sahaja kepada peniaga-peniaga bumiputera di Kedah, bahkan menjadi kebanggaan kepada seluruh masyarakat bumiputera di Kedah. Apatah lagi Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr. Mahathir sendiri pernah berniaga di situ. Bagi pelancong-pelancong, sekiranya mereka singgah ke Alor Setar, semacam tidak cukup syarat, jika tidak singgah atau membelah-belah di Kompleks Pekan Rabu

    wahhhh nice info

  56. ANTARA YANG MENARIK MENGENAI PEKAN RABU

    Mantan Perdana Menteri Malaysia ke 4 YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah berniaga di sini.

    Tiap kali beliau membuat lawatan atau pulang ke Kedah Perdana Menteri tidak pernah ketinggalan melawat ke Pekan Rabu.

    Pasar Ramadhan akan diadakan di sekeliling bangunan Pekan Rabu pada setiap kali menyambut bulan puasa.

    Lelongan kuih raya akan diadakan pada setiap malam Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha.

    Hari Sabtu dan Ahad merupakan hari yang paling sibuk dan ramai dikunjungi pelawat samaada tempatan ataupun dari luar.

    Pekan Rabu pernah menjadi tempat pertemuan pejuang-pejuang kemerdekaan Negeri Kedah untuk melancarkan gerakan perjuangan mereka.

  57. Tanjong Chali merupakan sebuah tapak bagi melatih orang-orang Melayu di dalam perniagaan. YTM Tunku Yaakob telah mengasaskan kawasan perniagaan ini menjadi pasar minggu di situ pada setiap hari Rabu sahaja pada awal 1920 an. Perniagaan mingguan ini kemudiannya berkembang maju dan berlangsung pada setiap hari. Ini menyebabkan kerajaan negeri terpaksa memindahkan Pekan Rabu ini ketapak barunya yang ada sekarang pada tahun 1932 kerana kawasannya menjadi sempit akibat perkembangan perniagaan yang di jalankan.

  58. Pekan Rabu ” lama” sebelum dibina bangunan yang sedia ada sekarang

    Pekan Rabu mempunyai sejarah tersendiri dalam usaha menggalakan penyertaan bumiputera bergiat dalam bidang perniagaan yang menjadi minat masing-masing.

    Kegiatan perniagaan Pekan Rabu bermula sejak selepas Perang Dunia Pertama atas inisiatif YTM Tunku Yaacob, seorang Putera Diraja Kedah, supaya orang-orang melayu dapat terus menjalankan perniagaan dalam bandar. Ianya bermula dari pasar minggu di Tanjong Chali, yang terletak dipersinggahan antara Jalan Pekan China dan Jalan Pengkalan Kapal di bandar Alor Setar.

  59. Sebelum Kompleks Pekan Rabu ini wujud, peniaga-peniaga di situ hanya berlindung di sebuah bangunan yang terbuka, tanpa dinding dengan tempat berniaga yang agak berselerak dan tidak teratur. Dan kini Kompleks Pekan Rabu yang mengandungi 347 buah kedai yang menjalankan berbagai jenis perniagaan telah berjaya menjadi sebahagian daripada mercu tanda bandar Alor Setar.

  60. Dengan bantuan pinjaman dari pihak MARA, sebuah kompleks yang berharga RM 3.2 juta telah dapat dibina pada tahun 1975 dan diubahsuai pada tahun 1995 dengan belanja RM 6.5 juta. Kompleks perniagaan yang terletak di Jalan Tunku Ibrahim ini telah di rasmikan pembukaannya oleh YAB Datuk Seri Dr. Mahathir pada 25 Februari 1978 (Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada masa itu).

  61. Nama “Pekan Rabu” yang terletak di tengah-tengah bandar Alor Setar, memang tidak asing lagi di kalangan penduduk tempatan ataupun luar negeri Kedah. Kompleks perniagaan orang-orang Melayu yang tersergam indah itu merupakan lambang kemegahan bukan sahaja kepada peniaga-peniaga bumiputera di Kedah, bahkan menjadi kebanggaan kepada seluruh masyarakat bumiputera di Kedah. Apatah lagi Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr. Mahathir sendiri pernah berniaga di situ. Bagi pelancong-pelancong, sekiranya mereka singgah ke Alor Setar, semacam tidak cukup syarat, jika tidak singgah atau membelah-belah di Kompleks Pekan Rabu

  62. Dauspozi :
    Salam kak Yan,
    Kalau tak silap Daus dulu Tun Dr. Mahathir pernah berniaga kat Pekan Rabu tu kan… Tak pasti r… Ma yg cakap.. hehe

    DR M niaga apa dauz?

  63. sharinginfoz :
    ok juga kat sini pernah le pergi sekali masa melawat alor setar

    xpernah singgah..lalu je pernah..masa duk kedah PLKN dlu..hahhaa

  64. ok juga kat sini pernah le pergi sekali masa melawat alor setar

  65. kalau kt kelantan,ibarat cam wakaf che yeh

  66. @afiq aiman
    ohh bajir xsampai ke situ ek? syukur alhamdulliah.. ;p

  67. nama pekan rabu mybe sbb hari dia nk namakan tu hari rabuu ;p

  68. Jalan-jalan di Pekan Rabu Alor Star http://bit.ly/d3T5Po (via @yanmie)

  69. tak g tgk banjir ke…nasib baik air banjir tu tak sampai ke pekan rabu ye hehe…sy jrg ke pekan rabu-city plaza selalu la, anak muda la katakan ekeke

  70. sekarang banjir kan kat kedah..teruk betul td tengok gambar

  71. tak pernah sampai lagi pekan rabu nih, pening kepala tengok kedai banyak-banyak nih.

  72. Power Impian on November 5, 2010 at 10:35 pm said:

    owh mcm ni rupenye pekan rabu..xpenah tgk..dgr nama je..nk pegi jauh bangat..hehe

  73. waaaa….belum sampai sana lagi…tapi ada niat..insyaallah…banyak shoping yan…

  74. x pernah pergi .. nampak macam best .. kene letak dlm kalendar cuti2 malaysia nie .. hehehe

  75. kak, saya dah kena tipu pergi pekan rabu ni. kerepek dia takde due date, bila tny kata baru buat, sebab orang melayu kita percayalah… pastu dah beli byk, bila rasa mak aiii lain macam nye. haish. kecewa saya.

    • oh yeker yob, siannye…akak xde pulak beli kerepeknya
      tp tulahkan org sebangsa dgn kita sdiiri pun buat mcm tu
      akak klu xde tanda exp mmg akak ragu2 nk beli…

  76. wah.. kesian aiman.. kempunan dia..

    p/s: tak sempat nak jumpe ye kita.. dkt je..

  77. @Zezebel
    skrg tak boleh.. air naik tinggi.. jalan semua di tutup..

  78. @ifti
    betul tu bro.. habis kedah ni.. aku kt jitra ni pon air naik tinggi gak.. sian peniaga2.. habis rugi.. dugaan dr-Nya..

  79. @Dauspozi
    eh ye ker daus? taktahu plak.. even aku dok kedah.. hehe..

  80. Pingback: Tweets that mention Jalan-jalan di Pekan Rabu Alor Star | yanmieonline.com -- Topsy.com

  81. Rasa macam nak pegi juga ke tempat ni..hehe

  82. hari ni Pekan Rabu di tenggelami air huhu 80% bandar Alor Setar dipenuhi air

  83. Salam kak Yan,
    Kalau tak silap Daus dulu Tun Dr. Mahathir pernah berniaga kat Pekan Rabu tu kan… Tak pasti r… Ma yg cakap.. hehe

  84. RT @yanmie: Blog Updated : Jalan-jalan di Pekan Rabu Alor Star http://bit.ly/aGIu7S

  85. RT: @yanmie: Blog Updated : Jalan-jalan di Pekan Rabu Alor Star http://bit.ly/aGIu7S

  86. Blog Updated : Jalan-jalan di Pekan Rabu Alor Star http://bit.ly/aGIu7S

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Post Navigation