Salam semua, semalam tengok berita TV3 pasal seorang anak tergamak menetak ibunya yang di sangkakannya adalah SAKA, semua ini dikatakan bermula apabila anaknya mula membaca buku perubatan islam menangkis kejahatan makhluk halus, memang dalam buku tersebut ada menyentuh bab-bab SAKA, JIN, SYAITAN.

buku perubatan islam menangkis kejahatan makhluk halus

Kalau korang perasan, tidak lama dulu Yan ada membeli buku tersebut, baca kat SINI, sungguh buku tu tak habis pun baca sebabnya seram, seolah-olah kita di bawa ke dunia lain, Yan sedar buku tersebut buat Yan seram sejuk nak baca, hanya orang yang kuat iman rasanya boleh meneruskan pembacaan tersebut

perubatan cara islam

Buku ini di beli tidak lama dulu..takut pulak nak teruskan membaca 😛

“Sebelum kejadian, anak saya yang bersikap pendiam tidak menunjukkan keganjilan dan bersikap seperti biasa menyebabkan kami sekeluarga tidak mengesyaki apa-apa,” katanya.

Bagaimanapun, kata Halim, dia mengesyaki perbuatan anaknya itu ada kaitan dengan pengaruh ilmu mistik kerana dia kerap dilihat membaca buku mengenai makhluk halus.

“Saya menyedari dia suka membaca buku perkara tahyul sejak sebulan lalu. Saya pernah meminta isteri memeriksa kandungan buku yang selalu dibaca itu kerana saya tidak tahu membaca.

“Menurut arwah, buku itu mengandungi amalan yang tidak boleh diikut umat Islam. Saya tidak tahu bagaimana anak saya boleh terpengaruh ajaran demikian dan dari mana dia mendapatkan buku itu,” katanya.

Sementara itu, Amira berkata, arwah ibunya pernah beberapa kali memberitahu sikap abangnya itu yang suka membaca buku mengenai makhluk halus.

Berita penuh klik SINI

Berikut pulak Yan kongsikan komen dari sahabat kita yea, erma fatiha Klik  SINI dan jugak blog post erma di sini www.drermafatiha.blogspot.com/2010/11/syaitan-gurunya.html

salam sahabat ..

buku ini bukan punca pembunuhan..Ustaz syarhan merupakan pakar perubatan islam yang sudah tidak asing lagi,menulis buku ini..

Belajar tanpa guru itulah yang menjadi puncanya….Buku adalah alat, alat memerlukan orang yang mahir untuk mengendalikannya.

Dalam kes ini,

jangan menyalahkan buku itu sebaliknya berguru dengan syaitan adalah silapnya.

Tidak pernah ilmu agama mengajar kita kepada keburukan..tambahan pula, ilmu perubatan Islam lah yang banyak membantu ummah dalam menangkis makhluk halus..

Nasihat:

Bergurulah..jangan membaca tanpa guru….sedangkan untuk mengamalkan ilmu perubatan islam itu sendiri memerlukan tauliah..

Jawapan yanmie

– memang ada betulnya komen sahabat kita di atas, apa pun terpulang pada pendapat masing-masing, tetapi apa yang Yan tahu ustaz sarhan adalah seorang pakar perubatan islam yang tidak asing lagi, malahan beliau sering kali muncul di kaca TV3 untuk rancangan Wanita hari ini, beliau kerap menjadi tetamu undangan untuk rancangan tersebut,

di harap disini kawan-kawan semua tidak harus menyalahkan buku tersebut punca pembunuhan, dalam buku tersebut tidak ada pun di nyatakan bab-bab bunuh, macam tulah kalau belajar tanpa guru, terima kasih buat saudari erma atas komen di atas dimana beliau jugak merupakan pembaca buku tersebut.

Tapi Yan belum rasa kuat lagi nak teruskan pembacaan buku tersebut 😛 insyaallah kalau rasa dah bersedia Yan akan teruskan pembacaan sampai habis, buku tersebut memang ada mengajar kita bab-bab pendinding diri, sangat bagus!

Nota Yanmie : Patut ramai yang google :P, Kansel terus nak teruskan pembacaan buku tersebut!

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

87 thoughts on “Ibu di tetak akibat membaca buku perubatan islam menangkis kejahatan makhluk halus”
  1. ya allah, kesiannya kat arwah. mungkin betul buku tu tak salah.sebab bila kita belajar kena ada gurunya. tapi bila dah 2 kali peristiwa pembunuhan berlaku berpunca dari buku tersebut, rasanya pihak berwajib(yang arif) perlu meneliti isi kandungan buku tu.

  2. macam2..semakin risau dalam membesarkan anak2…aduhai..pssst,saya baruje lepas ngumpat kak yan lagi di latest entry..tajuknya “Kak Yan Sombong lahh”…hik3…

  3. kejadian berlaku kt kampung kami ni.
    jiran my sister punya mertua..huhu takut

    and my sister pon penah belikan my father buku ni jugak. cepat2 suruh dia call abah suruh simpan je buku ni..hehe betulkah action ini?

    1. memang ada, akak baru jgk beli tak silap bln 9 kot, baru lagi..akak pernah entrykan..ada akak sertakan link tersebut kt entry nie, try selak balik…ehehhee 😛

  4. Salam kak Yan,
    Kalau daus tau kak Yan ada entri’kan td… baik x yah google… haha.. kuar lucah pulak… Mungkin kerana terlampau taksub dengan ilmu mistik, so iblis ambil kesempatan… Orang x kuat iman mcm tu ler…

    Daus pun bimbang dgn adik kedua Daus yg aktif dengan ilmu silat harimau dengan tomoi… Diorang bagi azimat apa ntah kat adik tu… Hmm, nak larang tp abah pun x larang dia simpan azimat tu.. wat pe daus nak larang..

    P/s: Mintak simpang malaikat 44, tak berlaku dlm keluarga Daus… Amin

    1. Salam Daus,
      hahha tulah pasal kelakar baca tweet daus td, cepat je akak reply..wakkaaa lain di cari lain pulak yg keluar 😛

      yelah daus mmg risau, bek daus siasat pasal azimat tu..takut kang benda2 lain pulak, benda tu semua tahyul!
      apa pun mudahan xde apa-apa yg buruk…amin…

    1. ye jadikan ianya satu pengajaran buat kita. akak rasa hanya org yg kuat iman blh baca buku mcm nie, akak x kuat maka akak x teruskan membaca sbb buku tu dia mcm bawa kita ke alam lain, klu lagi menghayati lg lain kot jadinya..nauzubillah!

  5. ehem ehem :
    buku nijugak yang dibaca oleh seorang pembunuh berusia 23 tahun yang menetak ibu kandungnya sendiri di kepala .di PEKAN mendakwa beliau mendengar bisikan halus yang menyatakan ibu kandung nya sendiri adalah jelmaan saka. beliau menetak ibunya kerana itu adalah satu cara yang digunakan untuk menghapuskan saka tersebut yang juga diajar di dalam buku yang Encik promotekan di atas. jangan plak pas ni ader lagi kes tetak menetak keran buku ni yer…kalau tak caye leh check kat harian metro dated 10.11.10.

    anak dia da gila kowt

    1. mungkin iman x kuat masa baca buku nie, serius buku nie memang buat akak seram sejuk baca, masa mula-mula tu oklah tapi bila masuk bab-bab jin, saka dan sewaktu dgnnya..akak jd takut, di buku tersebut jugak x silap ada bgtau mcm mana nk kenal saka, owh..klu tersalah kenal tulah blh sampai nk bunuh mcm kes skrg nie..minta di jauhkan!

  6. buku nijugak yang dibaca oleh seorang pembunuh berusia 23 tahun yang menetak ibu kandungnya sendiri di kepala .di PEKAN mendakwa beliau mendengar bisikan halus yang menyatakan ibu kandung nya sendiri adalah jelmaan saka. beliau menetak ibunya kerana itu adalah satu cara yang digunakan untuk menghapuskan saka tersebut yang juga diajar di dalam buku yang Encik promotekan di atas. jangan plak pas ni ader lagi kes tetak menetak keran buku ni yer…kalau tak caye leh check kat harian metro dated 10.11.10.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge